Monday, December 28, 2009

MANA PRESIDEN FAM??

Mana pergi Presiden FAM? Ada di London khabarnya. Umum hadiah pun guna sms pegawai khas. Agaknya bila Vietnam umum hadiah pada skuadnya, cepat2lah Presiden mengumumkan hadiah untuk suad Rajagobal ni. Vietnam negara miskin pun boleh beri hadiah yang lumayan untuk skuadnya berbanding FAM. Paling yang dikesalkan ialah Presiden dan Majlis EXCO FAM macam jealous melihat skuad ni. Yang Cakap2Bola nampak ialah Setiausaa Agung FAM sahajalah yang berkerja keras. Tak ada sambutan untuk skuad ini. Nampak sangat ahli2 majlis EXCO FAM ini tidak ikhlas menjalankan kerja. Merka sendiri yang lupakan skuad Rajagobal ini. Agaknya mereka sama2 dengan Presiden berada di luar negara. Dah lama pulak tu sejak skuad Rajgobal ni bertanding, Presiden dah di luar negara. Tak jenguk langsung skuad ini. Satu sahaja pesan Cakap2Bola, berundur sahajalah....Vote Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden FAM yang baru.

Tuesday, December 22, 2009

PRESIDEN PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA BERLAKON LAGI...


Dalam Berita harian Online hari ini ada menyebut bahawa Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersedia melepaskan jawatan. Cakap2Bola kata itu hanyalah satu lakonan sahaja. Dah muak dah dengar kenyataan macam ni. Lepaskan jelah serta merta, tak payah tunggu AGM. Dahlah PSM ( persatuan Sepaktakraw Malaysia ) ni tiada hala tuju. Kalau kalah macam2 alasan yang tak logik di dendangkan. Kalau semua presiden persatuan sukan berperangai macam Presiden PSM ni, rasa2nya akan hancurlah sukan di Malaysia ni. Pada Cakap2Bola PSM mahupun FAM, serupa sahaja...yang akan menyusul bersama ialah Persekutuan Hoki Malaysia....nasib baiklah ada MSN dan Kementerian Belia dan Sukan... Baca lah petikan di bawah ni:

PSM harus galas tanggungjawab

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia akur betapa rakyat negara ini amat hampa dengan prestasi buruk skuad negara di Sukan Sea Laos dan secara terbuka menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab penuh terhadap segala keaiban yang sudah berlaku.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata dia menyerahkan kepada ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai persatuan lain dalam pemilihan akan datang dijadualkan Februari depan.

Kita tidak harus menuding jari kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau Institut Sukan Negara (ISN). Semua kena mengakui kesilapan masing-masing. Bukan menuding jari ke arah sesiapa. Baik pegawai PSM atau jurulatih, semua kena bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang mampu dilakukannya ketika ini kerana segala usaha sudah dilakukan, termasuk mengeluar belanja besar bagi memartabatkan sukan sepak takraw di negara ini.

“Jadi kita serah kepada ahli gabungan PSM untuk menentukannya. Sebenarnya atlit yang ada masih terlalu baru dan boleh dianggap satu kejayaan apabila mereka masih mengekalkan kedudukan tempat kedua dalam acara berpasukan.

“Kami sedar masyarakat begitu hampa dengan keputusan dalam acara lain dan PSM bertanggungjawab penuh,” katanya mengulas keputusan memalukan skuad negara yang hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa di Sukan Sea Laos.

Lebih memalukan apabila skuad kebangsaan tewas kepada Laos, negara yang sebelum ini dianggap begitu kerdil dalam dunia sepak takraw.

Ditanya andai masih mendapat mandat oleh ahli gabungan untuknya menerajui PSM mengharungi Sukan Asia 2010, Ahmad berkata, perkara utama yang mahu dilakukannya adalah melakukan rombakan terutama membabitkan kejurulatihan.

“Saya rasa perkara pertama perlu dirombak adalah kejurulatihan. Sebelum ini saya kurang menerima pandangan dari luar PSM tetapi selepas ini saya akan lebih terbuka dan sedia membuka pintu untuk pemain atau pegawai yang sudah lama,” katanya.


atau petikan yang ini PEGAWAI PSM BUAT LAWAK LAGI dari akhbar yang sama hari ini.

Sunday, December 20, 2009

TAN SRI ANNUAR MUSA SEBAGAI PRESIDEN FAM ?


Kita perlu mengetepikan sentimen politik. Tidak kira dia UMNO, PAS, DAP mahupun PKR, Cakap2Bola merasakan Tan Sri Annuar Musa adalah calon yang layak untuk menduduki kerusi Presiden FAM. Berdasarkan prestasinya menerajui Kelantan, bagaimana dia mengemudi Kelantan sehingga berjaya memasuki final tahun 2009 ini membuktikan karisma beliau di dalam bolasepak ini. Malah beliau membawa Kelantan ke Manchester, membuat persiapan dengan membeli pemain2 untuk musim hadapan dan membawa Kelantan melakukan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini menunjukkan kesungguhan beliau di dalam memajukan bolasepak.
Beliau juga berjaya membawa masuk penaja2 untuk skuad Kelantan ini dan berjaya mem " brand" ingkan Kelantan sehingga hampir setiap perlawanan Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu penuh dengan penyokong2nya. Beliau percaya, dengan kekuatan pasukan dan sentiasa menang akan menggalakkan penonton ke stadium dan seterusnya mengukuhkan kewangan Kelantan FA. Ditambah dengan pengalaman Tan Sri Annuar Musa yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan di dalam kabinet menguatkan ketokohan Annuar Musa untuk menerajui FAM.
Siapakah yang berani dikalangan ahli gabungan FAM mencadangkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden. Lakukanlah untuk kebaikan bolasepak negara.

MANA PERGI PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN FAM???


Kesian Cakap2Bola melihat gambar di atas yg dipetik dari Utusan Online, skuad emas bolasepak yg terkandas beberapa jam di Vientiane gara2 kerosakan kapalterbang TUDM. Sampai TUDM Subang pun pukul 5 pagi. Dari berita di akhbar, tak nampak ada sambutan terhadap skuad emas ini. Presiden di luar negara, Timbalan Presiden tak tahu ke mana. Takde pun kenyataan dalam akhbar. Itulah sebabnya Cakap2Bola dan rakyat jelata yang lain, mahukan pengunduran Presiden dan ahli majlis exco FAM. Beri sahaja jawatan itu kepada orang yang lebih berkemampuan dan berminat demi kemajuan bolasepak negara.
Cakap2Bola ingin melihat jadual perlawanan persahabatan untuk skuad ini sepanjang 2010 terutama persahabatan dengan pasukan yang hebat. Bangunlah wahai FAM. Nasib baiklah Setiausaha Agung FAM sentiasa bersama skuad ini dan meng cover ahli2 majlis exco yang lain. kalau tidak , nampak sangat skuad negara ini macam anak2 ayam kehilangan ibu....

Saturday, December 19, 2009

Malaysia Vs UAE 6 Jan 2010


Lupakan seketika kemenangan pingat emas di Sukan SEA 2009. Pada 6hb Jan 2010 nanti bertempat di Emiriah Arab Bersatu, Malaysia akan bertemu UAE untuk perlawanan terakhir Pusingan Kelayakan Piala Asia. Pada bulan Januari yg lalu, UAE telah membelasah Malaysia 5-0 di Kuala Lumpur sehingga B Sathianathan dipecat dari jawatan Ketua Jurulatih Malaysia.
Walaupun rakyat Malaysia tahu bahawa hanya keajaiban sahaja yang membolehkan Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011, tetapi yang paling penting ialah semangat melawan dan menunjukkan satu persembahan yang cantik seperti mana ditunjukkan semasa perlawanan menentang Manchester United, Arab Saudi dan juga persembahan di Sukan SEA baru2 ini.
Walaupun skuad UAE ini dilatih oleh jurulatih Yugoslavia Sreco Katanec dan hampir setiap bulan mengadakan perlawanan persahabatan contohnya dengan Manchester City, Czech Republic dan lain lain lagi, tetapi skuad Rajagobal tidak boleh menyerah kalah atau memandang hormat pada UAE. Seruan Cakap2Bola, kejayaan di Sukan SEA adalah satu permulaan yang penting persembahan konsisten pasukan Malaysia. Selamat maju jaya Malaysia

Friday, December 18, 2009

KESIAN SKUAD RAJAGOBAL NAIK KAPALTERBANG TUDM

Gambar dipetik dari Berita Harian.

Terkandas lagi. Kali ini di Vientiane pula, hari tu di KL sampai tertangguh hampir 24 jam. Kesian skuad ini. Mentang2lah pasukan ini bertanding di dalam kategori B MOM( Majlis Olimpik Malaysia), FAM nak jimat kos, bawak mereka naik kapalterbang TUDM. Sepatutnya FAM selepas menang emas, aturkanlah mereka dengan penerbangan komersial. Kan perbelanjaan FAM menghantar skuad ini akan dibayar balik oleh MOM. Nasib baik Setiausaha Agung FAM pun naik kapalterbang yang sama, kalau tak memang kawkaw lah Cakap2Bola hentam. Yang menghairankan Cakap2Bola, waktu final Sukan SEA hari tu, Presiden dan Timbalan Presiden FAM ada ke????

Bacalah artikel SKUAD NEGARA KANDAS LAGI yang dipetik dari Berita Harian Online hari ini.

Thursday, December 17, 2009

WA TABIK SAMA LU RAJAGOBAL




Penantian 20 tahun tamat sudah. Akhirnya Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam. Terus terang Cakap2Bola memuji persembahan anak2 buah Rajagobal yang bermain dengan cantik, cemerlang dan semangat juang yang tinggi. Malaysia berhak untuk menang . Sememangnya Rajagobal telah membuktikan keupayaannya dengan keberaniannya terhadap anak2 muda ini. Kali ini jelas melihat Malaysia mempunyai satu kelompok pemain2 yang setanding dan semuanya berkeupayaan menjaringkan gol. Rajagobal berjaya menerapkan keyakinan terhadap diri sendiri tanpa perlu merasa hormat kepada lawan. In telah dibuktikan bila Malaysia bertemu Manchester United, Arab Saudi, China dan juga Uzbekistan.
Sebagaimana artikel terdahulu kejayaan ini hanyalah satu permulaan untuk Malaysia kembali sebagai satu pasukan yang disegani di Asia.FAM perlu mengaturkan perlawanan2 persahabatan yang berkualiti setiap bulan untuk pasukan ini. Kita imbas kembali bagaimana persiapan pasukan bawah 23 ini dengan perlawanan persahabatan menentang Man Utd ( 2 perlawanan ), Kenya, China, Saudi Arabia, Jordan dan akhir sekali perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan. Cara ini perlu diteruskan. Aturkan perlawanan2 persahabatan sepanjang tahun contohnya dengan pasukan Oman, Syria, Iraq dan juga pasukan2 Eropah. Kita perlu keluar dari kelompok Asia Tenggara jika untuk terus berjaya.
Sebagai menghormati kejayaan pasukan Malaysia dan pengiktirafan terhadap keupayaan K Rajagobal sebagai jurulatih yang berjaya, maka Cakap2Bola akan berhenti dari mendesak FAM mengambil jurulatih import yang berkaliber, dan segala kritikan terhadap perlantikan Rajagobal akan dipadam di dalam Cakap2Bola. Cuma kritikan terhadap FAM akan diteruskan sehingga Presiden FAM berundur. Segala kritikan terhadap FAM hanyalah kerana sayangkan masadepan bolasepak Malaysia....yang inginkan dan impikan pasukan Malaysia menjadi gergasi bolasepak Asia.....

Wednesday, December 16, 2009

JANGAN HANYA SETAKAT SUKAN SEA SAHAJA


Diharap FAM dapat mengatur lebih banyak perlawanan berkualiti untuk pasukan Bawah 23 ini pada tahun hadapan walaupun tiada pertandingan besar yang kita hadapi untuk 2010. Aturkan perlawanan persahabatan bertaraf A sekurang2nya sekali sebulan untuk skuad ini agar ranking Malaysia naik. Perkara ini telah dinyatakan di dalam artikel Cakap2Bola yang dahulu iaitu artikel FOOTBALL NITE, FAM PATUT CONTOHI FA ENGLAND atau BAGUS PUN BUAT FRIENDLY MATCH...BARU AKU TABIK FAM. Walau apa keputusan perlawanan esok hanyalah satu permulaan untuk kejayaan skuad Malaysia. Yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia ialah Majlis EXCO FAM dan Presidennya akan leka akan kejayaan yg tak seberapa ini, dan skuad ini akan tidur untuk tahun 2010.

Tuesday, December 15, 2009

SELAMATKAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA


Terlalu tenat sekarang ini. Dengan Laos pun kalah. Alasannya, JADUAL PADAT PUNCA SEPAKTAKRAW AIB ada dalam Uusan hari ini. Kelakar betul lah alasan ini. hari tu alasannya, tak sarapan pagi...hahahah...lawak...lawak...rasanya lepas ini kan pasukan sepaktakraw Malaysia akan kalah dengan pasukan sepaktakraw WANITA Thailand atau Myanmar...hahahaha...Yang paling penting , serupa juga dengan FAM, berundur je lah....Cakap2Bola tak nampak pembangunan sukan sepaktakraw ini terutama di peringkat sekolah....

Monday, December 14, 2009

SALUTE TO MALAYSIAN U23 FOOTBALL SQUAD


Gambar dipetik dari THE STAR ONLINE

Gambar dipetik dari LAOS SEA GAMES OFFICIAL WEBSITE

Tahniah kepada Rajagobal dan anak2 buahnya kerana melayakkan diri ke akhir perlawanan bolasepak Sukan SEA 2009 di Laos ini. Walaupun lawan di separuh akhir ialah Laos, pasukan yang baru meningkat naik tetapi untuk menundukkan tuanrumah yang sedang bersemangat di hadapan penyokong sendiri adalah satu cabaran.

Cakap2Bola tabik kepada skuad Rajagobal ini ialah semua pemain boleh menjaringkan gol tanpa mengharapkan kepada penyerang sahaja. Itu kelebihan Rajagobal dalam mengendalikan skuad ini.

Cakap2Bola sebagai peminat setia bolasepak negara, berdoa agar skuad ini terus melawan dan membawa balik pingat emas walaupun Vietnam pernah mengalahkan Malaysia di pusingan awal sebelum ini. Bola itu bulat dan buktikan bahawa kemenangan Vietnam terdahulu adalah nasib akibat kegaglan pemain mengawal emosi. Cakap2Bola akan berhenti menyeru FAM membawa masuk jurulatih luar jika Rajagobal berjaya membawa pulang pingat emas bolasepak Sukan SEA ini. Walaubagaimana Cakap2Bola akan tetap menyeru agar Presiden dan majlis FAM berundur...dah lama sangat dah........

Sunday, December 13, 2009

HATI HATI BILA BERJUMPA LAOS

Separuh akhir nanti Malaysia akan bertemu Laos di Sukan SEA 2009 ini. Laos yang kali pertama memasuki separuh akhir Sukan SEA ini di tambah dengan bermain di hadapan penonton sendiri ini akan bermain bermati2an dengan apa cara sekalipun untuk menang. Pasukan Laos ini telah berlatih selama setahun bersama kelab Vietnam Hoang Ang Ghia Lai dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kelab tersebut. Artikel tentang skuad Laos ini boleh di baca di artikel NO MORE MINNOW TAGS FOR LAOS di dalam web site rasmi Sukan Sea 2009.

Kita jangan lupa bahawa pasukan Malaysia pernah dimalukan oleh Laos pada 1997. Pasukan Malaysia ketika itu dilatih oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hassan yang pada tahun sebelum itu telah membawa Malaysia menjadi naib johan Piala Tiger ( sekarang ini Piala AFF Suzuki). Akibat kekalahan memalukan itu, Wan Jamak telah " dipecat " dari jawatan jurulatih skuad kebangsaan manakala Presiden FAM masih tetap berkuasa sehingga hari ini. Parut akibat kekalahan itu sehingga hari ini masih berbekas di hati Wan Jamak yang sekarang ini menjawat jurulatih Negeri Sembilan yang baru sahaja memenangi Piala Malaysia 2009.Keluhan hati Wan Jamak ada di artikel THE PAIN STILL LINGER - WAN JAMAK ini di website yang sama.

Sebagai rakyat Malaysia yang lain, Cakap2Bola mengharapkan kejayaan pasukan Malaysia ini. Semuga berjaya dan buangkan over confidence atau kegembiraan mengalahkan pasukan Thai tempuhari. Selamat Berjuang.

TABUNG BOLASEPAK NEGARA???? BIAR BETUL.....

Cakap2Bola mengalu2kan kenyataan Menteri Belia dan Sukan untuk mewujudkan Tabung Bolasepak Negara sebagaimana di dalam artikel TABUNG BOLASEPAK NEGARA di dalam akhbar Utusan hari ini untuk jangkamasa panjang pembangunan bolasepak. Yg menjadi kemusykilan Cakap2Bola dan rakyat yang mencintai bolasepak, FAM selaku badan induk bolasepak negara merupakan salah satu persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh, tetapi di manakah disalurkan duit2 ini? Terlalu banyak seminar agaknya yg dianjurkan oleh FAM sehingga duit mengalir ke seminar2 ini. Pada Cakap2Bola bukan hanya Tabung Bolasepak Negara patut diwujudkan, satu jawatankuasa baru FAM patut juga diadakan...walau duit banyak sekalipun tetapi jika pegawai2 FAM masih merupakan orang2 yang sama dan mempunyai mentaliti yang sama, jangan harap bolasepak negara boleh pergi jauh......

Friday, December 11, 2009

MALAYSIA 2 THAILAND 1


Pemain Malaysia kegembiraan setelah menewaskan Thai

Alhamdulillah . Itu keputusannya. Akhirnya Malaysia dapat mengikis badi di Sukan SEA. Yang dipuji ialah semangat melawan yang tidak kenal putus asa setelah ketinggalan satu gol pada minit 53. Malaysia berjaya menjaringkan gol di minit 81 dan 92. Tahniah Malaysia dan anak2 buah Rajagobal. Musuh anda selepas ini ialah Laos yang mengejutkan semua pihak dengan menjuarai kumpulannya. Laos di bawah kendalian Alfred Riedl bekas jurulatih Vietnam telah mengalahkan Indonesia 2-0 dan seri dgn Singapura dan Myanmar. Ayuh , Malaysia..ini ialah peluang terbaik ke final seterusnya menjadi johan setelah 20 tahun kita menggigit jari. Sekalung tahniah untuk skuad ini tetapi bukan untuk Presiden FAM dan kuncu2nya.

Thursday, December 10, 2009

INDONESIA TELAH BERSEDIA DGN COACH BARU UNTUK SEA GAMES 2011


Ivan Kolev

Akibat tersingkirnya Indonesia di pusingan awal Sukan SEA 2009 di Laos ini, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia ( PBSI) mengambil langkah yang bijak dengan melantik semula bekas jurulatihnya Ivan Venkov Kolev dari Bulgaria yang pernah mengendalikan skuad mereka sewaktu menghadapi Pusingan Akhir Piala Asia 2007.
Harian Kompas Online melalui artikelnya KOLEV JURULATIH BARU INDONESIA telah menyebut bahawa Indonesia akan lebih bersedia untuk Kejohanan 2011 nanti. Skuad bimbingan Kolev pada 2007 yang lalu membuktikan bahawa Indonesia setaraf dengan gergasi2 bolasepak. Indonesia menang dengan Bahrain 2-1, tewas di saat2 akhir dengan Saudi 2-1 dan tumbang tipis di tangan Korea 1-0. Berbeza dengan pencapaian Malaysia ketika itu, skuad bimbingan jurulatih Norizan Bakar dibelasah 5-1 dengan China, 5-0 dengan Uzbekistan dan 2-0 dengan Iran. Malah skuad Indonesia di pusingan kelayakan Piala Asia sekarang menunjukkan prestasi yang bagus.

Dari sini kita boleh melihat dan membuat kesimpulan, tiada kesungguhan di dalam FAM untuk memajukan skuad kebangsaan. Tidak pernah belajar pada pengalaman. Pada Presiden dan Majlis EXCO FAM, yang lebih penting ialah skuad Pahang bukan skuad negara.....

Wednesday, December 9, 2009

APA SEBENARNYA NIAT FAM SETELAH MEMBUBARKAN HARIMAU MUDA UNTUK 2010??


Apa jadi dengan pasukan Harimau Muda A setelah dibubarkan dari menyertai Liga Super. Ini angkara untuk memberi laluan Pahang naik ke Liga Super. Siapakah yang sebenarnya mengkhianati bolasepak negara ? Rakyat, Pemain2 ataupun Majlis EXCO FAM termasuk pimpinan atasan FAM? Mana yang lebih penting Pahang ataupun pembangunan jangkapanjang skuad remaja kebangsaan? Baca petikan Harian Metro semalam.

Azraai rasa terkejut

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghalang Harimau Muda A bersaing dalam saingan Liga Super 2010 menimbulkan persoalan buat jurulatih skuad Bawah 21 tahun itu, Azraai Khor Abdullah.

Beliau yang terkejut dengan keputusan drastik badan induk bola sepak negara itu sehingga kini masih belum mendapat penjelasan rasmi daripada majikannya.

“Secara peribadi, saya memang terkejut. Saya memohon jawatan sebagai jurulatih Harimau Muda A untuk membimbing mereka dalam Liga Super sebab saya yakin pemain mampu memberi impak dalam saingan itu. Jadi, saya memang terkejut dengan keputusan FAM itu, tapi sebagai kakitangan, saya terpaksa akur.

“Saya belum mendapat sebarang penjelasan kerana Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) sudah berangkat ke Laos, mungkin dalam minggu ini juga saya akan bertemu dengannya,” kata Azraai.

Pada sidang media selepas mesyuarat Majlis FAM yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah kelmarin, FAM memutuskan tidak membenarkan Harimau Muda A menyertai Liga Super musim depan. Pemain skuad itu akan dilepaskan beraksi bersama pasukan negeri dan kelab.

Harimau Muda B yang dibarisi pemain Bawah 19 tahun kekal dalam kancah Liga Perdana. Apa yang sukar diterima apabila pasukan di tempat kedua tercorot Liga Super musim lalu, Pahang yang sepatutnya bertanding dalam Liga Perdana musim 2010 dipilih menggantikan tempat Harimau Muda A.

Pada pandangan Azraai, langkah FAM itu kurang tepat kerana Harimau Muda A yang menjuarai Liga Perdana, musim lalu selepas hanya dibentuk selama dua tahun, harus kekal bersama dan bermain secara konsisten di peringkat lebih kompetitif.

“Ini menimbulkan tanda tanya apabila pemain Harimau Muda A diarah pulang ke negeri masing-masing. Adakah mereka akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama, kalau sebagai pemain simpanan saja, ia tidak memadai.

“Pemain perlu terus kekal bermain sebagai satu pasukan. Ini terbukti berkesan apabila mereka menjuarai Liga Perdana selepas beraksi bersama selama dua tahun. Malah apa akan terjadi dengan kontrak pemain yang akan tamat Mei depan,” katanya.

Azraai yang sebelum ini membimbing skuad Liga Super Kedah berkata, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan pemain Harimau Muda A tidak disia-siakan kerana mereka adalah antara pemain yang bakal menggalas cabaran negara di Sukan Sea 2011.

“Mungkin kita boleh bawa Harimau Muda ke liga luar negara, seperti ke Singapura kerana pasukan itu mendapat tajaan Kementerian Belia dan Sukan. Mereka harus kekal bersama sebab sebelum ini sejarah sudah menunjukkan apabila pemain muda dibiarkan mewakili negeri, mereka gagal memberikan aksi berkesan,” kata Azraai.

MALAYSIA VS THAILAND SUKAN SEA 2009. BOLEH MENANG KE?


Bila melihat keputusan dan ulasan permainan Malaysia lawan Kampuchea semalam, Cakap2bola merasa agak sukar untuk Malaysia menang apatah lagi bila lihat YouTube highlights perlawanan semalam. Ditambah pula dengan kenyataan dari 2 orang penting ke Sukan Sea ini iaitu Chef De Mission Malaysia dan juga Ketua Pengarah MSN bahawa pasukan Malaysia sememangnya berhak utk kalah sewaktu melawan Vietnam tempuhari kerana Vietnam cergas dan berstamina berbanding Malaysia. Baca petikan dari Berita Harian semalam:

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berkata, pemain tiada sebab untuk menyerang pengadil.

"Ia sesuatu yang memalukan. Bagi saya jika kalah, kalahlah. Pemain Vietnam lebih cergas tetapi pemain kita seolah-oleh hilang semuanya," katanya.


Walaubagaimanapun bola itu bulat. CAKAP2BOLA seperti rakyat Malaysia lain mengharapkan kemenangan dan semangat melawan pasukan Malaysia. Bolasepak masih menjadi sukan no 1 rakyat Malaysia malangnya dihancurkan oleh puak2 berkepentingan di dalam FAM. Selagi mereka ini berada di dalam FAM, selagi itulah tiada cahaya untuk bolasepak negara. Turunlah wahai yang memegang tampuk FAM, sedarlah kerosakan yang dibuat sejak memegang tampuk FAM ini..Turunlah demi kepentingan sukan bolasepak negara. Walau apa pun keputusan perlawanan Malaysia bertemu Thailand ini, hampir seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kepimpinan tertinggi FAM berundur...cukuplah ...dah hampir 26 tahun memegang tampuk tanpa ada sebarang kejayaan....

Monday, December 7, 2009

MACAM MANA BOLA MALAYSIA NAK MAJU, JIKA FAM MASIH ADA PILIH KASIH

Membaca lapuran akhbar Berita Harian yang dipaparkan di bawah ini memang telah di jangka awal awal lagi. Aku telah tulis ramalan aku tentang sikap FAM ini. Cuba baca artikel aku yang dahulu di sini atau yang ini.

FAM memang jelas mengamalkan dasar pilih kasih. Adakah semata2 Presiden dari Pahang maka EXCO FAM membuat keputusan yang jelas membodek Presiden. Kesian Harimau Muda. Apa istimewanya Pahang? Gaji pun tak berbayar sehingga skuad Pahang hampir hancur.

Memang tiada lagi sinar untuk bolasepak Malaysia jika tiada perubahan dari segi pentadbiran dan mentaliti setiap EXCO FAM ini. Baca petikan Berita Harian hari ini

SEPERTI satu sandiwara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpatah balik daripada keputusannya untuk menaikkan Harimau Muda ke Liga Super, sebaliknya memilih mengekalkan pasukan kedua tercorot musim lalu, Pahang dalam keputusan yang pastinya akan mencetuskan dakwaan 'pilih kasih' di kalangan pengkritik bola sepak tanah air.

Sejak sekian lama, teori konspirasi berlegar bahawa Pahang - negeri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah - akan diberi layanan istimewa dengan jawatankuasa pertandingan tempatan akan merombak format Liga Malaysia memastikan mereka kekal di pentas elit sungguh pun mereka sepatutnya beraksi pada Liga Perdana, musim depan.


Walau pun dakwaan 'pilih kasih' dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh, sukar untuk difahami bagaimana pasukan yang diturunkan ke saingan divisyen dua pada 2010 diletakkan sebagai pasukan ranking teratas Liga Perdana sebelum musim bermula dan berada pada pilihan teratas untuk dinaikkan jika terdapat kekosongan di Liga Super.

Andai mengikut keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan minggu lalu, Harimau Muda, T-Team, Johor dan Kuala Lumpur dinaikkan ke Liga Super berdasarkan kedudukan empat teratas Liga Perdana, namun FAM kali ini mengembalikan Pahang dan bukan pasukan tempat kelima, Proton FC.

"Apabila kita susun balik Liga Perdana, kita mendapati Pahang menduduki tempat teratas. Tuanku (Sultan Ahmad Shah) awal-awal berkata bahawa dia tidak mahu dilihat sebagai pilih kasih.

"Keputusan ini diambil berdasarkan majoriti ahli majlis," kata Che Mat pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis di Wisma FAM semalam.

Lebih parah, FAM memilih untuk tunduk kepada desakan ahli gabungan mengembalikan pemain bawah 21 tahun Harimau Muda kepada pasukan negeri dengan pasukan itu yang dibentuk sejak sekian lama dipisahkan dan hanya dikumpulkan semula bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

Kini Liga Super akan kekal dengan 14 pasukan manakala Liga Perdana buat masa sekarang mempunyai 11 pasukan termasuk Harimau Muda yang dibarisi pemain bawah 19 tahun.

KENAPA BOLASEPAK KITA PERLU JURULATIH ASING ?

Kekalahan pasukan negara kita di tangan Vietnam tidak mengejutkan aku. walaupun based on paper, dan aku sendiri pernah menonton pasukan senior Vietnam bermain, aku rasa Malaysia boleh menang. tetapi . bola itu bulat. Tekaan di dalam hati aku tepat , bahawa Malaysia akan kalah. Sebagaimana yang di tulis di dlm artikel2 terdahulu, kita perlukan jurulatih asing yang berkaliber yang boleh mencurahkan taktikal dan corak yg baik untuk pasukan kebangsaan.

Cuba kita lihat, kelompok jurulatih2 tempatan kita. Pusing2 tang tu jugak. Irfan Bakti, Sathianathanlah, Wan Jamaklah, Zainal Abidin Hassanlah, Tajuddin Nor, Rahman Ibrahim dll...itu sahaja kelompok jurulatih yg kita ada.Tiada pembaharuan. Kita lihat sahaja Liga Malaysia, hambar...

Saya masih percaya akan kebolehan skuad bawah 23 ini. Mereka mampu pergi jauh. Cuma FAM perlulah berbelanja lebih dapatkan mereka jurulatih yang bagus dan berkaliber. Minta sahaja Air Asia ke, MAS ke, Petronas ke sponsor satu jurulatih yg world class seperti Felippe Scolari, Eriksson ke atau paling cikai Philippe Troussiere untuk kontrok 3 tahun bermatlamatkan layak ke Olimpik atau separuh akhir Sukan Asia.

Percayalah, lepas ni kalau Malaysia kalah teruk dengan Thai dan bungkus awal di Sukan SEA Laos ni, jurulatih akan di pecat, skuad ini akan di bubar kerana tiada kejohanan penting utk 2010...yang masih kekal ialah Presiden dan majlis EXCOnya...Pasukan Malaysia makin lama makin hampehhhh.....akibat tiada perancangan jangka panjang FAM.

Sunday, December 6, 2009

VIETNAM 3 MALAYSIA 1

Aku baru dapat keputusan ni dari website Sea Games http://www.laoseagames2009.com/v1/index.aspx. Sejarah berulang lagi. Aku tak mahu komen banyak. Cuma satu sahaja conclusion aku yang seringkali aku tulis dalam blog aku ini.WE NEED A GOOD AND RELIABLE FOREIGN COACH atau dalam Bahasa Melayu. KITA PERLUKAN SEORANG JURULATIH ASING YANG BAIK, BERKALIBER , MEMPUNYAI REPUTASI DAN ADA NAMA....kalau tak,sampai bila pasukan Malaysia tak ke mana. Alasan aku telah aku coretkan di dalam artikel2 aku terdahulu...Nampaknya bye bye Laos 2009...

Saturday, December 5, 2009

UNDIAN PIALA DUNIA 2010

Undian untuk kumpulan Piala Dunia 2010 telah dilakukan semalam. Nampaknya seperti samarata, tiada kumpulan maut. England diletakkan satu kumpulan dengan USA, Algeria dan Slovenia di dalam Kumpulan C. Mudah untuk mereka di atas kertas nampaknya.

Manakala Brazil di dalam Kumpulan G beserta Ivory Coast, Portugal dan Korea Utara. Akan dapat kita saksikan kelibat anak2 buah Dunga melawan Didier Drogba dan Cristian Ronaldo. Nak kata kumpulan maut, Group G ini, taklah sangat sebab Ivory Coast hanya ada Didier Drogba sahaja.

Yang lain2 pasukan tu, ada tertera di bawah ini:

KUMP A : AFRIKA SELATAN, MEXICO, URUGUAY DAN FRANCE

KUMP B: ARGENTINA, SOUTH KOREA, NIGERIA DAN GREECE

KUMP C : ENGLAND, USA, ALGERIA DAN SLOVENIA

KUMP D : GERMANY, AUSTRALIA, GHANA DAN SERBIA

KUMP E : NETHERLANDS, JAPAN, CAMEROON DAN DENMARK

KUMP F :ITALY, NZ, PARAGUAY DAN SLOVAKIA

KUMP G : BRAZIL, IVORY COAST, KOREA UTARA DAN PORTUGAL

KUMP H: SPAIN, HONDURAS, CHILE DAN SWITZERLAND

Bila melihat undian ini, bilalah agaknya pasukan Malaysia boleh layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia ini???

Wednesday, December 2, 2009

BETUL KA PASUKAN2 NEGERI DAH ADA DUIT??

Hahaha lawak yang tak sudah sudah. Ibarat kita tengok cerita Hindustanlah, endingnya kita dah tahu...mesti happy ending punya...Itulah FAM ...sejibik...Aku dah dapat agak dah keputusan Jawatankuasa Pertandingan FAM yang akhirnya membenarkan pasukan2 negeri mahupun kelab yang satu Malaya dah tahu bagaimana tenatnya kantung kewangan mereka akhirnya di terima dan layak untuk bertanding Liga Malaysia 2010.

Heran bin Ajaib . Bagaimana negeri2 contohnya Melaka dan Sarawak, yang tambang kapalterbang dan sewa stadium pun tak mampu nak bayar apatah lagi gaji pemain2 pada musim2 yang lepas, boleh ada duit seterusnya melayakkan diri menyertai Liga malaysia 2010. Yang aku dengar, bersungguh2 mencari duit adalah pasukan Kelantan. kemungkinan agaknya pasukan2 seperti Melaka, Sarawak mahupun Kelab Shahzan Muda ni diberi bantuan sepenuhnya oleh kerajaan negeri mereka? Tetapi bagaimana tunggakan gaji pemain2 pada musim2 lepas? Adakah telah di bayar sepenuhnya? Kalau kita baca petikan Utusan hari ini seperti di bawah ini, takde pulak kata semua tunggakan gaji pemain2 telah dibayar??

" Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan mereka telah menunaikan syarat asas lain penyertaan Liga M yang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), potongan cukai pendapatan dan jaminan sumber kewangan. "

Maka tidak heranlah, kalau musim 2010 akan kedengaran lagi suara2 rayuan pemain yang mengeluh gaji mereka tidak dibayar. Keputusan FAM telah dijangka kerana sememangnya sudah diketahui, tiada ketegasan di FAM. FAM hanya mahukan kuantiti pasukan bukan kualiti. Oleh itu janganlah kita meletak harapan tinggi untuk melihat pasukan negara berjaya jika tiada ketegasan di pihak FAM. Sepatutnya Liga Malaysia sudah boleh menjadi salah satu liga bolasepak yang suskses di Asia tetapi sekarang ini liga kita hanya setaraf dengan Liga di Bangladesh. Sendiri mau ingat......

Piala Tan Sri Mustapha Kamal 2010 bermula lagi


MUSTAPHA (empat dari kanan) menerima tajaan kejohanan bola sepak Piala Tan Sri Mustapha Kamal, semalam.- petikan dari Berita Harian Online


Piala Tan Sri Mustapha Kamal 2010 untuk pasukan2 kelab di Lembah Kelang akan bermula pada 19hb Disember ini. Kejohanan yang dikhaskan untuk pemain2 di bawah 20 tahun ini bermula pada awal tahun ini dan juara sulungnya adalah kelab PNSB FC. Sebanyak 20 kelab di sekitar Lembah Kelang mengambil bahagian walaupun terdapat lebih 100 penyertaan. Diharap pasukan favoriteku iaitu PKNS FC dapat mencontohi " adik "nya yang baru menjuarai Liga Terbuka Remaja Komuniti Kebangsaan bawah 11 tahun. Go PKNS Go.

Petikan Berita Harian hari ini :

LEBIH 100 kelab dari sekitar Lembah Klang memohon tetapi hanya 20 sahaja diterima untuk beraksi kejohanan bola sepak Piala Tan Sri Mustapha Kamal yang bermula 19 Disember ini.

Ketua Jurulatih NPNG FC, Micheal Palani, berkata pemilihan setiap pasukan adalah berdasarkan kepada latar belakang yang sekurang-kurangnya pernah menyertai kejohanan lain sebelum ini selain membabitkan pemain daripada pelbagai bangsa.

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Penaung NPNG FC, Tan Sri Mustapha Kamal bercadang untuk membuka penyertaan kepada kelab dari seluruh Selangor bagi edisi akan datang.

Menerusi penyertaan yang lebih meluas, saya percaya lebih ramai bakat baru mampu dicungkil, sekali gus diketengahkan sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Sementara itu, kejohanan kali ini terus mendapat sambutan penaja seperti Milo, F&N, Figos, Bata, KMN Motorsport, SportUnite, Kelab Sukan NPNG dan
Kumpulan EMKAY.

MALAYSIA 11 TIMUR LESTE 0


GAMBAR DI PETIK DARI LAMAN WEB FAM - Pasukan U23 bersama 2 pemain senior iaitu Amri Yahyah dan Norhafiz Zamani Misbah

Kemenangan bergaya. Tahniah. Itu hanya halangan pertama, ada 2 halangan yg utama iaitu Vietnam dan Thailand. Sebagaimana aku katakan dalam artikel aku terdahulu, setelah melihat skuad senior Vietnam bermain menentang Syria, aku yakin skuad Malaysia akan menang. untuk menjadi juara, Malaysia perlu mengalahkan mana2 pasukan. Baca artikel dari Berita Harian ini tentang kemenangan Malaysia ke atas Timur Leste ini :

Malaysia belasah Timor Leste 11-0


KUALA LUMPUR: Malaysia membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan Sea Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, hari ini.

Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang Ahmad Fakri Saarani mengucar-ngacirkan kubu lawan dengan jaringan hat trick, manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.

Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah Sukan berkenaan.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.

Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia. - Bernama