Sunday, December 20, 2009

TAN SRI ANNUAR MUSA SEBAGAI PRESIDEN FAM ?


Kita perlu mengetepikan sentimen politik. Tidak kira dia UMNO, PAS, DAP mahupun PKR, Cakap2Bola merasakan Tan Sri Annuar Musa adalah calon yang layak untuk menduduki kerusi Presiden FAM. Berdasarkan prestasinya menerajui Kelantan, bagaimana dia mengemudi Kelantan sehingga berjaya memasuki final tahun 2009 ini membuktikan karisma beliau di dalam bolasepak ini. Malah beliau membawa Kelantan ke Manchester, membuat persiapan dengan membeli pemain2 untuk musim hadapan dan membawa Kelantan melakukan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini menunjukkan kesungguhan beliau di dalam memajukan bolasepak.
Beliau juga berjaya membawa masuk penaja2 untuk skuad Kelantan ini dan berjaya mem " brand" ingkan Kelantan sehingga hampir setiap perlawanan Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu penuh dengan penyokong2nya. Beliau percaya, dengan kekuatan pasukan dan sentiasa menang akan menggalakkan penonton ke stadium dan seterusnya mengukuhkan kewangan Kelantan FA. Ditambah dengan pengalaman Tan Sri Annuar Musa yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan di dalam kabinet menguatkan ketokohan Annuar Musa untuk menerajui FAM.
Siapakah yang berani dikalangan ahli gabungan FAM mencadangkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden. Lakukanlah untuk kebaikan bolasepak negara.

2 comments:

Anonymous said...

Just to share
Keputusan Piala Mustafa Kamal
ABS PKNS FC VS Pemadam BTR- 3-0
ABS PKNS FC Vs Blaster - 16-0


shah alam..

CAKAP2BOLA said...

Thank You Anonymous kerana update itu. Di harap dapat sentiasa meng updatekan supaya peminat2 dan penyokong2 ABS PKNS dapat mengetahui keputusan yang melibatkan pasukan PKNS ini