Tuesday, August 31, 2010

MASA DEPAN PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA


Jawapan pada persoalan di atas ialah TIADA MASA DEPAN. Kenapa? Pemain2 bola MALAYSIA hanya boleh bertahan sekitar usia 30 tahun. Selepas itu tiada lagi pasukan yang menawarkan tawaran yang lumayan. Selalunya pada usia 24 tahun baru mereka mendapat tempat di dalam 1st eleven pasukan masing2. Exceptional case jika pada usia 20 tahun mereka sudah menjadi regular players dlm 1st eleven. Malah semalam aku berbual dengan rakan sekerjaku seorang Mat Salleh dari England, mengakui bahawa tidak semua produk dari Academy Manchester United, Chelsea atau juga Youth squad mereka yang berjaya mendapat mewakili 1st team pasukan itu. Akibat dari kegagalan ini, maka drop out Academy mahupun Youth squad ini terpaksa mencari nafkah dalam karier yang berlainan. Agak malang jika mereka tidak mempunyai kelayakan akademik.Itu England, bagaimana Malaysia???

Rata2 pemain bolasepak Malaysia tidak mempunyai kelayakan akademik yg kuat. Boleh kira dengan jari berapa ramai yg mempunyai sekurang2nya diploma. Selepas SPM terus memasuki skuad Piala Presiden , nasib baik dapatlah main skuad senior Liga Super. Kalau tidak, terpaksalah mencari rezeki di bidang lain.

Ditambah dengan kedudukan Malaysia yang tidak kuat di peringkat antarabangsa, maka adalah sukar untuk mana2 pemain Malaysia bermain di liga luarnegara. Jikalau terdapat pemain Malaysia yang bermain di Liga2 timur tengah pun dah cukup membanggakan kerana tawarannya adalah lumayan berbanding dengan liga malaysia.

Oleh itu FAM perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pasukan Malaysia agar karier dan masadepan pemain2 bolasepak negara terjamin. Jikalau di dalam bidang lain selain dari bolasepak, pada usia 30 tahun jika mereka ini mempunyai degree, seseorg itu sekurang2nya sudah berada di position pengurus. malangnya pemain2 bolasepak, pada usia ini mereka sudah menggantung but dan mula mencari pekerjaan lain untuk menyambung hidup. Bagaimana nasib anak isteri di rumah???

Saturday, August 28, 2010

ANNUAR MUSA MEMANG TAK KECIL HATI TAPI....


Bila baca press statement Annuar Musa (TSAM) yg mengatakan beliau tidak kecil hati hanya Allah sahajalah tahu isihatinya. Mana mungkin beliau membantah perlantikan itu kerana Presiden FAM ialah .....? Itulah masalahnya ahli majlis FAM ini yg tidak tahu membezakan Sultan dan Presiden FAM. Memanglah senang kita cakap kerana kita tidak menghadiri mesyuarat itu kan...Tapi perlu diingat, yg kita tentang ialah Presiden FAM...bukannya Sultan..walaupun TSAM mengatakan beliau tidak kecil hati TETAPI Cakap2Bola merasakan seluruh peminat bolasepak tempatan hampa dengan perlantikan ini...Kita yakin TSAM berkemampuan bukan sahaja mengemudi skuad kebangsaan tetapi mengetuai FAM sendiri...sudah masanya Presiden FAM berundur....mungkin kita bagi tempuh dan melihat keputusan skuad negara di Sukan Asia dan Piala AFF ini buat Presiden FAM...

Thursday, August 26, 2010

BAGUS......HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA LAGI...

HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA ...Ini yang kita tunggu2...Keputusan yang bijak dari FAM. Bagaimana pula dgn skuad kebangsaan?? Mereka perlukan competitive matches juga...

ANDAI AKU MENGEPALAI FAM...

Andai aku mengepalai FAM, aku akan:

1) Menyediakan Master Plan pasukan kebangsaan dengan sekurang2nya 1 perlawanan persahabatan setiap bulan bertaraf A dengan pasukan2 yang rankingnya di atas Malaysia walaupun terpaksa bermain di luar negara. Master Plan ini perlu dibuat setahun lebih awal.

2) Menghadkan penyertaan pasukan di MSL dengan membenarkan hanya pasukan2 yg benar2 mampu dari segi kewangan walaupun pasukan itu hanya sebuah kelab. Tiada ruang buat mana2 pasukan yg saban tahun tak membayar gaji pemain.Jika hanya 6 pasukan sekalipun, Liga Super tetap berjalan. Dengan cara ini pemain2 yang benar2 berkaliber sahaja dpt bermain seterusnya memudahkan pemilihan pemain yg berkualiti. Ibarat memilih pelajar2 ke universiti, begitulah juga dlm bolasepak.

3) Berkerjasama dgn Kementerian Pelajaran mewujudkan semula Liga bolasepak Majlis Sukan Sekolah2 Daerah...format perlawanan penuh tiada lagi bercorak pestobala. Tiada lagi hanya 15 minit perlawanan. Setiap negeri dengan kerjasama MSS dan FA negeri akan melantik talent scout memantau mana2 pemain2 sekolah yg berkaliber seterusnya mewakili daerah, negeri dan negara.

4) Menyingkirkan mana2 pegawai yang berkepentingan peribadi yang menggunakan FAM untuk political mileage mereka. Letakkan mereka ini walaupun dilantik dlm jawatankuasa yg tak penting.

5) No friendly matches dgn kelab2 kecuali kelab2 ternama dari eropah.

6) Menyediakan dana RM1 juta kepada mana2 pasukan Malaysia yang layak menyertai Asian Champions League.

7) Melantik Sven Eriksson atau Felipe Scolari sebagai Head coach kepada skuad kebangsaan dan U23. Rajagobal sebagai pembantu. Dengan cara ini memberi publisiti meluas kepada skuad kebangsaan dan menggalakkan jemputan friendly match dari pasukan2 ternama. Jangan lupa, Malaysia pernah menentang England pada 1991 dan Brazil pada 2002!!

8) Melupakan hasrat membina pejabat baru di Janda Baik.

9) Combine kan skuad U23 dan U21...dan menghantar mereka ke serata dunia utk friendly matches.

10) Memberi elaun bulanan sekurang2nya RM10,000 kepada mana2 pemain Malaysia yang layak mengikat kontrak dengan mana2 kelab eropah sekurang2nya divisyen 1 .

11) Memendekkan duration Liga Malaysia dan mewujudkan satu jenama yg ekslusif utk Liga Malaysia ini.

12) Meletakkan target 2014 utk Malaysia melayakkan diri sekurang2nya separuh akhir Sukan Asia dan Asia Cup.

13) Meletakkan target 2012 utk Malaysia layak ke Olimpik

13) Meletakkan target 2014 sebagai tahun utk Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia. Oleh itu aku wujudkan 4 years Master Plan utk mencapai cita2 ini.

Itu hanya angan2 aku jika aku mengepelai FAM. Malangnya aku bukan orang politik atau aktif dalam mana2 persatuan bolasepak. Adakah mereka yg di FAM ini tidak pernah memikirkan ini. Aku yg bekerja di syarikat pun dahulu setiap tahun memerah otak utk mewujudkan 5 years Master and Business Development Plan utk kemajuan syarikat. Nampak sangat bezanya otak aku dan otak mereka...Yg penting, aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang mencintai bolasepak ....

Tuesday, August 24, 2010

MACAM ADA YG TAK KENA JE DLM FAM INI...

Bila meneliti senarai pengerusi Jawatankuasa FAM yg baru ini, yg baru memulakan mesyuarat pertamanya, Cakap2Bola berasakan ada sesuatu yg tak kena. Mengapa Tan Sri Annuar Musa di beri mengetuai jawatankuasa Bolasepak Wanita dan Jawatankuasa MSL?? Pada pengamatan Cakap2Bola, Annuar Musa sepatutnya diberi tugas mengetuai Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Belia!! Kedua2 Jawatankuasa ini penting untuk menentukan halatuju pasukan kebangsaan. Malangnya Jawatankuasa ini dipegang oleh Prseiden FAM dan Timbalan Presiden FAM yg juga anaknya! Satu Malaya dah tahu akan kegagalan Presiden dan Timbalan Presiden yg satu lagi ini menerajui pasukan kebangsaan. Apa salahnya diberi jawatankuasa ini kepada org baru iaitu Annuar Musa yg telah membuktikan kewibawaan beliau mengemudi skuad Kelantan. Nampak gayanya, skuad kebangsaan makin tiada hala tujulah nampaknya...

MIMPI KE DATUK???

Nak ketawa aku baca kenyataan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia Datuk Ahmad Ismail yang yakin bahawa pasukan sepaktakraw Malaysia akan membawa pulang sekurang2 1 pingat emas di Sukan Asia nanti. Camne nak menang LATUK jika dgn Korea pun kita bungkus skrg ni....ganti je lah org lain menerajui PSM ni....

Monday, August 16, 2010

BEZA ANTARA JUARA DUNIA SPAIN DAN MALAYSIA

Nak tahu apa bezanya? Spain sejak menang World Cup sebulan lepas tu terus buat friendly dgn Mexico yg kesudahan seri 1-1 di Mexico. Pada 3/9 lawan Leichteinstein. 7/9 pula lawan Argentina di Buenos Aries. 8/10 lawan Lithuania. Manakala Malaysia?? Aku tak nampak pun senarai friendly matches yang di atur dalam web FIFA ini. Maknanya Malaysia lagi kuat dari juara dunia Spain. Kita tak perlu competitive friendly match. Negara2 Asia yang lain sibuk berlumba2 mengatur friendlies, kita sibuk buat bangunan baru....BERUNDURLAH KEPIMPINAN FAM...RAKYAT MAKIN BOSAN DENGAN FAM...seperti kata rakanku FAM ialah F - Fooling A - At M - Managing...

Saturday, August 14, 2010

SYABAS BERITA HARIAN KERANA BERANI MENGKRITIK FAM...

Dah 2 hari berturut2 Berita Harian menyiarkan tentang RM32Juta wang FAM yang tidak diguna pakai untuk tujuan pembangunan bolasepak. Hari ini, satu lagi berita tentang Misteri Dana RM32 Juta disiarkan di akhbar tersebut. Seperti yang dijangka, akhbar2 perdana Malaysia seperti Utusan Malaysia langsung tidak menyebut berita ini. Seperti tag blag Cakap2Bola ini - " Blog ini diwujudkan kerana akhbar2 perdana tidak menyiarkan kritikan terhadap FAM kerana menjaga periuk nasi CEO, MD atau COO mereka "

Thursday, August 12, 2010

RM 32 JUTA DUIT FAM BUKAN UTK PEMBANGUNAN BOLA...TAPI UNTUK BANGUNAN ...PADANLAH BOLA MAKIN MERUDUM

Kementerian Belia dan Sukan mengatakan bahawa RM32JUTA diulang sekali lagi RM32JUTA duit FAM tidak diguna untuk pembangunan bolasepak. Ini dapat di baca di dalam artikel ini di Berita Harian.
Setiausaha FAM Datuk Izzudin mengatakan duit itu utk kemudahan infrastruktur pejabat baru FAM di Janda Baik.
Pada Cakap2Bola, Wisma FAM di Kelana Jaya tu dah cukup baik, strategik...lengkap segalanya...mengapa perlu yang lain. Sepatutnya FAM memikirkan tentang pembangunan bolasepak negara bukannya bermewah2 dengan pejabat yang baru. Jadi betul tekaan Cakap2Bola, yg musykil kenapa skuad kebangsaaan seringkali mengadakan perlawanan persahabatan dengan team cikai terutama sekarang ini sering sgt friendlies dgn kelab Singapore...rupanya nak jimat duit bina pejabat baru. Yang nyata skrg dan byk kali dalam artikel terdahulu Cakap2Bola ini, FAM hanya nak bermewah2 di kalangan EXCO...Semuga Tan Sri Annuar berbuat sesuatu untuk menyelamatkan pasukan2 kebangsaan ini...

SEDIH ADA..GERAM PUN ADA...

Bila baca paper dan web FIFA LIST OF FRIENDLY MATCHES ini, negara2 lain sibuk mengatur perlawanan persahabatan ...tapi FAM masih dibuai mimpi....dah berbuih mulut mengutuk FAM ni...sia2 je pahala puasa. Percayalah, lepas Asia Games atau Piala AFF...kalau Malaysia kalah teruk...yang kena pecat ialah Rajagobal dan pemain2...Yang kat atas FAM tu bersenang lenang....Nak kata bulan puasa, habis tu team Bahrain, Saudi dan lain2 negara Arab tu tak berpuasa ke? Malah Liga Pro negara2 Arab berjalan sewaktu bulan puasa dan game bermula immediately selepas habis sembahyang terawih....

Sunday, August 8, 2010

KERAJAAN NEGERI KELANTAN HANTAR SKUAD BOLASEPAK TUNAI UMRAH

Alhamdulillah bila baca petikan dari harakah ini. Kali ini Cakap2Bola copy and paste..

KOTA BHARU, 8 Ogos: Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM245 ribu bagi membiayai 35 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menunaikan umrah kali ini.

Ia ditunaikan selepas kerajaan negeri berjanji untuk membawa pemain negeri ke Mekah setelah berjaya menduduki naib johan Piala FA tahun lepas.

Pemergian rombongan tersebut malam tadi turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood (gambar).

Abdul Fattah berkata, walapun terdapat beberapa pemain yang tidak ikut serta rombongan itu, mereka tidak akan diberi wang tunai sebagai gantinya kerana hasrat kerajaan ialah untuk membawa menunaikan umrah.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah menjelaskan bahawa akan menaja 34 pemain dan pegawai dan ketua jurulatih Sathianathan pula akan mendapat wang yang sama jumlahnya dengan kos umrah iaitu RM7 ribu,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis penutup Konvesyen Belia 2010 di Balai Islam, semalam.

Abdul Fattah berkata terdapat empat pemain yang tidak ikut serta iaitu Indra Putra Mahyuddin, Halim Napi, Safwan Ibrahim dan Khalid Jamlus dan tempat mereka telah diganti dengan Ahli Lembaga Kafa sendiri termasuk Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau lagi, sehingga kini beliau tidak mengetahui alasan sebenar kenapa mereka tidak ingin sertai rombongan tersebut dan cuma dimaklumkan bahawa Safwan mempunyai masalah ibunya yang sedang sakit.

Beliau juga berharap dengan tertunainya hasrat kerajaan itu dapat meningkatkan lagi semangat pemain.

Menyentuh janji tahun ini, Abdul Fattah berkata setakat ini tidak dapat diputuskan lagi dan akan melihat perkembangan semasa bolasepak Kelantan.

Saturday, August 7, 2010

KUMPULAN MAUT PIALA MALAYSIA





Kumpulan A merupakan kumpulan Maut. Menemukan finalis Piala Malaysia 2009 Kelantan dan Negeri Sembilan disamping pasukan yang tidak boleh dinafikan kekuatan mereka KL PLUS dan PKNS FC.
Pertembungan 3 bekas jurulatih kebangsaan iaitu Wan Jamak utk NS, Sathianathan utk Kelantan dan Hj Abdul Rahman Ibrahim utk PKNS. Hanya PKNS FC merupakan underdog. Walaubagaimanpun jgn memandang rendah PKNS, kerana tanpa pemain bintang, Hj Abdul Rahman hampir2 berjaya membawa PKNS ke Liga Super 2011.

Kita lihat nanti...siapa yang kena....

Thursday, August 5, 2010

HARAPAN PEMINAT BOLA MALAYSIA TERHADAP ANNUAR MUSA...

Di mana2 blog bola, akan bercerita tentang keputusan pemilihan EXCO FAM. Sebagaimana artikel Cakap2Bola terdahulu, sememangnya hanya Tan Sri Annuar Musa sahaja muka baru dalam kepimpinan EXCO. Kejayaan Annuar Musa dicemburui oleh bekas2 EXCO FAM yang lalu. Macam2 pendapat dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh Annuar Musa. Nasib baik Annuar Musa berjaya mematahkan cakap mereka. Pada pengamatan Cakap2Bola, kebanyakan mereka yang ingin menjadi EXCO FAM ini mempunyai kepentingan peribadi mendahului daripada semangat cintakan bolasepak. Mereka merasakan dengan menduduki kerusi EXCO ini mereka mendapat peluang mendekati Presidan FAM dan mempunyai political mileage di dalam kareer politik mereka atau mungkin dapat makan angin percuma bilamana adanya kejohanan bolasepak. Tetapi ini tidak terdapat pada Tan Sri Annuar Musa. Kita lihat bagaimana beliau membawa kejayaan Kelantan. Untuk political milege, tentunya tidak kerana kareer politik Annuar Musa sudah sampai ke penghujung . Malah Dewan Pemuda PAS ingin bertemu dengan barisan kepempinan FAM yang baru ini seolah2 dapat menerima Annuar Musa kerana kejayaan beliau terhadap KAFA. Cuma pesanan Cakap2Bola agar Annuar Musa:
1) Ketepikan fahaman politik demi bolasepak Malaysia. Tiada UMNO, PAS, PKR atau DAP. Itu yang berjaya dilakukan di Kelantan.
2) Bekerjalah sebagaiman dilakukan terhadap KAFA. More competitive friendly matches pada skuad kebangsaan. Jangan jadi macam setengah2 Timb. Presidan mahupun Naib Presiden lalu yang pernah menjadi pengurus pasukan kebangsaan tapi muka hidung pun tak pernah nampak bersama skuad kebangsaan.
3) Lupakan cakap2 belakang dan komplot2 di dalam FAM ini kerana pengaruh bekas2 pemimpin ini masih kuat dan tidak mustahil akan adanya sabotaj terutama pada skuad kebangsaan. Bilamana skuad kebangsaan kalah maka mereka akan menuding kepada Annuar Musa. Presiden masih selesa...

Terlalu tinggi harapan rakyat Malaysia yg cintakan bola terhadap Annuar Musa. Ayuh lakukan yang terbaik sebagaimana anda lakukan terhadap kelantan FA. Dengan 1 musim sahaja Kelantan berjaya melangkah ke 2 Final pada 2009. Tak mustahil dapat dilakukan terhadap skuad kebangsaan. Mulakan langkah dengan skuad Rajagobal ke Sukan Asia tahun ini...Arrange more competitive friendly matches....

Wednesday, August 4, 2010

KENAPA FAM SUKA SANGAT BUAT FRIENDLIES DGN KELAB LIGA S'PORE??

Tajuk di atas itu menjadi persoalan Cakap2Bola bila baca artikel Skuad Negara Terus Di Uji di akhbar Kosmo hari ini. Kenapa FAM pilih lagi kelab yang bermain di Liga S ini? Macam ada yang tak kena...Semuga Tan Sri Annuar Musa membuat sesuatu menyelamatkan FAM. Cakap2Bola tidak percaya akan kebolehan barisan EXCO FAM yang lain dari Presiden, Timbalan Presiden yang satu lagi dan Naib2 Presiden yang baru ini...menurut kata rakan Cakap2Bola ysng juga rakan blogger bola iaitu Meor Nama DepanKu...semuanya muka FAMiliar...ataupun FAMLiar....???

Sunday, August 1, 2010

ADAKAH MUKA BARU MENERAJUI FAM???

Jawapannya adalah TIDAK kecuali Tan Sri Annuar Musa yang menjawat jawatan Timbalan Presiden. Yang lain2 tu adalah muka2 yang sememangnya sentiasa berada di FAM. Timbalan Presiden yg satu lagi memang dah lama di FAM kecuali penggal 2007/2010 . Untuk mengharapkan perubahan pada FAM, janganlah menaruh harapan yang terlalu besar kerana Presidan pun awal2 lagi dah siapkan pengganti....Agak malang bagi FAM kerana akan adanya dinasti di FAM nanti. Pahang FA telah membuktikan betapa teruknya pengurusan mereka..Walaubagaimanapun Cakap2Bola memang sudah lama menjangka Tan Sri Annuar Musa akan berjaya, malah pada artikel Cakap2Bola yang bertarikh December 2009 yang bertajuk TAN SRI ANNUAR MUSA SEBAGAI PRESIDEN FAM ? menyokong Tan Sri Annuar bukan hanya sebagai Timbalan Presiden tetapi sebagai PRESIDEN FAM!! Malangnya gabungan FAM tidak reti menilai atau membezakan Presiden FAM dan jawatan Raja. Pencalonan orang lain sebagai Prseiden FAM bukan bermakna kita menderhaka kepada mana2 Sultan atau Raja...kerana yang dikritik atau diganti adalah PRESIDEN FAM ....