Thursday, April 5, 2012

Cakap2Bola Kembali kerana sikap FAM yang Bodoh Sombong

Bila melihat pergolakan yg berlaku di dalam FAM, maka terlintas pada fikiran aku samada ini satu plot oleh Annuar Musa untuk gain political supportnya supaya rakyat Kelantan simpati terhadapnya tetapi aku percaya rakyat Kelantan walaupun suka bola tetapi tidak semudah itu utk dipermainkan perasaan atau memberi simpati melalui undi. Kita lupakan tentang itu dan anggap tiada permainan politik oleh Annuar Musa.

Bila membaca keputusan FAM kepada Annuar Musa ini menggerakkan aku mengadap semula blog Cakap2Bola yg telah aku tinggalkan selama 16 bulan. Nasib baik masih ingat password. Sebagaimana objektif blog ini, untuk melihat kejayaan Harimau Malaya dan menggesa supaya Presiden FAM dan anaknya berundur dari FAM. Kenapa perlu dihukum Annuar Musa itu sehingga 30 bulan? Ataupun Presiden dan anaknya merasa tergugat dengan kehadiran TSAM ? yg paling lawaknya hukuman kerana melanggar titah Timbalan Presiden 1. Adakah ada 2 kelas Timbalan Presiden FAM? Satu Malaya tahu bahwa Presiden FAM sering berada di luarnegara malah ada tulisan di blog2 yg mendedahkan kepincangan akaun FAM dan travelling expenses Setiausaha Agung utk berjumpa Presiden FAM di luarnegara. Wallahualam.

Sebagai kesimpulannya, selagi Presiden dan anaknya berada di dalam mana2 organisasi sukan termasuk Persekutuan Hoki Malaysia, selagi itu sukan yg diterajuinya tidak akan berkembang. Dah terlalu lama Presiden FAM berkuasa sejak 1984 tanpa ada kejayaan besar. Kejayaan Piala AFF dan Sukan SEA lebih merupakan hasil program MSN terhadap pemain2 yg dilahirkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bukan merupakan hasil produk FAM.

Friday, December 31, 2010

TAHNIAH MALAYSIA...WE ARE THE CHAMPION


Sebelum terlambat, Cakap2bola mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bolasepak Malaysia di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Cakap2Bola terlambat update kerana bersama2 rakyat Malaysia yg lain meraikan kemenangan ini. Cakap2Bola berpeluang menonton di stadium sewaktu 1st leg final di Bukit Jalil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya bersama2 rakyat Malaysia yg lain menonton bersama2 dan meraikan kemenangan Malaysia pada 2nd leg Final.
FAM perlu mengaturkan siri perlawanan yg benar2 kompetitif buat skuad muda ini. Lihat sahaja tanpa perlawanan persahabatan, skuad ini berjaya menjuarai AFF apatah lagi jika diberi pendedahan demi pendedahan, nescaya Asia dapat ditakluki. Dengan kemenangan ini mungkin akan memudahkan FAM menjemput pasukan2 ternama untuk friendlies dgn skuad Malaysia. sebagaimana artikel Cakap2bola terdahulu, jemputlah Korea Utara, kazakhstan atau pasukan2 Afrika menentang skuad kebangsaan. Dengar khabar england akan ke Thailand pada bulan Julai ini, apa salahnya menjemput mereka menentang kita juga. Jgn lupa kita pernah friendlies dgn England pada tahun 1991 yang menyaksikan kita tewas 4-2. Kita juga pernah menentang England B yg berkesudahan seri 1-1 yg menyaksikan Allahyarham Mokhtar Dahari menjaringkan gol yg sangat cantik.
Semuga 2011 menyaksikan sinar yang lebih terang buat skuad rajagobal ini.

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA 3 INDONESIA 0

Tahniah and good game. Walaupun sepanjang 90 minit aku tgk game ni sambil berdiri kerana FAM yang aku rasa terlebih print tiket. Ramai senasib dgn aku...hampeh tolll. Dah lah parking , tak dibagi tahu mana nak park...jauhnya aku menapak. Walau macam manapun aku enjoyed game tadi dan berdoa agar perlawanan kedua di jakarta nanti tidak akan mengubah keputusan skuad ini untuk bergelar juara...

Saturday, December 25, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 FINAL : MALAYSIA OR INDONESIA


Aku rasa 50-50. Malaysia kena main offensive game plan. Jangan bergantung pada counter attack. Strength Malaysia terletak pada 2 deadly strikers - Safee Sali dan Sharul Idlan ( walaupun baru kawin semalam hehehe). Defender kadang2 aku tengok, clear bola agak merbahaya. Cuma aku takut, fans Indon lagi ramai dari malaysia sebagaimana dlm artikel aku terdahulu, FAM tak peduli itu semua janji tiket sold out....lagi satu kalau pi Stadium, jangan lupa solat maghrib ya di stadium....

Thursday, December 23, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 FINAL 1ST LEG....RASANYA INDON LAGI RAMAI DI BUKIT JALIL




Kenapa aku cakap begitu? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku tadi membeli tiket. Dalam paper, FAM mengatakan bahawa 75,000 tiket RM30 utk warga Malaysia dan sesiapa yang membeli tiket dikehendaki menunjukkan kad pengenalan. Malangnya ini tak berlaku tadi. Aku nampak muka2 Indon banyak beratur sama sedangkan mereka sepatutnya beli di Kedutaan Besar Indonesia. Di sini kita melihat bahawa FAM lebih mementingkan keuntungan, janji stadium penuh. Come on FAM, please enforce your own regulation tomorrow so the Malaysian can fully support and occupied our National Stadium. We hate to see our own stadium full with Indons.

Saturday, December 18, 2010

MALAYSIA KE FINAL. PIALA AFF SUZUKI 2010



Gambar dicilok dari web http://www.affsuzukicup.com

Tahniah Malaysia...walaupun seri dan main bertahan sahaja tetapi memadai melayakkan diri ke final. Tahniah kepada Rajagobal walaupun team muda dan tanpa persedian yang lengkap, beliau berjaya mengemudi Malaysia ke final. Yg aku tabik Rajagobal ini walaupun dulu aku tak berapa yakin dengan beliau ialah:

1) Beliau percaya akan bakat2 muda. Pemain2 inilah yang beliau latih sejak beliau menjadi jurulatih bawah 20, so beliau tahu kekuatan dan bakat pemain2 ini.

2) Beliau tidak terlalu terkongkong dengan pemain utama atau 1st eleven. Beliau expandkan kelompok pemain2 kebangsaan kepada 30-45 org dan berani mencuba. Bilamana pemain2 utama tercedera, akan terdapat pengganti..itu yg berlaku kepada skuad Malaysia sekarang ini, yg boleh aku katakan hanya depleted side kerana 10 pemain utama tercedera. dengan cara ini, pemain2 utama tidak boleh besar kepala kerana kedudukan mereka belum terjamin.

3) Tidak terima bulat2 mana2 team cikai untuk friendly. Sepanjang beliau menjadi jurulatih , hanya Maldives sahaja team cikai yg menentang malaysia dlm perlawanan persahabatan, itu pun terpaksa. Lebih rela melawan team Liga Super tempatan dari melawan team Kampuchea atau Afghanistan!!

4) Beliau , masuk kali ini dah pecahkan 3 rekod. Pertama, setelah 20 tahun tak menang pingat emas Sukan SEA, Malaysia dibawah kendaliannya telah berjaya merangkul pingat emas. Kedua , sejak 32 tahun, Malaysia berjaya melayakkan diri ke Pusingan kedua Sukan Asia dan kali ini setelah 14 tahun, beliau berjaya membawa Malaysia ke final Piala AFF ini dan mana tahu rezekinya beliau berjaya membawa Malaysia merangkul piala ini buat pertama kali.

So, aku harap, Rajagobal dan skuad Malaysia ini akan berjaya menjuarai Piala AFF kali ini, walaupun agak sengit. Juara Piala AFF edisi kali ini akan muncul juara yang baru kerana juara2 yang lama telah tersingkir, macam World Cup 2010 pulak ya...duration kejohanan ini pun macam World Cup...selama sebulan...semuga Malaysia terus berjaya...

Friday, December 17, 2010

Malaysia Vs Vietnam : 2nd Leg Semi Final AFF Suzuki Cup



Peluang 50-50. Ada 90 min untuk Malaysia bertarung. Cuma aku harapkan Rajagobal menggunakan attacking game plan instead of defensive. Malaysia kena dapat sebiji gol awal agar Vietnam lagi pressure. Jika Vietnam dapat sebijik di awal permainan, Malaysia yang akan kelam kabut. Ini yang kita perlukan kekuatan mental dikalangan pemain. Tiada erti gentar. Doa aku sebagaimana rakyat Malaysia yg gila bola ini agar Malaysia berjaya seterusnya ke final. Yg paling penting , JANGAN SESEKALI PAKAI JERSEY KUNING....