Friday, December 31, 2010

TAHNIAH MALAYSIA...WE ARE THE CHAMPION


Sebelum terlambat, Cakap2bola mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bolasepak Malaysia di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Cakap2Bola terlambat update kerana bersama2 rakyat Malaysia yg lain meraikan kemenangan ini. Cakap2Bola berpeluang menonton di stadium sewaktu 1st leg final di Bukit Jalil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya bersama2 rakyat Malaysia yg lain menonton bersama2 dan meraikan kemenangan Malaysia pada 2nd leg Final.
FAM perlu mengaturkan siri perlawanan yg benar2 kompetitif buat skuad muda ini. Lihat sahaja tanpa perlawanan persahabatan, skuad ini berjaya menjuarai AFF apatah lagi jika diberi pendedahan demi pendedahan, nescaya Asia dapat ditakluki. Dengan kemenangan ini mungkin akan memudahkan FAM menjemput pasukan2 ternama untuk friendlies dgn skuad Malaysia. sebagaimana artikel Cakap2bola terdahulu, jemputlah Korea Utara, kazakhstan atau pasukan2 Afrika menentang skuad kebangsaan. Dengar khabar england akan ke Thailand pada bulan Julai ini, apa salahnya menjemput mereka menentang kita juga. Jgn lupa kita pernah friendlies dgn England pada tahun 1991 yang menyaksikan kita tewas 4-2. Kita juga pernah menentang England B yg berkesudahan seri 1-1 yg menyaksikan Allahyarham Mokhtar Dahari menjaringkan gol yg sangat cantik.
Semuga 2011 menyaksikan sinar yang lebih terang buat skuad rajagobal ini.

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA 3 INDONESIA 0

Tahniah and good game. Walaupun sepanjang 90 minit aku tgk game ni sambil berdiri kerana FAM yang aku rasa terlebih print tiket. Ramai senasib dgn aku...hampeh tolll. Dah lah parking , tak dibagi tahu mana nak park...jauhnya aku menapak. Walau macam manapun aku enjoyed game tadi dan berdoa agar perlawanan kedua di jakarta nanti tidak akan mengubah keputusan skuad ini untuk bergelar juara...

Saturday, December 25, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 FINAL : MALAYSIA OR INDONESIA


Aku rasa 50-50. Malaysia kena main offensive game plan. Jangan bergantung pada counter attack. Strength Malaysia terletak pada 2 deadly strikers - Safee Sali dan Sharul Idlan ( walaupun baru kawin semalam hehehe). Defender kadang2 aku tengok, clear bola agak merbahaya. Cuma aku takut, fans Indon lagi ramai dari malaysia sebagaimana dlm artikel aku terdahulu, FAM tak peduli itu semua janji tiket sold out....lagi satu kalau pi Stadium, jangan lupa solat maghrib ya di stadium....

Thursday, December 23, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 FINAL 1ST LEG....RASANYA INDON LAGI RAMAI DI BUKIT JALIL




Kenapa aku cakap begitu? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku tadi membeli tiket. Dalam paper, FAM mengatakan bahawa 75,000 tiket RM30 utk warga Malaysia dan sesiapa yang membeli tiket dikehendaki menunjukkan kad pengenalan. Malangnya ini tak berlaku tadi. Aku nampak muka2 Indon banyak beratur sama sedangkan mereka sepatutnya beli di Kedutaan Besar Indonesia. Di sini kita melihat bahawa FAM lebih mementingkan keuntungan, janji stadium penuh. Come on FAM, please enforce your own regulation tomorrow so the Malaysian can fully support and occupied our National Stadium. We hate to see our own stadium full with Indons.

Saturday, December 18, 2010

MALAYSIA KE FINAL. PIALA AFF SUZUKI 2010



Gambar dicilok dari web http://www.affsuzukicup.com

Tahniah Malaysia...walaupun seri dan main bertahan sahaja tetapi memadai melayakkan diri ke final. Tahniah kepada Rajagobal walaupun team muda dan tanpa persedian yang lengkap, beliau berjaya mengemudi Malaysia ke final. Yg aku tabik Rajagobal ini walaupun dulu aku tak berapa yakin dengan beliau ialah:

1) Beliau percaya akan bakat2 muda. Pemain2 inilah yang beliau latih sejak beliau menjadi jurulatih bawah 20, so beliau tahu kekuatan dan bakat pemain2 ini.

2) Beliau tidak terlalu terkongkong dengan pemain utama atau 1st eleven. Beliau expandkan kelompok pemain2 kebangsaan kepada 30-45 org dan berani mencuba. Bilamana pemain2 utama tercedera, akan terdapat pengganti..itu yg berlaku kepada skuad Malaysia sekarang ini, yg boleh aku katakan hanya depleted side kerana 10 pemain utama tercedera. dengan cara ini, pemain2 utama tidak boleh besar kepala kerana kedudukan mereka belum terjamin.

3) Tidak terima bulat2 mana2 team cikai untuk friendly. Sepanjang beliau menjadi jurulatih , hanya Maldives sahaja team cikai yg menentang malaysia dlm perlawanan persahabatan, itu pun terpaksa. Lebih rela melawan team Liga Super tempatan dari melawan team Kampuchea atau Afghanistan!!

4) Beliau , masuk kali ini dah pecahkan 3 rekod. Pertama, setelah 20 tahun tak menang pingat emas Sukan SEA, Malaysia dibawah kendaliannya telah berjaya merangkul pingat emas. Kedua , sejak 32 tahun, Malaysia berjaya melayakkan diri ke Pusingan kedua Sukan Asia dan kali ini setelah 14 tahun, beliau berjaya membawa Malaysia ke final Piala AFF ini dan mana tahu rezekinya beliau berjaya membawa Malaysia merangkul piala ini buat pertama kali.

So, aku harap, Rajagobal dan skuad Malaysia ini akan berjaya menjuarai Piala AFF kali ini, walaupun agak sengit. Juara Piala AFF edisi kali ini akan muncul juara yang baru kerana juara2 yang lama telah tersingkir, macam World Cup 2010 pulak ya...duration kejohanan ini pun macam World Cup...selama sebulan...semuga Malaysia terus berjaya...

Friday, December 17, 2010

Malaysia Vs Vietnam : 2nd Leg Semi Final AFF Suzuki Cup



Peluang 50-50. Ada 90 min untuk Malaysia bertarung. Cuma aku harapkan Rajagobal menggunakan attacking game plan instead of defensive. Malaysia kena dapat sebiji gol awal agar Vietnam lagi pressure. Jika Vietnam dapat sebijik di awal permainan, Malaysia yang akan kelam kabut. Ini yang kita perlukan kekuatan mental dikalangan pemain. Tiada erti gentar. Doa aku sebagaimana rakyat Malaysia yg gila bola ini agar Malaysia berjaya seterusnya ke final. Yg paling penting , JANGAN SESEKALI PAKAI JERSEY KUNING....

Wednesday, December 15, 2010

MALAYSIA 2 VIETNAM 0 : PIALA AFF SUZUKI


Tahniah Malaysia. Kekalkan kedudukan ini. Jangan lupa pernah sekali dulu, kita menang 2-1 dgn Indonesia di Jakarta tetapi di KL, Malaysia kena belasah 4-1. So apa2 boleh jadi dlm masa 90 min akan datang. Rajagobal kena atur strategi. Jangan main defensive, kena go for attacking. Macam kata coach Vietnam, jika kita defensif paling baik kita hanya dapat seri dan silap2 boleh kalah. So play with normal games...attack biar Vietnam terkejut. Yg paling penting dalam game tadi ialah Malaysia memakai baju BIRU...!!!!

Thursday, December 9, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 MALAYSIA VS VIETNAM

Pada pendapat aku , peluang 50-50. Yang penting jangan guna jersey kuning! Yang menarik perhatian aku setelah melayari suratkhabar Berita Harian Singapura ini, pasukan Indon dijanjikan S$730,000 atau bersamaan RM 1.6 JUTA jika berjaya memenangi Piala AFF ini. FAM janji apa?? Setakat slogan Malaysia Boleh sahaja , bebudak tadika pun boleh. Ini aku tak sebut ganjaran yang dijanjikan oleh Vietnam FA kepada pasukannya. Dalam paper Singapore itu juga ada artikel menyatakan persiapan pengurus pasukan Filipina yang mencari pemain2 di Eropah dan membelanjakan hampir USD500,000 ( RM1.6 JUTA ) untuk Piala AFF ini. FAM berapa agaknya perbelanjaan yg dikeluarkan ? Friendly match pun takde....itu yang aku tabik kepada Rajagobal ni walau serba kekurangan tiada sokongan padu dari FAM dalam membentuk pasukan kebangsaan, beliau gagahi juga semua ini...

Tuesday, December 7, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010: MALAYSIA 5 LAOS 1


Tahniah aku ucapkan kepada Malaysia kerana melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan ini. Kita juga perlu berterima kasih kepada pasukan Indonesia kerana mempamirkan semangat kesukanan dengan mengalahkan Thailand yang membolehkan Malaysia layak ke separuh akhir walaupun Indonesia telah layak dan menjadi juara kumpulan andaikata mereka tewas kepada Thailand. Yang paling nyata ialah Malaysia menang dengan memakai jersey biru...kan aku dah habaq jersey kuning tu memang suwey...

Saturday, December 4, 2010

AFF SUZUKI CUP : MALAYSIA 0 THAI 0


Tak mahu ulas apa2 cuma kali ni Malaysia pakai baju biru. Baju kuning memang suwey so janganlah pakai lagi. Untuk qualify ke semi final, agak sukar kerana Indonesia dah qualified semi final dan can afford to lose dan tetap menjadi group champion so maknanya sudah semestinya mereka jual game. Malaysia mengharapkan belas kasihan Indon dan keajaiban....tiada yg mustahil...

Thursday, December 2, 2010

FAM TOLONG JANGAN GUNA LAGI JERSEY KUNING..


gambar dipetik dari facebook wargabola


Kali ini Cakap2Bola tak mahu mengulas kekalahan teruk skuad rajagobal. Dah penat menaip tentang kekurangan persiapan skuad kebangsaan. Dah agak dah mesti kalah punya. Kali ni Cakap2Bola nak komen tentang jersey. Jersey kuning memang suwey......cuba perhatikan dan imbas kembali...setiap kali Malaysia guna jersey kuning, mesti kalah...walaupun orang akan kata syirik dan secara kebetulan...tetapi itulah hakikatnya...so berhentilah menggunakan jersey kuning...atau apa2 je lah yang ada kaitan dengan Raja...sendiri mau ingat...