Wednesday, June 30, 2010

SUDAH KE QUARTERFINALS



Bahang Piala Dunia 2010 sudah sampai ke suku akhir. 8 pasukan terbaik sudah diketahui. Tiada wakil Asia dan Amerika Tengah/Utara dalam slot ini. Cuma 2 perlawanan yang menarik perhatian Cakap2Bola pada suku akhir nanti iaitu German bertemu Argentina dan Netherland bertemu Brazil. Pada awal2 lagi Cakap2Bola meramalkan pertemuan ini berdasarkan carta Piala Dunia kali ini. Pada firasat Cakap2Bola pasukan yang memenangi perlawanan di atas ini bakal bertemu di Final nanti.

German bertemu Argentina menarik perhatian kerana skuad German dibarisi pemain average di bawah 25 tahun. Kebanyakan mereka ini adalah skuad bawah 21 German yg memenangi Kejuaraan Eropah Bawah 21 tahun pada tahun lepas. Pertembungan kedua2 pasukan ini akan mempamirkan kehebatan " scoring machine " mereka yang pada pusingan awal telah terbukti kehebatannya.

Brazil dan Holland pula merupakan perlawanan yg menarik dengan barisan bintang mereka. Brazil dengan permainan 1-2, one touch football dengan gaya sempoi amat merbahaya dengan Luis Fabiano yang sentiasa pintar mencari gol.Holland mempamirkan permaianan yg hambar sewaktu bertemu Slovakia tempuhari.

Walaubagaimanapun Cakap2Bola merasa bertuah kerana berpeluang menonton hampir kesemua perlawanan setakat ini walaupun kadangkala terlelap di depan TV heheheh..

Friday, June 25, 2010

KENAPA MALAYSIA MASIH TAK LAYAK MASUK WORLD CUP??



Edisi Piala Dunia 2010 sudah hampir memasuki ke Pusingan kedua. France dan Itali sudah terkeluar. England hampir bungkus juga pada awalnya. France sudah Cakap2Bola duga akan bungkus awal kerana terlalu banyak Jeneral di dalam team. Bila terlalu banyak Jeneral maka tiada prebet yg boleh dikerah untuk berperang, kerana semua berlagak macam Jeneral. Yg paling penting di dalam sebuah pasukan atau organisasi , perlu elakkan banyak Jeneral.

Yang menarik perhatian Cakap2Bola terhadap pasukan2 yg bertanding ini ialah kesemua pasukan mempunyai pemain2 yg bermain di luar liga negara mereka. Malah Korea Utara mempunyai pemain2 yg beraksi di Liga Jepun dan kelab Russia. Begitu juga Honduras yang mempunyai pemain2 yang beraksi di EPL. Pasukan2 Afrika jangan cakaplah, hampir kesemua pemainnya beraksi di Liga Eropah. Senarai nama pemain2 dan kelab2 mereka boleh di layari di web WORLD CUP 2010 .

Dari sini kita boleh katakan selagi tiada pemain2 Malaysia yang mampu beraksi di liga luarnegara selagi itu kita boleh lupakan impian kita untuk melihat Malaysia beraksi di luarnegara.