Bahang Piala Dunia 2010 sudah sampai ke suku akhir. 8 pasukan terbaik sudah diketahui. Tiada wakil Asia dan Amerika Tengah/Utara dalam slot ini. Cuma 2 perlawanan yang menarik perhatian Cakap2Bola pada suku akhir nanti iaitu German bertemu Argentina dan Netherland bertemu Brazil. Pada awal2 lagi Cakap2Bola meramalkan pertemuan ini berdasarkan carta Piala Dunia kali ini. Pada firasat Cakap2Bola pasukan yang memenangi perlawanan di atas ini bakal bertemu di Final nanti.
German bertemu Argentina menarik perhatian kerana skuad German dibarisi pemain average di bawah 25 tahun. Kebanyakan mereka ini adalah skuad bawah 21 German yg memenangi Kejuaraan Eropah Bawah 21 tahun pada tahun lepas. Pertembungan kedua2 pasukan ini akan mempamirkan kehebatan " scoring machine " mereka yang pada pusingan awal telah terbukti kehebatannya.
Brazil dan Holland pula merupakan perlawanan yg menarik dengan barisan bintang mereka. Brazil dengan permainan 1-2, one touch football dengan gaya sempoi amat merbahaya dengan Luis Fabiano yang sentiasa pintar mencari gol.Holland mempamirkan permaianan yg hambar sewaktu bertemu Slovakia tempuhari.
Walaubagaimanapun Cakap2Bola merasa bertuah kerana berpeluang menonton hampir kesemua perlawanan setakat ini walaupun kadangkala terlelap di depan TV heheheh..
No comments:
Post a Comment