Saturday, November 13, 2010

BEN WILLIAMS - REFEREE PALING BERAT SEBELAH


Terlalu nyata referee Australia ini yang mengeluarkan 3 kad merah dan 7 kad kuning kepada pemain Malaysia dengan niat semata2 untuk memenangkan tuanrumah. Takde sebab utk 3 org pemain tu mendapat kad merah. Akibat terkeluarnya 2 pemain Malaysia, dari situ bermulalah jaringan 2 gol dan seterusnya penalti setelah Kunahlan pula dikeluarkan. Itupun jaringan2 China dari dead ball position termasuk penalti. walau bagaimana pun tahniah untuk malaysia dan FAM perlu mengemukakan bantahan secara rasmi kepada FIFA dan penganjur Sukan Asia akan tindakan ben william yang nyata berat sebelah ini.

Wednesday, November 10, 2010

JAPAN 2 MALAYSIA 0

Boleh tahan...lepas ni Malaysia bila jumpa China, kena main untuk menang. China tak sekuat mana pun. Mereka pun menang 2-1 dengan Kyrgystan...itupun Kyrgystan lead 1-0. Kalau main utk menang, paling cikai pun dapar seri....kalau main untuk seri gerenti kalah punya...tapi Cakap2Bola percaya pada Rajagobal...maybe dia ada strateginya untuk menang...

Tuesday, November 9, 2010

MALAYSIA LAWAN JEPUN SUKAN ASIA 2010


Kalau lihat dari web Sukan Asia 2010 ini, Cakap2Bola berasakan Malaysia berkemampuan pergi jauh walaupun pada awalnya Cakap2Bola berfikir sebaliknya. Ini kerana pada pengamatan Cakap2Bola, pasukan Rajagobal ini walaupun dilanda berbagai masalah dan kecederaan tetapi kebanyakan pemain2 kita telah mempunyai banyak pengalaman terutama pemain2 Harimau Muda. Banyak kejutan pada Sukan Asia ini kerana bolasepak yang dipertandingkan adalah untuk peringkat umur bawah 23 jadi ranking FIFA tidak boleh dipakai sama sekali. Contohnya ialah Singapura telah seri tanpa jaringan dgn Qatar( pemenang pingat emas 2006 di Doha). Uzbekistan tewas di tangan Hong Kong dan bermacam2 kejutan yang kita nampak. Tidak mustahil skuad Rajagobal berupaya melakukan kejutan juga..Rajagobal bijak mengumpulkan dan mengenalpasti 40-45 pemain2 untuk mewakili negara. Dengan cara ini walaupun dilanda dengan kecederaan 10 pemain utama, Rajagobal mempunyai berbagai pilihan pemain. Semuga kejayaan mengiringi skuad negara.

Friday, November 5, 2010

SELAMAT BERJUANG PASUKAN MALAYSIA..


Walaupun tanpa diberi harapan dan boleh diandaikan sebagai perajurit2 yg pergi berperang tanpa peluru kerana tiadanya persiapan yang rapi berselang seli dengan perlawanan2 persahabatan yang berkualiti akibat " kelembapan " mentaliti pegawai2 di FAM. Dengan berbekalkan semangan yang jitu dan percaturan Rajagobal membawa 9 pemain Harimau Muda yang didedahkan di Liga Slovakia, kita berharap akan ada keajaiban yang berlaku di Sukan Asia ini.
Bagaimana sekumpulan perajurit yang berbekalkan hanya semangat melawan pasukan musuh yang penuh dengan senjata dan latihan taktikal atau seorang murid yang bijak tapi tidak mengulangkaji pelajaran dengan membuat latihtubi...sudah tentu akan tewas atau gagal perajurit atau murid itu...itulah pasukan bolasepak kebangsaan kita.
Dalam dunia bolasepak moden, kita lihat, pasukan2 handal memerlukan sekurang2nya 2 perlawanan kompetitif setiap bulan dan bermakna setiap tahun memerlukan 20-30 perlawanan persahabatan tetapi pasukan Malaysia??? Itulah yang disajikan oleh FAM setiap tahun pada peminat2 bola....bila kalah pemain dan jurulatih disingkirkan sedangkan mereka yang ditampuk kuasa FAM masih berdegil berada di atas...selagi yang di atas FAM itu berkuasa selagi itulah jangan diharap pasukan Malaysia berjaya...there is no short cut to success...Selamat Berjaya Pasukan malaysia....diiringi doa dari peminat bolasepak Malaysia

Monday, November 1, 2010

betul kataku ...sepatutnya Tan Sri Annuar Musa menjadi Presiden FAM


Sebelum tu tak terlambat Cakap2Bola mengucapkan tahniah kepada Kelantan kerana menjuarai Piala Malaysia 2010. Dah lama blog ni tak di update sejak bulan puasa yang lepas. Ini bukan kerana apa tapi kerana bosan dengan sukan yang ada bola...baik bolasepak mahupun hoki...pusing2 tang tu....performance dah bagus ...on track ....last2 skuad Malaysia lawan Maldives...pasukan kegemaran FAM... cuba baca artikel Cakap2Bola terdahulu yang bertarikh 8 April 2009 bertajuk Mengapa Bolasepak Malaysia Tak Maju...tentang tabiat FAM menjemput team2 Cikai ini. Byk kali dalam blog ini Cakap2Bola mengatakan, jika nak buat friendlies dengan team cikai ini, lebih baik friendlies dengan team Liga Super Malaysia sahaja yang mana tahap kita lebih tinggi dari mereka.

Berbalik kepada pasukan Kelantan, Cakap2Bola telah menulis tentang hormatnya Cakap2Bola akan Kelantan FA di dalam artikel bertarikh 24 April 2009 bertajuk FAM Patut Contohi Kelantan FA. Dalam masa 3 tahun sahaja dengan planning yg teratur, Annuar Musa telah berjaya membawa balik Piala Malaysia ke Kelantan. Tetapi kita lihat FAM, mana blueprint pasukan negara? Nak buat friendlies pun terkial2...tak mahu keluar belanja. Sepatutnya tengok jadual friendlies FIFA dan arrange Euro Tour...lawanlah team2 Afrika di eropah seperti Togo ke Mali ke Senegal ke....ini dibawaknya Maldives...

Lagi satu FAM tak boleh langsung ditegur. Apa kejadahnya sampai Sathianathan bercakap pasal Stadium terus kena gantung 6 bulan. Kesian Annuar Musa terkebil2...nampak sangat beliau langsung tak diberi kuasa, walaupun beliau seorang Timbalan Presiden FAM...hanya diarah jaga pasukan bolasepak wanita pulak tu...sebagaimana Cakap2Bola menulis dalam artikel bertarikh 20 Disember 2009 bertajuk Tan Sri Annuar Musa Sebagai Presiden FAM, sememangnya Annuar Musa layak dan sepatutnya memegang tampuk Presiden FAM....