Friday, November 5, 2010

SELAMAT BERJUANG PASUKAN MALAYSIA..


Walaupun tanpa diberi harapan dan boleh diandaikan sebagai perajurit2 yg pergi berperang tanpa peluru kerana tiadanya persiapan yang rapi berselang seli dengan perlawanan2 persahabatan yang berkualiti akibat " kelembapan " mentaliti pegawai2 di FAM. Dengan berbekalkan semangan yang jitu dan percaturan Rajagobal membawa 9 pemain Harimau Muda yang didedahkan di Liga Slovakia, kita berharap akan ada keajaiban yang berlaku di Sukan Asia ini.
Bagaimana sekumpulan perajurit yang berbekalkan hanya semangat melawan pasukan musuh yang penuh dengan senjata dan latihan taktikal atau seorang murid yang bijak tapi tidak mengulangkaji pelajaran dengan membuat latihtubi...sudah tentu akan tewas atau gagal perajurit atau murid itu...itulah pasukan bolasepak kebangsaan kita.
Dalam dunia bolasepak moden, kita lihat, pasukan2 handal memerlukan sekurang2nya 2 perlawanan kompetitif setiap bulan dan bermakna setiap tahun memerlukan 20-30 perlawanan persahabatan tetapi pasukan Malaysia??? Itulah yang disajikan oleh FAM setiap tahun pada peminat2 bola....bila kalah pemain dan jurulatih disingkirkan sedangkan mereka yang ditampuk kuasa FAM masih berdegil berada di atas...selagi yang di atas FAM itu berkuasa selagi itulah jangan diharap pasukan Malaysia berjaya...there is no short cut to success...Selamat Berjaya Pasukan malaysia....diiringi doa dari peminat bolasepak Malaysia

No comments: