Monday, November 1, 2010

betul kataku ...sepatutnya Tan Sri Annuar Musa menjadi Presiden FAM


Sebelum tu tak terlambat Cakap2Bola mengucapkan tahniah kepada Kelantan kerana menjuarai Piala Malaysia 2010. Dah lama blog ni tak di update sejak bulan puasa yang lepas. Ini bukan kerana apa tapi kerana bosan dengan sukan yang ada bola...baik bolasepak mahupun hoki...pusing2 tang tu....performance dah bagus ...on track ....last2 skuad Malaysia lawan Maldives...pasukan kegemaran FAM... cuba baca artikel Cakap2Bola terdahulu yang bertarikh 8 April 2009 bertajuk Mengapa Bolasepak Malaysia Tak Maju...tentang tabiat FAM menjemput team2 Cikai ini. Byk kali dalam blog ini Cakap2Bola mengatakan, jika nak buat friendlies dengan team cikai ini, lebih baik friendlies dengan team Liga Super Malaysia sahaja yang mana tahap kita lebih tinggi dari mereka.

Berbalik kepada pasukan Kelantan, Cakap2Bola telah menulis tentang hormatnya Cakap2Bola akan Kelantan FA di dalam artikel bertarikh 24 April 2009 bertajuk FAM Patut Contohi Kelantan FA. Dalam masa 3 tahun sahaja dengan planning yg teratur, Annuar Musa telah berjaya membawa balik Piala Malaysia ke Kelantan. Tetapi kita lihat FAM, mana blueprint pasukan negara? Nak buat friendlies pun terkial2...tak mahu keluar belanja. Sepatutnya tengok jadual friendlies FIFA dan arrange Euro Tour...lawanlah team2 Afrika di eropah seperti Togo ke Mali ke Senegal ke....ini dibawaknya Maldives...

Lagi satu FAM tak boleh langsung ditegur. Apa kejadahnya sampai Sathianathan bercakap pasal Stadium terus kena gantung 6 bulan. Kesian Annuar Musa terkebil2...nampak sangat beliau langsung tak diberi kuasa, walaupun beliau seorang Timbalan Presiden FAM...hanya diarah jaga pasukan bolasepak wanita pulak tu...sebagaimana Cakap2Bola menulis dalam artikel bertarikh 20 Disember 2009 bertajuk Tan Sri Annuar Musa Sebagai Presiden FAM, sememangnya Annuar Musa layak dan sepatutnya memegang tampuk Presiden FAM....

No comments: