Kalau lihat dari web
Sukan Asia 2010 ini, Cakap2Bola berasakan Malaysia berkemampuan pergi jauh walaupun pada awalnya Cakap2Bola berfikir sebaliknya. Ini kerana pada pengamatan Cakap2Bola, pasukan Rajagobal ini walaupun dilanda berbagai masalah dan kecederaan tetapi kebanyakan pemain2 kita telah mempunyai banyak pengalaman terutama pemain2 Harimau Muda. Banyak kejutan pada Sukan Asia ini kerana bolasepak yang dipertandingkan adalah untuk peringkat umur bawah 23 jadi ranking FIFA tidak boleh dipakai sama sekali. Contohnya ialah Singapura telah seri tanpa jaringan dgn Qatar( pemenang pingat emas 2006 di Doha). Uzbekistan tewas di tangan Hong Kong dan bermacam2 kejutan yang kita nampak. Tidak mustahil skuad Rajagobal berupaya melakukan kejutan juga..Rajagobal bijak mengumpulkan dan mengenalpasti 40-45 pemain2 untuk mewakili negara. Dengan cara ini walaupun dilanda dengan kecederaan 10 pemain utama, Rajagobal mempunyai berbagai pilihan pemain. Semuga kejayaan mengiringi skuad negara.
No comments:
Post a Comment