Friday, September 3, 2010

OMAN 3 MALAYSIA 0


No problem. Yang penting itu adalah perlawanan persahabatan Kelas A yang melibatkan negara yamg rankingnya tinggi dari Malaysia. Pada pendapat Cakap2Bola, bagus kena belasah teruk dlm friendly match dengan pasukan handalan dari kita menang dengan team kelab cikai dari Liga S atau team cikai seperti Nepal, Kampuchea dll.
Sekarang baru FAM tahu standard kta dan pentingnya friendly match yg kompetetif. Hari tu menang dgn konon2nya dgn skuad B23 Korea yg sebenarnya adalahskuad pilihan Universiti mereka dan pemain Koreayg bertaraf amatur bergegar2 FAM dan media.
Pada Cakap2Bola walaupun kalah 10-0 sekalipun, yg paling utama ialah perlawanan persahabatan bertaraf A yg konsisten ibarat budak SPM yg mengulangkaji pelajaran diselang seli dengan latihan menjawab soalan utk mengetahui tahap kemampuan dan persediaan kita.....Agaknya pemimpin FAM ni dulu tak pernah menduduki peperiksaan agaknya kot.....

FAM TAKUT FACEBOOK....


Harimau Muda tak boleh bagi komen di laman Facebook. Itulah arahan FAM yg tertera dlm Harian Metro hari ini. Nampak sangat FAM takut akan kritikan2 sampai dilarangnya Harimau Muda berfb. Tengoklah berapa ramai pemimpin2 dan jurulatih2 bolasepak yang digantung oleh FAM kerana mengkritik FAM. FAM takut akan bayang2 mereka. Tiada apa yg perlu digusarkan oleh FAM akan latihan di Slovakia kerana ramai peminat2 bola tempatan menyokong penghantaraan Harimau Muda ke sana. Tidak apa kena belasah teruk oleh pasukan yg lebih handal, kerana penting untuk pendedahan. Peminat2 bola tidak boleh menerima tewas di tangan team cikai. Yg paling penting FAM perlu menyediakan satu plan sepanjang tahun yg melibatkan perlawanan2 persahabatan yg kompetitif untuk semua skuad negara baik skuad kebangsaan, B23 mahupun B21.

Thursday, September 2, 2010

OMAN VS MALAYSIA...SIAPA YG BENAR2 SERIUS MEMAJUKAN BOLASEPAK??

Cuba layari web FIFA ini dan anda akan dapati bahawa Oman membuat 5 perlawanan persahabatan BULAN SEPTEMBER ini...diulangi 5 PERLAWANAN PERSAHABATAN..dengan gergasi2 Asia manakala jika kita search Malaysia untuk quarter ini hanya 1 sahaja perlawanan itupun menetang Oman.....apalah nak jadi ni?? Rakyat Malaysia sentiasa menyokong pasukan kebangsaan cuma FAM sahaja yang tidak ingin pasukan Malaysia kuat....