Friday, September 3, 2010

FAM TAKUT FACEBOOK....


Harimau Muda tak boleh bagi komen di laman Facebook. Itulah arahan FAM yg tertera dlm Harian Metro hari ini. Nampak sangat FAM takut akan kritikan2 sampai dilarangnya Harimau Muda berfb. Tengoklah berapa ramai pemimpin2 dan jurulatih2 bolasepak yang digantung oleh FAM kerana mengkritik FAM. FAM takut akan bayang2 mereka. Tiada apa yg perlu digusarkan oleh FAM akan latihan di Slovakia kerana ramai peminat2 bola tempatan menyokong penghantaraan Harimau Muda ke sana. Tidak apa kena belasah teruk oleh pasukan yg lebih handal, kerana penting untuk pendedahan. Peminat2 bola tidak boleh menerima tewas di tangan team cikai. Yg paling penting FAM perlu menyediakan satu plan sepanjang tahun yg melibatkan perlawanan2 persahabatan yg kompetitif untuk semua skuad negara baik skuad kebangsaan, B23 mahupun B21.

No comments: