Friday, December 31, 2010

TAHNIAH MALAYSIA...WE ARE THE CHAMPION


Sebelum terlambat, Cakap2bola mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bolasepak Malaysia di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Cakap2Bola terlambat update kerana bersama2 rakyat Malaysia yg lain meraikan kemenangan ini. Cakap2Bola berpeluang menonton di stadium sewaktu 1st leg final di Bukit Jalil dengan kemenangan 3-0 dan seterusnya bersama2 rakyat Malaysia yg lain menonton bersama2 dan meraikan kemenangan Malaysia pada 2nd leg Final.
FAM perlu mengaturkan siri perlawanan yg benar2 kompetitif buat skuad muda ini. Lihat sahaja tanpa perlawanan persahabatan, skuad ini berjaya menjuarai AFF apatah lagi jika diberi pendedahan demi pendedahan, nescaya Asia dapat ditakluki. Dengan kemenangan ini mungkin akan memudahkan FAM menjemput pasukan2 ternama untuk friendlies dgn skuad Malaysia. sebagaimana artikel Cakap2bola terdahulu, jemputlah Korea Utara, kazakhstan atau pasukan2 Afrika menentang skuad kebangsaan. Dengar khabar england akan ke Thailand pada bulan Julai ini, apa salahnya menjemput mereka menentang kita juga. Jgn lupa kita pernah friendlies dgn England pada tahun 1991 yang menyaksikan kita tewas 4-2. Kita juga pernah menentang England B yg berkesudahan seri 1-1 yg menyaksikan Allahyarham Mokhtar Dahari menjaringkan gol yg sangat cantik.
Semuga 2011 menyaksikan sinar yang lebih terang buat skuad rajagobal ini.

1 comment:

sports fan said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. We are happy to offer you a 10% discount to our Online Store if you do so. Please email me back and I would be happy to give you our link.

Thanks!

Frank
frank641w@gmail.com