Bila melihat pergolakan yg berlaku di dalam FAM, maka terlintas pada fikiran aku samada ini satu plot oleh Annuar Musa untuk gain political supportnya supaya rakyat Kelantan simpati terhadapnya tetapi aku percaya rakyat Kelantan walaupun suka bola tetapi tidak semudah itu utk dipermainkan perasaan atau memberi simpati melalui undi. Kita lupakan tentang itu dan anggap tiada permainan politik oleh Annuar Musa.
Bila membaca keputusan FAM kepada Annuar Musa ini menggerakkan aku mengadap semula blog Cakap2Bola yg telah aku tinggalkan selama 16 bulan. Nasib baik masih ingat password. Sebagaimana objektif blog ini, untuk melihat kejayaan Harimau Malaya dan menggesa supaya Presiden FAM dan anaknya berundur dari FAM. Kenapa perlu dihukum Annuar Musa itu sehingga 30 bulan? Ataupun Presiden dan anaknya merasa tergugat dengan kehadiran TSAM ? yg paling lawaknya hukuman kerana melanggar titah Timbalan Presiden 1. Adakah ada 2 kelas Timbalan Presiden FAM? Satu Malaya tahu bahwa Presiden FAM sering berada di luarnegara malah ada tulisan di blog2 yg mendedahkan kepincangan akaun FAM dan travelling expenses Setiausaha Agung utk berjumpa Presiden FAM di luarnegara. Wallahualam.
Sebagai kesimpulannya, selagi Presiden dan anaknya berada di dalam mana2 organisasi sukan termasuk Persekutuan Hoki Malaysia, selagi itu sukan yg diterajuinya tidak akan berkembang. Dah terlalu lama Presiden FAM berkuasa sejak 1984 tanpa ada kejayaan besar. Kejayaan Piala AFF dan Sukan SEA lebih merupakan hasil program MSN terhadap pemain2 yg dilahirkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bukan merupakan hasil produk FAM.
servis kete
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment