Thursday, August 12, 2010

RM 32 JUTA DUIT FAM BUKAN UTK PEMBANGUNAN BOLA...TAPI UNTUK BANGUNAN ...PADANLAH BOLA MAKIN MERUDUM

Kementerian Belia dan Sukan mengatakan bahawa RM32JUTA diulang sekali lagi RM32JUTA duit FAM tidak diguna untuk pembangunan bolasepak. Ini dapat di baca di dalam artikel ini di Berita Harian.
Setiausaha FAM Datuk Izzudin mengatakan duit itu utk kemudahan infrastruktur pejabat baru FAM di Janda Baik.
Pada Cakap2Bola, Wisma FAM di Kelana Jaya tu dah cukup baik, strategik...lengkap segalanya...mengapa perlu yang lain. Sepatutnya FAM memikirkan tentang pembangunan bolasepak negara bukannya bermewah2 dengan pejabat yang baru. Jadi betul tekaan Cakap2Bola, yg musykil kenapa skuad kebangsaaan seringkali mengadakan perlawanan persahabatan dengan team cikai terutama sekarang ini sering sgt friendlies dgn kelab Singapore...rupanya nak jimat duit bina pejabat baru. Yang nyata skrg dan byk kali dalam artikel terdahulu Cakap2Bola ini, FAM hanya nak bermewah2 di kalangan EXCO...Semuga Tan Sri Annuar berbuat sesuatu untuk menyelamatkan pasukan2 kebangsaan ini...

No comments: