Thursday, August 26, 2010

ANDAI AKU MENGEPALAI FAM...

Andai aku mengepalai FAM, aku akan:

1) Menyediakan Master Plan pasukan kebangsaan dengan sekurang2nya 1 perlawanan persahabatan setiap bulan bertaraf A dengan pasukan2 yang rankingnya di atas Malaysia walaupun terpaksa bermain di luar negara. Master Plan ini perlu dibuat setahun lebih awal.

2) Menghadkan penyertaan pasukan di MSL dengan membenarkan hanya pasukan2 yg benar2 mampu dari segi kewangan walaupun pasukan itu hanya sebuah kelab. Tiada ruang buat mana2 pasukan yg saban tahun tak membayar gaji pemain.Jika hanya 6 pasukan sekalipun, Liga Super tetap berjalan. Dengan cara ini pemain2 yang benar2 berkaliber sahaja dpt bermain seterusnya memudahkan pemilihan pemain yg berkualiti. Ibarat memilih pelajar2 ke universiti, begitulah juga dlm bolasepak.

3) Berkerjasama dgn Kementerian Pelajaran mewujudkan semula Liga bolasepak Majlis Sukan Sekolah2 Daerah...format perlawanan penuh tiada lagi bercorak pestobala. Tiada lagi hanya 15 minit perlawanan. Setiap negeri dengan kerjasama MSS dan FA negeri akan melantik talent scout memantau mana2 pemain2 sekolah yg berkaliber seterusnya mewakili daerah, negeri dan negara.

4) Menyingkirkan mana2 pegawai yang berkepentingan peribadi yang menggunakan FAM untuk political mileage mereka. Letakkan mereka ini walaupun dilantik dlm jawatankuasa yg tak penting.

5) No friendly matches dgn kelab2 kecuali kelab2 ternama dari eropah.

6) Menyediakan dana RM1 juta kepada mana2 pasukan Malaysia yang layak menyertai Asian Champions League.

7) Melantik Sven Eriksson atau Felipe Scolari sebagai Head coach kepada skuad kebangsaan dan U23. Rajagobal sebagai pembantu. Dengan cara ini memberi publisiti meluas kepada skuad kebangsaan dan menggalakkan jemputan friendly match dari pasukan2 ternama. Jangan lupa, Malaysia pernah menentang England pada 1991 dan Brazil pada 2002!!

8) Melupakan hasrat membina pejabat baru di Janda Baik.

9) Combine kan skuad U23 dan U21...dan menghantar mereka ke serata dunia utk friendly matches.

10) Memberi elaun bulanan sekurang2nya RM10,000 kepada mana2 pemain Malaysia yang layak mengikat kontrak dengan mana2 kelab eropah sekurang2nya divisyen 1 .

11) Memendekkan duration Liga Malaysia dan mewujudkan satu jenama yg ekslusif utk Liga Malaysia ini.

12) Meletakkan target 2014 utk Malaysia melayakkan diri sekurang2nya separuh akhir Sukan Asia dan Asia Cup.

13) Meletakkan target 2012 utk Malaysia layak ke Olimpik

13) Meletakkan target 2014 sebagai tahun utk Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia. Oleh itu aku wujudkan 4 years Master Plan utk mencapai cita2 ini.

Itu hanya angan2 aku jika aku mengepelai FAM. Malangnya aku bukan orang politik atau aktif dalam mana2 persatuan bolasepak. Adakah mereka yg di FAM ini tidak pernah memikirkan ini. Aku yg bekerja di syarikat pun dahulu setiap tahun memerah otak utk mewujudkan 5 years Master and Business Development Plan utk kemajuan syarikat. Nampak sangat bezanya otak aku dan otak mereka...Yg penting, aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang mencintai bolasepak ....

No comments: