Thursday, August 5, 2010

HARAPAN PEMINAT BOLA MALAYSIA TERHADAP ANNUAR MUSA...

Di mana2 blog bola, akan bercerita tentang keputusan pemilihan EXCO FAM. Sebagaimana artikel Cakap2Bola terdahulu, sememangnya hanya Tan Sri Annuar Musa sahaja muka baru dalam kepimpinan EXCO. Kejayaan Annuar Musa dicemburui oleh bekas2 EXCO FAM yang lalu. Macam2 pendapat dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh Annuar Musa. Nasib baik Annuar Musa berjaya mematahkan cakap mereka. Pada pengamatan Cakap2Bola, kebanyakan mereka yang ingin menjadi EXCO FAM ini mempunyai kepentingan peribadi mendahului daripada semangat cintakan bolasepak. Mereka merasakan dengan menduduki kerusi EXCO ini mereka mendapat peluang mendekati Presidan FAM dan mempunyai political mileage di dalam kareer politik mereka atau mungkin dapat makan angin percuma bilamana adanya kejohanan bolasepak. Tetapi ini tidak terdapat pada Tan Sri Annuar Musa. Kita lihat bagaimana beliau membawa kejayaan Kelantan. Untuk political milege, tentunya tidak kerana kareer politik Annuar Musa sudah sampai ke penghujung . Malah Dewan Pemuda PAS ingin bertemu dengan barisan kepempinan FAM yang baru ini seolah2 dapat menerima Annuar Musa kerana kejayaan beliau terhadap KAFA. Cuma pesanan Cakap2Bola agar Annuar Musa:
1) Ketepikan fahaman politik demi bolasepak Malaysia. Tiada UMNO, PAS, PKR atau DAP. Itu yang berjaya dilakukan di Kelantan.
2) Bekerjalah sebagaiman dilakukan terhadap KAFA. More competitive friendly matches pada skuad kebangsaan. Jangan jadi macam setengah2 Timb. Presidan mahupun Naib Presiden lalu yang pernah menjadi pengurus pasukan kebangsaan tapi muka hidung pun tak pernah nampak bersama skuad kebangsaan.
3) Lupakan cakap2 belakang dan komplot2 di dalam FAM ini kerana pengaruh bekas2 pemimpin ini masih kuat dan tidak mustahil akan adanya sabotaj terutama pada skuad kebangsaan. Bilamana skuad kebangsaan kalah maka mereka akan menuding kepada Annuar Musa. Presiden masih selesa...

Terlalu tinggi harapan rakyat Malaysia yg cintakan bola terhadap Annuar Musa. Ayuh lakukan yang terbaik sebagaimana anda lakukan terhadap kelantan FA. Dengan 1 musim sahaja Kelantan berjaya melangkah ke 2 Final pada 2009. Tak mustahil dapat dilakukan terhadap skuad kebangsaan. Mulakan langkah dengan skuad Rajagobal ke Sukan Asia tahun ini...Arrange more competitive friendly matches....

No comments: