Tuesday, December 22, 2009

PRESIDEN PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA BERLAKON LAGI...


Dalam Berita harian Online hari ini ada menyebut bahawa Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersedia melepaskan jawatan. Cakap2Bola kata itu hanyalah satu lakonan sahaja. Dah muak dah dengar kenyataan macam ni. Lepaskan jelah serta merta, tak payah tunggu AGM. Dahlah PSM ( persatuan Sepaktakraw Malaysia ) ni tiada hala tuju. Kalau kalah macam2 alasan yang tak logik di dendangkan. Kalau semua presiden persatuan sukan berperangai macam Presiden PSM ni, rasa2nya akan hancurlah sukan di Malaysia ni. Pada Cakap2Bola PSM mahupun FAM, serupa sahaja...yang akan menyusul bersama ialah Persekutuan Hoki Malaysia....nasib baiklah ada MSN dan Kementerian Belia dan Sukan... Baca lah petikan di bawah ni:

PSM harus galas tanggungjawab

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia akur betapa rakyat negara ini amat hampa dengan prestasi buruk skuad negara di Sukan Sea Laos dan secara terbuka menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab penuh terhadap segala keaiban yang sudah berlaku.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata dia menyerahkan kepada ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai persatuan lain dalam pemilihan akan datang dijadualkan Februari depan.

Kita tidak harus menuding jari kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau Institut Sukan Negara (ISN). Semua kena mengakui kesilapan masing-masing. Bukan menuding jari ke arah sesiapa. Baik pegawai PSM atau jurulatih, semua kena bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang mampu dilakukannya ketika ini kerana segala usaha sudah dilakukan, termasuk mengeluar belanja besar bagi memartabatkan sukan sepak takraw di negara ini.

“Jadi kita serah kepada ahli gabungan PSM untuk menentukannya. Sebenarnya atlit yang ada masih terlalu baru dan boleh dianggap satu kejayaan apabila mereka masih mengekalkan kedudukan tempat kedua dalam acara berpasukan.

“Kami sedar masyarakat begitu hampa dengan keputusan dalam acara lain dan PSM bertanggungjawab penuh,” katanya mengulas keputusan memalukan skuad negara yang hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa di Sukan Sea Laos.

Lebih memalukan apabila skuad kebangsaan tewas kepada Laos, negara yang sebelum ini dianggap begitu kerdil dalam dunia sepak takraw.

Ditanya andai masih mendapat mandat oleh ahli gabungan untuknya menerajui PSM mengharungi Sukan Asia 2010, Ahmad berkata, perkara utama yang mahu dilakukannya adalah melakukan rombakan terutama membabitkan kejurulatihan.

“Saya rasa perkara pertama perlu dirombak adalah kejurulatihan. Sebelum ini saya kurang menerima pandangan dari luar PSM tetapi selepas ini saya akan lebih terbuka dan sedia membuka pintu untuk pemain atau pegawai yang sudah lama,” katanya.


atau petikan yang ini PEGAWAI PSM BUAT LAWAK LAGI dari akhbar yang sama hari ini.

1 comment:

Aman said...

komen.. senang, cadangan ..ada ker