Sunday, December 13, 2009

HATI HATI BILA BERJUMPA LAOS

Separuh akhir nanti Malaysia akan bertemu Laos di Sukan SEA 2009 ini. Laos yang kali pertama memasuki separuh akhir Sukan SEA ini di tambah dengan bermain di hadapan penonton sendiri ini akan bermain bermati2an dengan apa cara sekalipun untuk menang. Pasukan Laos ini telah berlatih selama setahun bersama kelab Vietnam Hoang Ang Ghia Lai dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kelab tersebut. Artikel tentang skuad Laos ini boleh di baca di artikel NO MORE MINNOW TAGS FOR LAOS di dalam web site rasmi Sukan Sea 2009.

Kita jangan lupa bahawa pasukan Malaysia pernah dimalukan oleh Laos pada 1997. Pasukan Malaysia ketika itu dilatih oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hassan yang pada tahun sebelum itu telah membawa Malaysia menjadi naib johan Piala Tiger ( sekarang ini Piala AFF Suzuki). Akibat kekalahan memalukan itu, Wan Jamak telah " dipecat " dari jawatan jurulatih skuad kebangsaan manakala Presiden FAM masih tetap berkuasa sehingga hari ini. Parut akibat kekalahan itu sehingga hari ini masih berbekas di hati Wan Jamak yang sekarang ini menjawat jurulatih Negeri Sembilan yang baru sahaja memenangi Piala Malaysia 2009.Keluhan hati Wan Jamak ada di artikel THE PAIN STILL LINGER - WAN JAMAK ini di website yang sama.

Sebagai rakyat Malaysia yang lain, Cakap2Bola mengharapkan kejayaan pasukan Malaysia ini. Semuga berjaya dan buangkan over confidence atau kegembiraan mengalahkan pasukan Thai tempuhari. Selamat Berjuang.

No comments: