Monday, December 7, 2009

MACAM MANA BOLA MALAYSIA NAK MAJU, JIKA FAM MASIH ADA PILIH KASIH

Membaca lapuran akhbar Berita Harian yang dipaparkan di bawah ini memang telah di jangka awal awal lagi. Aku telah tulis ramalan aku tentang sikap FAM ini. Cuba baca artikel aku yang dahulu di sini atau yang ini.

FAM memang jelas mengamalkan dasar pilih kasih. Adakah semata2 Presiden dari Pahang maka EXCO FAM membuat keputusan yang jelas membodek Presiden. Kesian Harimau Muda. Apa istimewanya Pahang? Gaji pun tak berbayar sehingga skuad Pahang hampir hancur.

Memang tiada lagi sinar untuk bolasepak Malaysia jika tiada perubahan dari segi pentadbiran dan mentaliti setiap EXCO FAM ini. Baca petikan Berita Harian hari ini

SEPERTI satu sandiwara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpatah balik daripada keputusannya untuk menaikkan Harimau Muda ke Liga Super, sebaliknya memilih mengekalkan pasukan kedua tercorot musim lalu, Pahang dalam keputusan yang pastinya akan mencetuskan dakwaan 'pilih kasih' di kalangan pengkritik bola sepak tanah air.

Sejak sekian lama, teori konspirasi berlegar bahawa Pahang - negeri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah - akan diberi layanan istimewa dengan jawatankuasa pertandingan tempatan akan merombak format Liga Malaysia memastikan mereka kekal di pentas elit sungguh pun mereka sepatutnya beraksi pada Liga Perdana, musim depan.


Walau pun dakwaan 'pilih kasih' dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh, sukar untuk difahami bagaimana pasukan yang diturunkan ke saingan divisyen dua pada 2010 diletakkan sebagai pasukan ranking teratas Liga Perdana sebelum musim bermula dan berada pada pilihan teratas untuk dinaikkan jika terdapat kekosongan di Liga Super.

Andai mengikut keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan minggu lalu, Harimau Muda, T-Team, Johor dan Kuala Lumpur dinaikkan ke Liga Super berdasarkan kedudukan empat teratas Liga Perdana, namun FAM kali ini mengembalikan Pahang dan bukan pasukan tempat kelima, Proton FC.

"Apabila kita susun balik Liga Perdana, kita mendapati Pahang menduduki tempat teratas. Tuanku (Sultan Ahmad Shah) awal-awal berkata bahawa dia tidak mahu dilihat sebagai pilih kasih.

"Keputusan ini diambil berdasarkan majoriti ahli majlis," kata Che Mat pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis di Wisma FAM semalam.

Lebih parah, FAM memilih untuk tunduk kepada desakan ahli gabungan mengembalikan pemain bawah 21 tahun Harimau Muda kepada pasukan negeri dengan pasukan itu yang dibentuk sejak sekian lama dipisahkan dan hanya dikumpulkan semula bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

Kini Liga Super akan kekal dengan 14 pasukan manakala Liga Perdana buat masa sekarang mempunyai 11 pasukan termasuk Harimau Muda yang dibarisi pemain bawah 19 tahun.

2 comments:

CAKAP2BOLA said...

INI ADALAH ARTIKEL CAKAP2BOLA YG KE 100 SEJAK DIMULAKAN PADA 8HB APRIL 2009.

Anonymous said...

nampaknya FAM tak pernah belajar dari kesilapan..dan tak pernah mahu terima kritikan..ini semua disebabkan terlalu lama pemimpin FAM berkuasa walaupun sebenarnya tidak ada satu kejayaan pun dilakar..kalau di Eropah, dah lama kena tendang atau pemimpin itu akan volunteer letak jawatan akibat gagal..tapi bende ni tak berlaku di Malaysia..sungguh mengecewakan & memalukan..