MUSTAPHA (empat dari kanan) menerima tajaan kejohanan bola sepak Piala Tan Sri Mustapha Kamal, semalam.- petikan dari Berita Harian OnlinePiala Tan Sri Mustapha Kamal 2010 untuk pasukan2 kelab di Lembah Kelang akan bermula pada 19hb Disember ini. Kejohanan yang dikhaskan untuk pemain2 di bawah 20 tahun ini bermula pada awal tahun ini dan juara sulungnya adalah kelab PNSB FC. Sebanyak 20 kelab di sekitar Lembah Kelang mengambil bahagian walaupun terdapat lebih 100 penyertaan. Diharap pasukan favoriteku iaitu PKNS FC dapat mencontohi " adik "nya yang baru menjuarai Liga Terbuka Remaja Komuniti Kebangsaan bawah 11 tahun. Go PKNS Go.
Petikan Berita Harian hari ini :
LEBIH 100 kelab dari sekitar Lembah Klang memohon tetapi hanya 20 sahaja diterima untuk beraksi kejohanan bola sepak Piala Tan Sri Mustapha Kamal yang bermula 19 Disember ini.
Ketua Jurulatih NPNG FC, Micheal Palani, berkata pemilihan setiap pasukan adalah berdasarkan kepada latar belakang yang sekurang-kurangnya pernah menyertai kejohanan lain sebelum ini selain membabitkan pemain daripada pelbagai bangsa.
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Penaung NPNG FC, Tan Sri Mustapha Kamal bercadang untuk membuka penyertaan kepada kelab dari seluruh Selangor bagi edisi akan datang.
Menerusi penyertaan yang lebih meluas, saya percaya lebih ramai bakat baru mampu dicungkil, sekali gus diketengahkan sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.
Sementara itu, kejohanan kali ini terus mendapat sambutan penaja seperti Milo, F&N, Figos, Bata, KMN Motorsport, SportUnite, Kelab Sukan NPNG dan Kumpulan EMKAY.
No comments:
Post a Comment