Ivan Kolev Akibat tersingkirnya Indonesia di pusingan awal Sukan SEA 2009 di Laos ini, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia ( PBSI) mengambil langkah yang bijak dengan melantik semula bekas jurulatihnya Ivan Venkov Kolev dari Bulgaria yang pernah mengendalikan skuad mereka sewaktu menghadapi Pusingan Akhir Piala Asia 2007.
Harian Kompas Online melalui artikelnya
KOLEV JURULATIH BARU INDONESIA telah menyebut bahawa Indonesia akan lebih bersedia untuk Kejohanan 2011 nanti. Skuad bimbingan Kolev pada 2007 yang lalu membuktikan bahawa Indonesia setaraf dengan gergasi2 bolasepak. Indonesia menang dengan Bahrain 2-1, tewas di saat2 akhir dengan Saudi 2-1 dan tumbang tipis di tangan Korea 1-0. Berbeza dengan pencapaian Malaysia ketika itu, skuad bimbingan jurulatih Norizan Bakar dibelasah 5-1 dengan China, 5-0 dengan Uzbekistan dan 2-0 dengan Iran. Malah skuad Indonesia di pusingan kelayakan Piala Asia sekarang menunjukkan prestasi yang bagus.
Dari sini kita boleh melihat dan membuat kesimpulan, tiada kesungguhan di dalam FAM untuk memajukan skuad kebangsaan. Tidak pernah belajar pada pengalaman. Pada Presiden dan Majlis EXCO FAM, yang lebih penting ialah skuad Pahang bukan skuad negara.....
No comments:
Post a Comment