Thursday, July 30, 2009

MELAKA FA MEMANG PATUT DISINGKIRKAN DARI LIGA MALAYSIA


Ada ke patut Melaka FA nak panggil pemain2 pencen macam Azman Adnan, Shahrin Majid, Azizul Abu Haniffah main untuk mereka. Dia ingat ini Liga veteran kebangsaan ke? Nak kata bodoh, memang bodoh, dari ambik pemain2 pencen ni lagi baik dia ambik pemain2 sekolah je wakili Melaka. Setiap tahun Melakalah antara pasukan yang memang tak bayar gaji pemain. Mesti ada tertunggak. Rasanya eloklah Melaka FA ni disingkirkan terus dari Liga Malaysia sebab takde faedahnya menanggung biawak hidup. Melaka FA ini ibarat kanser tahap ke empat.Kesian pemain2 berbakat dari Melaka, dahulu pada tahun 80an Melaka antara pasukan yang digeruni. Sewaktu itu Melaka FA diterajui oleh Ketua Menteri yang bernama Datuk Adib Adam, beliaulah yang berupaya melakukan transformed kepada pasukan Melaka hinggakan pada tahun 1983 Melaka berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia. Pencapaian terbaik buat Melaka sehingga ke hari ini. Pemain2 Melaka yg bermain untuk negeri2 lain dibawa balik oleh Adib Adam untuk memperkuatkan pasukan negeri antaranya Soh Chin Aun, Torairaju, Ramli Junit dll. Tapi bila Adib Adam melepaskan jawatan, maka berlakulah kemerosotan kepada skuad Melaka yang nyata dipegang oleh orang2 yang tidak berpengetahuan tentang bolasepak. Inilah salah satu kemerosotan skuad negara!!

8 comments:

meyour said...

so, ade ke duit nak bayar player pencen tu??

heheh

CAKAP2BOLA said...

Melaka FA nak pemain2 pencen ni main sukarela agaknya.

Anonymous said...

Sebenarnya syarikat2 besar kat M'sia ni macam sampah x nak sokong semua FA kita...

Anonymous said...

bukan tak mahu sokong semua FA. FA sendiri kenalah profesional. nak sokong (taja) mestilah depa nak nampak hasil. ini pengurusan wang pun tak betul, siapa nak taja? baik depa buat team sendiri aje (CTH sime darby fc)... siapa nak taja kalau pengurusan lemau, fans pula tak kemana. pendek kata kalau nak cakap sampah, bolasepak malaysia-lah yang sampah...dari pengurusan, ke pemain ke penyokong ke budaya negara itu sendiri.

Anonymous said...

sebagai rakyat melaka sedih la bila
dengar team bola negeri melaka main
dlm FAM CUP...adess..apa dah jadi
ni..tlg pihak2 brkenaan kat melaka
ni lakukan sesuatu utk naik kan
kembali team bola melaka..malu la
mcm ni dgn team2 yg brtaraf kelab.
jadi kan team kelantan sebagai
contoh utk maju kan kembali team
bola melaka...team kelantan dulu
pun ada main dlm FAM CUP..dan lihat
skrg di mana kedudukan team kelantan
dlm liga M..

Anonymous said...

sedey gak ngn melaka fa skang ni... dh makan thun dh nunggu melaka nek.. tpi cmtu gak... sebagai rakyat yg berpegang ic 04 ditgah ni.. amat sgat nk tgok melaka men dlm liga super... dpt tgok yg nek pun TMFC.. hardi jaafar... terubat la jgak ...

Mohd Khuzairil Fitri said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kami beberapa orang pemuda lepasan sekolah berminat untuk bermain bersama skuad Melaka..hubungi kami..Impian kami sememangnya ingin menjadi pemain bolasepak..Pengalaman tertinggi kami hanyalah di peringkat MSSN kebangsaan dan negeri..Bantu kami dan sedaya upaya kami akan membantu memajukan bolasepak melaka semula..dan boleh mulakan pencarian bakat muda..hubungi kami..terima kasig

0176524405 Iqbal
0176524405 Hafizi
0122513557 Izrul
0172644480 Ayen
0176338033 Najib
0132070214 Zack