Thursday, July 16, 2009

BERAPA GOL YANG MALAYSIA BOLOS 18 JULAI INI?


Tarikh 18hb Julai ini adalah tarikh yang dinanti2kan oleh peminat bolasepak tanahair. Malaysia akan menentang Manchester United (MU). Rasanya akan ramai penonton2 yang memakai baju berwarna merah berbanding yang berbaju kuning atau biru. Ramai juga yang akan menyokong MU tetapi andaikata pasukan Malaysia bermain dengan baik, cantik dan teratur tidak mustahil penonton2 tempatan MU akan menyokong pasukan kebangsaan. Ini pernah terjadi dahulu apabila pasukan Malaysia bertemu Brazil pada tahun 2002. Pada separuh masa pertama Malaysia mengikat Brazil 0-0 walaupun akhirnya kalah 4-0. Jika USA boleh mengalahkan Spain, dan Egypt boleh mengalahkan Italy...tidak mustahil Malaysia boleh berbuat begitu cuma terus terang dikatakan memang mustahil. Di hati peminat ketika ini hanya menunggu berapakah jumlah gol yang akan dijaringkan oleh MU. 2002 MU belasah Malaysia 6-0, belasah Singapura 8-1. Tahun ini adakah akan lebih lagi gawang Malaysia dibolosi...kita tunggu

No comments: