Saturday, July 18, 2009

MU BERJUMPA MALAYSIA SEKALI LAGI


Manchester United bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan dengan Malaysia pada hari Isnin 20hb Julai ini jam 8.45 malam setelah perlawanan dengan Indonesia dibatalkan. Peluang sekali lagi untuk peminat2 bolasepak menyaksikan perlawanan membabitkan MU. Sudah tentunya MU akan bermain bersungguh2 dan Malaysia akan menghadapi kesukaran untuk menyaingi MU. Adakah keputusan perlawanan tadi akan berulang ataupun kali ini gawang Malaysia ditembusi banyak kali. Kita lihat nanti. Semuga semangat juang Malaysia dan mengikiskan rasa hormat kepada MU berada di sanubari setiap pemain2 kita. Walaubagaimanapun rasanya serangan bertali arus dari MU akan muncul kerana mereka sudah membaca keupayaan Malaysia ditambah lagi masa yang cukup untuk berehat. Website rasmi MU juga memberitahu bahawa skuad Malaysia ini tiada pengalaman dan hanya 4 pemain sahaja berusia di atas 23 tahun.

No comments: