Monday, July 13, 2009

FAM KENA TIPU DENGAN ZIMBABWE


Foto dari Utusan hari ini

FAM kena tipu dengan Zimbabwe! Zimbabwe bukan hantar pasukan utama melawan Malaysia semalam tetapi menghantar pasukan kelab sahaja!! Kelab itu bernama Monoma Tapa United menurut kata Utusan Malaysia hari ini. Inilah gara2 tiada perancangan. Konon2 membatalkan perlawanan dengan Liberia dengan alasan Liberia bukan menurunkan skuad utama, alih2 dengan Zimbabwe, lagi teruk, hanya pasukan kelab sahaja yang dihantar. Silap2 kelab divisyen berapa yang dihantarnya. FAM tak semak ke senarai pemain2 pasukan Zimbabwe itu? Kalau pasukan Liberia, boleh disemak kenapa tidak pasukan Zimbabwe? Tak sampai 5 minit untuk menyemak, surf lah kat internet dapatlah senarai penuh nama pemain. Menang 4-0 pun bukan alasan untuk berbangga jika lawan hanyalah taraf kelab sahaja. Kalau kelab EPL boleh dibangga. Siapalah punya kepala di dalam FAM ini yang menjemput Zimbabwe ini, atau ada kepentingan peribadi yang peminat2 tidak tahu. Semuga dijauhkan. Kalau taraf macam nilah, lagi baik ajak Selangor sahaja friendly dgn skuad kebangsaan. FAM...FAM...tak pernah sedar atau buat2 tak sedar...
Petikan dari Utusan hari ini:
Namun desas-desus bertiup kencang malam tadi di mana Zimbabwe tidak menurunkan para pemain skuad kebangsaan sebaliknya hanya menawarkan pemain berstatus kelab untuk beraksi menentang kesebelasan utama negara.
Jika ini merupakan kenyataan, mungkin kegembiraan membenam mereka 4-0 perlu dihentikan seketika dan mula memikirkan adakah pemain negara layak meraikan kejayaan itu?
Difahamkan skuad bimbingan K. Rajagobal hanya menentang sebuah kelab yang dikenali sebagai Monomo Tapa United di mana hampir keseluruhan yang diturunkan merupakan pemain kelab berkenaan.

No comments: