Bila MU membatalkan perlawanan persahabatan dengan di Indonesia akibat pengeboman Hotel Marriot di Jakarta hari ini, PBSI terus mencadangkan agar perlawanan ini diteruskan dengan bermain di Kuala Lumpur sahaja pada tarikh asal. Bermakna peminat di Malaysia berpeluang menonton perlawanan melibatkan MU 2 kali jika cadangan ini diterima. Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan, tetapi bila membaca web bolasepak Indonesia ini
http://www.tempointeraktif.com/hg/sepakbola/2009/07/17/brk,20090717-187813,id.html aku jadi kagum pada PBSI kerana mengatur perlawanan2 persahabatan yang berkualiti untuk pasukan kebangsaannya. Selain bertemu MU, mereka akan bertemu pasukan Arab saudi dan Iraq pada bulan August ini. Mereka juga akan bertemu pasukan China sebagaimana ditulis dalam artikel di blog ini sebelum ini. Kita lihat PBSI mengatur perlawanan yang berkualiti dengan gergasi2 Asia. Tapi FAM , tiada perancangan langsung!!Pasukan negara juga dijadualkan bertemu 2 kali dengan Indonesia di jakarta pada bulan ini juga. Itupun nasib baik timnas Indonesia sudi buat friendly dengan kita. Tapi lepas lawan Indon ni, apa lagi perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan kita?? Come on FAM, kalau PBSI boleh buat, kita pun boleh. Mungkin FAM lebih gemar sekarang ini menjemput pasukan dari benua Afrika, walaupun ditipu oleh Zimbawe. Mungkin sebagaimana diperkatakan ada sesuatu yang tidak kena pada FAM ini...mungkin ada kepentingan peribadi...wallahualam....
No comments:
Post a Comment