Monday, July 20, 2009

SKUAD BAWAH 23 RAJAGOBAL PERLU MERENUNG SEJARAH


Beberapa jam lagi akan bermula sepakmula perlawanan kedua antara MU dengan Malaysia. Walau apapun keputusan nanti, samada akan berlaku kejutan, atau sebagaimana keputusan perlawanan pertama, atau gawang Malaysia bolos dengan banyaknya, itu tidak menjadi persoalan. Yang paling penting sekarang adakah skuad Rajagobal sekarang ini menjadi skuad kebangsaan selain dari tugas utama untuk ke Sukan Sea di Laos?

Perkara dan cara yang sama pernah berlaku pada skuad kendalian Allan Harris yang mana antara pemain2nya adalah Indra Putra, Akmal Rizal, Norhafiz Zamani Misbah adalah merupakan skuad bawah 23 tahun yang pada pengamatan peminat mempunyai potensi untuk menggegar Asia ketika itu.

Pada tahun 2001 skuad ini sebelum bertarung di Sukan Sea melalui beberapa siri persahabatan dan juga Kejohanan Pestabola Merdeka yang ketika itu disertai oleh antaranya Slovakia, Bahrain, Uzbekistan, Bosnia yang menghantar pasukan utama mereka .Di kejohanan Sukan Sea di Kuala Lumpur 2001 skuad ini cemerlang cuma tewas di perlawanan akhir dengan Thailand akibat kesilapan bodoh penjaga gol ketika itu Kamaruzaman Hassan. Ketika itulah kita lihat Stadium Shah Alam penuh dengan peminat yang tidak henti2 menyokong pasukan kebangsaan, dengan lagu Jalur Gemilang, mexican wave dan lain2 lagi.

Skuad ini juga dihantar ke Kejohanan Piala Tiger 2002 dan membelasah Singapura 4-0, dan Thailand 3-1 di Singapura malangnya tewas di separuh akhir dengan pasukan tuanrumah Indonesia 1-0 . Ketika itu Singapura dan Indonesia merupakan tuanrumah bersama.Skuad ini juga dihantar ke Sukan Asia di Busan 2002 tewas pusingan awal yang mana Malaysia diletakkan bersama tuanrumah Korea. Korea ketika itu baru sahaja mendapat tempat ke 4 di Piala Dunia.

Skuad ini juga mara ke Pusingan Akhir Kelayakan Pra Olimpik bertarung dengan Iran dan China.Ketika itu sudah mula FAM tidak mendedahkan skuad ini ke perlawanan persahabatan bertaraf tinggi. Tiada kajian terhadap pasukan Iran maupun China, walaupun pasukan Iran berkampung di Singapura dan melakukan persahabatan dengan pasukan Singapura.

Selepas tewas di separuh akhir Sukan Sea 2003 di tangan pasukan tuan rumah Vietnam, akibat tiada pendedahan, maka jurulatih negara Alan Harris dipecat. Selepas itulah skuad negara tiada haluan dengan bertukar2 jurulatih dari Berthalan Bisckei, Norizan Sharif, Sathianathan dan kini Rajagobal. Seolah2 ada unsur2 sabotaj terhadap pasukan 2001-2003 di bawah kendalian Allan Harris.Mungkin ada tangan2 yang tidak senang melihat cara Allan Harris ini. Ini juga berlaku kepada jurulatih terdahulu Claude Le Roy yang terpaksa memulakan skuad kebangsaan daripada kosong kerana hampir semua pemain2 yang hebat2 ditangkap akibat rasuah.

Allan Harris seperti juga Claude Le Roy mengamalkan corak permainan pantas yang diamalkan dalam bolasepak moden, yang menyebabkan kekalahan besar pasukan2 Asia Tenggara di tangan Malaysia pada tahun 2002 itu. Kita tidak mau nasib serupa dengan skuad Rajagobal ini. Cakap2Bola bersetuju dengan kenyataan Rajagobal bahawa kita memerlukan 3-4 tahun untuk melihat skuad ini berjaya dan yang paling penting.....perlunya pendedahan dan perlawanan persahabatan yang konsisten dengan pasukan2 handalan bukannya pasukan cap ayam....Semuga ada sinar untuk bolasepak kita...

No comments: