Saturday, July 18, 2009

MU 3 MALAYSIA 2




Satu keputusan yang bagus dan hampir2 berkesudahan seri. Walaupun Manchester mungkin hanya menganggap sebagai latihan sahaja tetapi yang paling penting semangat melawan dan keupayaan membolosi gawang kelab terhandal dan paling kaya di dunia. Kita tidak mahu selepas perlawanan ini tiada lagi siri perlawanan persahabatan kelas A untuk pasukan kebangsaan. Ini terjadi kepada skuad Alan Harris yg hanya melawan Brazil dan MU pada tahun 2002 manakala skuad B Sathianathan selepas tewas di tangan Chelsea pada tahun 2008 langsung tiada perlawanan persahabatan dengan pasukan2 kuat. Skuad kendalian Norizan Bakar hanya friendly dengan New Zealand sahaja. Kita harus ingat dan belajar dari kesilapan bahawa untuk mengukuhkan pasukan muda ini FAM perlu sekurang2nya 1 perlawanan persahabatan setiap bulan dengan pasukan2 handalan sekurang2nya peringkat Asia. Malah Korea Selatan sendiri mahukan perlawanan persahabatan dengan pasukan bertaraf dunia dan bukan lagi bertaraf Asia. Iran dalam post mortemnya akibat kegagalan skuadnya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010, merumuskan bahawa kurangnya perlawanan persahabatan yang berkualiti menjuruskan kepada kegagalan mereka. Ayuh FAM, jangan hanya berbangga dengan kekalahan tipis 3-2 ini, kekalkan moral pemain, aturkan lebih banyak perlawanan persahabatan contohnya dengan negara2 Arab malah FAM boleh meminta Oman selaku Juara Piala Negara2 Teluk yang dibawah kendalian bekas jurulatih Malaysia Claude Le Roy untuk sesi persahabatan. Lupakan target Sukan Sea yang tak ke mana, kita perlu sasarkan ke taraf Asia sekarang ini. Bilamana target kita di peringkat Asia, mudah bagi kita menggapai sasaran Asia Tenggara ini.

No comments: