Friday, July 24, 2009

APA KATA KITA TUKAR FORMAT PESTABOLA MERDEKA??

Mungkin FAM mengalami kesukaran untuk membuat perlawanan persahabatan bertaraf kelas A untuk pasukan negara akibat ranking Malaysia yang teruk di dalam list FIFA. Itu hanya satu kemungkinan sahaja tetapi bila melihat list perlawanan persahabatan pasukan Indonesia mahupun Singapura, andaian itu mungkin tidak berasas kerana jika kedua2 negara jiran yang ranking lebihkurang kita boleh buat takkan kita tak boleh. Tepuk dada tanya selera. Tapi aku ingin juga memberi cadangan untuk FAM, kita tukar je format Pestabola Merdeka ini.

Caranya begini,skrg ini Pestabola Merdeka khusus untuk kejohanan antara negara2, nak sangat menang atau melihat Malaysia masuk final, FAM menjemput pasukan2 cikai. Daripada berterusan begini, kita buat Pestabola Merdeka ini sebagai kejohanan kelab2 sahaja.

Kita jemput kelab2 handalan Asia dari Jepun, Korea, Saudi, Iran contohnya FC Seoul dari Korea, Al Hilal dari Saudi, Hiroshima Antlers dari Jepun, manakala Juara Piala Malaysia mewakili negara. Tak perlu banyak pasukan, setakat 4 pasukan dah cukup. Sudah semestinya stadium penuh jika perlawanan di adakan contohnya di Alor Star kerana Kedah Juara Piala Malaysia.

Secara tak langsung bila standard kelab Malaysia meningkat sudah semestinya pasukan negara juga akan meningkat. Dengan ini juga satu perhargaan buat pasukan yang menjuarai Piala Malaysia. Mungkin mudah menjemput kelab2 handalan dari menjemput pasukan negara mereka. Jika FAM merasakan Pestabola penuh dengan nostalgia buat pasukan negara, anjurkan satu kejohanan khas untuk ini. Tidak salah mencubakan.

No comments: