Monday, July 20, 2009

2nd GAME : MU 2 MALAYSIA 0


Secara jujurnya ada sinar untuk Malaysia bila melihat budak2 ni bermain tadi. Walaupun pasukan Malaysia ini boleh dikatakan skuad bawah 23 tapi mereka begitu yakin dan tidak gementar melawan lawan yang lebih ternama. Dengan corak short pass dan one touch football, ditambah dengan kepantasan skuad ini boleh pergi jauh. Cuma kita perlukan jurulatih yang lebih berwibawa untuk terapkan taktikal yang lebih bagus. Tidak menafikan keupayaaan Rajagobal dan tahniah patut diucapkan kepada beliau kerana berjaya menilai bakat2 muda tanahair ini. Terus terang ramai yang tidak mengenali pemain2 Malaysia ini kecuali nama2 seperti Amri Yahyah, Indra Putra dan Norhafiz Zamani Misbah. Kita perlukan jurulatih luar demi untuk menggilap bakat2 ini dengan pendedahan perlawanan persahabatan yang berkualiti dan bertaraf A. Tidak salah untuk Rajagobal menjadi pembantu jurulatih kepada jurulatih impot. Mana tahu mungkin Scolari berminat untuk melatih Malaysia kerana kontraknya di kelab Uzbeikstan pun kontrak jangka pendek.....

2 comments:

meor-name-depan-ku said...

sememangnya masih ramai 'harimau-harimau' di kampung,cerok,ulu yang kite x explore lagi.....

x semue dalam akademi tu bagusss!!!!

CAKAP2BOLA said...

betul tu Meyour, tapi selalunya Akademi mempunyai talent scout sebagaimana sekolah projek Negeri yang meng " rekrut " kan pemain2 terbaik dari kampung2 melalui liga2 MSSD tapi malangnya skrg hanya sekolah yg johan daerah sahaja mewakili daerah, baca artikel saya terdahulu. Malangnya kebanyakan sekolah projek hanya hangat2 hahi hayam....