Friday, July 10, 2009

SEKEJAP LIBERIA, SEKEJAP SYRIA LA NI ZIMBABWE PULAK


FAM buat lawak yang tak sudah sudah. Mula2 kata Liberia, pastu Syria last2 baca paper hari ni Zimbabwe pulak...Mana lah pasukan yang confirmed nak friendly dengan Malaysia ni. Macam aku tulis dalam blog terdahulu, perkara ini menampakkan sikap FAM yang tidak peka akan pasukan kebangsaan. Tiada program sepanjang tahun. Program persahabatan pasukan kebangsaan sepatutnya dirancangkan awal awal lagi. Tapi tiada program yang dibuat. Itu sebab skuad kebangsaan merudum dari masa ke semasa. Pegawai2 dari Presiden hingga ke EXCO bersenang lenang. Tiada idea baru dicurahkan. Tujuan utama untuk pegang tampuk lebih kepada glamour dan kepentingan peribadi. Tidak perlu kita melihat skuad bolasepak Eropah, kita tinjau sahaja pasukan sukan UNIVERSITI UNIVERSITI di Amerika baik American Football, basketball maupun bolasepak, perlawanan persahabatan antara kolej2 ini yang berlainan conference di rancangkan hingga 4-5 tahun ke hadapan dan tarikh perlawanan juga ditetapkan walaupun akan berlangsung pada tahun 2011!! Itu sebab kita lihat bolasepak di Amerika semakin lama semakin maju dan hampir mengaibkan Brazil di Piala Konfederasi baru baru ini selain daripada penglibatan pemain pemain mereka di liga2 Eropah. Cukuplah untuk kita salahkan pemain pemain kerana setiap pemain pemain memang inginkan kemenangan hanya pegawai2 tertinggi di FAM yang tidak mempunyai perasaan untuk memenangkan pasukan negara. Mereka inilah yang patut dihantar ke Kem Bina Semangat atau Kem Bina Negara....tiada langsung semangat kebangsaan di hati sanubari pegawai pegawai ini!!

No comments: