Friday, July 24, 2009

JEPUN PUN NAK BUAT FRIENDLY BANYAK2

Sila baca artikel Utusan hari ni di bawah ini, aku tak mau komen banyak2 sebab dah banyak aku tulis pasal pentingnya friendly matches untuk pasukan kebangsaan. Sendiri Mau Ingat:

Jepun padatkan perlawanan bola sepak
TOKYO - Jepun berhasrat untuk memadatkan program pasukan bola sepak sebanyak mungkin dengan perlawanan peringkat tertinggi sebelum bermulanya Piala Dunia tahun depan dan sibuk menghadapi jadual perlawanan Piala Asia.

Perlawanan kelayakan Jepun menentang Hong Kong telah ditukar daripada 14 November kepada 8 Oktober.

Sehubungan itu jurulatih Jepun, Takeshi Okada berharap dapat membariskan beberapa perlawanan tambahan menentang salah sebuah pasukan terbaik dunia.

Okada telah merangka perlawanan pemanas badan sempena Piala Dunia iaitu menentang Belanda, Scotland, Ghana dan Togo.

Selain itu, dia juga mahu menggunakan perlawanan rasmi FIFA pada 14 November ini untuk bertemu satu lagi pasukan terbaik dunia.

Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) semalam berkata, pasukan lawan masih belum diputuskan, meskipun Okada mahu pasukan bimbingannya beraksi dengan juara Eropah, Sepanyol dan penyandang Piala Dunia, Itali.

Pasukan yang dikenali sebagai 'Samurai Biru' akan menentang Belanda pada 5 September, sebelum bertemu Ghana empat hari selepas itu.

Dua perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada program kem latihan pasukan yang diadakan di Belanda.

Jepun akan melayan Scotland pada 10 Oktober ini di Yokohama dan empat hari selepas itu, pasukan kebangsaan itu menentang Togo di Oita untuk kejohanan Piala Kirin yang melibatkan tiga pasukan.

Pasukan kebangsaan Jepun telah pun mengesahkan tempat untuk beraksi Piala Dunia 2010
di Afrika Selatan dan Belanda juga telah melayakkan diri. - REUTERS

No comments: