Tuesday, July 14, 2009

DAH AKU KABARKAN


Awal2 aku dah kabarkan dalam blog aku ini, hoki akan merosot di bawah pimpinan Presiden baru. Nah kau, hari in MSN dah menegur Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) di atas kegagalan di Piala Cabaran Juara Juara II kerana kejohanan ini merupakan kejohanan kelas 2. Kita tewas kepada negara2 yg baru belajar bermain hoki iaitu Ireland dan Perancis. Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di negara sendiri pun kita tersingkir di pusingan awal. Sebagaimana yang aku nyatakan, sukan Malaysia tidak memerlukan pembabitan kerabat diraja kerana sudah terbukti kegagalan kerabat ini di dalam mengendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia dan Persatuan Bolasepak Pahang. Kita perlukan Presiden persatuan yang dinamik bukan individu yang telah terbukti kegagalannya. Oleh itu, untuk mengelakkan sukan di Malaysia menuju kehancuran dan mengelakkan penghormatan rakyat kepada golongan ini terhakis akibat kegagalan demi kegagalan dalam sebarang bidang sukan, golongan kerabat diraja eloklah melepaskan tampuk kepimpinan persatuan kepada golongan professional dan bukan kepada pemimpin politik.

No comments: