Sunday, August 2, 2009

BUKA KEMBALI PENGAMBILAN PEMAIN IMPORT

FAM diminta membenarkan semula pengambilan pemain import utk Liga Malaysia. Kita boleh melihat bahawa tanpa pemain impot pasukan2 di Liga Malaysia tidak dapat bersaing walaupun di peringkat AFC Cup. Semua negara di Asia maupun mana2 negara di dunia, liga tempatannya membenarkan pemain impot. Setkan peraturan terhadap pengambilan pemain impot, contohnya :
1) Hanya 2 pemain impot bagi setiap negeri ( seperti peraturan terdahulu )
2) Pemain impot mestilah berusia di bawah 30 tahun ( untuk mengelakkan pengambilan pemain2 impot pencen )
3) Hanya pasukan di Liga Super dan Liga Perdana sahaja dibenarkan mengambil pemain impot.
4) Pasukan2 yang hendakkan pemain impot,, perlu mengemukakan 6 bulan deposit bersamaan 6 bulan gaji pemain impot tersebut kepada FAM untuk mengelakkan pasukan2 yg mempunyai masalah kewangan terhegeh2 nakkan pemain impot juga.
5) Pasukan seperti Melaka, Pahang, Perlis yang tahap kewangannya memang tenat, ditegah mengambil pemain impot kecuali kesemua tunggakan gaji pemain di lunas.

Dengan cara ini kita akan merancakkan kembali saingan Liga Malaysia yang mana pasukan2 atau kelab2 yang mampu akan berubah wajah dan dengan cara ini kita dapat mengehadkan jumlah pasukan di Liga Super.

No comments: