Tuesday, August 4, 2009

FAM patut ikut jejak Argentina FA - Gantung Liga Malaysia

Argentina FA selaku salah satu gergasi bolasepak dunia menggantung liga mereka akibat masalah kewangan kelab2 gabungannya. Baca artikel di bawah ini, petikan dari Berita Harian hari ini :

Argentina gantung musim baru bola sepak

BUENOS AIRES: Permulaan musim baru bola sepak Argentina digantung ketika badan induk negara itu mencari penyelesaian kepada masalah hutang besar yang ditanggung kelab.

“Jawatankuasa eksekutif AFA (Persatuan Bola Sepak Argentina) sebulat suara malam ini memutuskan semua kejohanan dalam semua kategori tidak patut bermula pada tarikh yang ditetapkan," menurut kenyataan yang disiarkan laman web AFA (www.afa.org.ar).

Ia menyatakan AFA perlu mencari penyelesaian mutlak kepada masalah hutang kelab.

Beberapa jam sebelum itu, Presiden AFA, Julio Grondona, mengadakan perbincangan dengan ketua pegawai percukaian kerajaan, Ricardo Echegaray, dan Ketua Setiausaha Kesatuan Pemain, Futbolistas Argentinos Agremiados (FAA), Sergio Marchi. - Reuters

Adakah FAM berani bertindak demikian sedangkan sebagaimana kenyataan FAM semalam bahawa negeri2 dan kelab berhutang hampir RM 10 juta tunggakan gaji pemain dan KWSP? Sepatutnya FAM mengambil langkah berani dengan menggantung persatuan2 yang bermasalah ini dari menyertai Piala Malaysia tahun ini bukan meletakkan 31 Oktober tahun ini sebagai tarikh akhir untuk persatuan2 ini melangsaikan hutang2.

Tidak perlu dengan merombak Liga Super atau Liga Perdana semata2 menurut kemahuan Persatuan2 Bolasepak Negeri. Liga Super sepatutnya menjadi satu liga elit negara kita bebas dari masalah tidak kira yang menyertainya pasukan negeri mahupun kelab.
Dengan adanya Liga Elit ini maka FAM boleh menjadikannya sebagai satu liga yg berprestij sekurang2nya top 5 di kalangan liga di Asia walaupun hanya 10 pasukan mengambil bahagian.

Antara yang berpotensi dan berkemampuan menyertai Liga Super ialah Johor FC, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu. Kelab yang berpotensi adalah KM Kuala Muda, T Team, KL Plus dan PKNS FC. Lupakanlah negeri2 yang bermasalah. Letakkan negeri2 ini di Liga Perdana ataupun FAM sahaja. FAM kena berani melakukan perubahan demi kepentingan bolasepak negara.

No comments: