Thursday, July 23, 2009

LIVERPOOL 1 THAILAND 1


Semalam aku menonton perlawanan antara Thailand dan Liverpool di saluran Al Jazeera yang berkesudahan seri 1-1. Fernando Torres masuk 10 minit terakhir sahaja dan perlawanan berlangsung di dalam hujan lebat di separuh masa kedua. Aku tabik keadaan padang di stadium itu kerana walaupun hujan lebat, keadaan padang tidak berlopak langsung, andaikata jika camera tidak menghala ke atas bumbung dan penonton2 di stadium, penonton di rumah tidak akan tahu bahawa hujan sedang lebat di stadium.

Aku tahu keadaan stadium ini kerana pada tahun 2007 sewaktu pembukaan Piala Asia perlawanan di antara Thailand dan Iraq juga berlangsung di dalam keadaan hujan lebat tapi keadaan padang perfect. Perbandanan Stadium Nasional kita atau pihak2 berwajib samada Kementerian Belia dan Sukan, JKR patut mengkaji sistem pengairan di bawah padang di stadium itu. Jika di negara kita hujan sedikit pun , padang Stadium Shah Alam maupun Stadium Nasional dah macam sawah padi. Tu tak kira stadium2 lain di negara kita.

Walaubagaimanapun, itu bukan topik yang aku hendak katakan. Yang aku nak coret kali ini ialah pasukan Thailand sendiri. Pemainan Thailand mahupun Liverpool tidaklah menarik perhatian aku, cuma yang aku boleh simpulkan di sini ialah:

1) Pasukan Thailand bermain agak pantas, taktikal yang menarik dengan corak attacking football dan short pass dan one touch football, Malah gol Thailand dijaringkan melalui one touch dan 1-2 yang melepasi 3 pertahanan Liverpool. Tiada bola tinggi.

2) Di latih oleh sekumpulan jurulatih Mat Salleh yang aku tak tahu namanya. Thailand sejak di latih oleh Peter Withe, telah meninggalkan kita jauh. Bukan bermakna jurulatih luar itu bagus, tetapi itu hakikatnya. Mereka lebih advance dari segi sports science, taktikal, bijak membaca permainan. tetapi kita perlu jurulatih luar yang berkaliber dan mempunyai track record yang bagus.

3) Susuk tubuh pemain Thailand yang besar dan aggresif dan sentiasa mengejar bola.

Kalau tak kena gaya, dan skuad Rajagobal masih terawang-awang dibuai pujian, kita akan kena 3-0 sekali lagi dengan Thailand di Sukan Sea sebagaimana di Piala AFF Suzuki tahun lepas. FAM perlu memperbanyakkan perlawanan persahabatan berkualiti tinggi utk pasukan negara.

2 comments:

redzai said...

coach thai siam sekarang adalah peter reid. ex-everton dan england player.main dalam 1986 world cup.juga pernah coach manchester city dalam premier league

CAKAP2BOLA said...

Terima kasih redzai. Maknanya thailand sentiasa mendapatkan jurulatih yg berkaliber dan mempunyai track record yg bagus. FAM main tangkap muat, last sekali Berthalan Bisckei yang kita pun tak tahu asal usul si Hungarian ini. Rupa2nya bekas jurulatih penjaga gol...