Seperti dijangka Pestabola batal. Alasan yang sama sewaktu pembatalan Piala Antara Benua - selsema babi. Kalau jadi organize pun, rasa2nya team cap ayam yang akan dijemput oleh FAM. Lepas tu menjelang perlawanan dengan MU, hanya 2 perlawanan dengan Liberia sahaja akan di adakan. Pasukan lain tak dapat dijemput kononnya. Inilah akibat sikap sambil lewa FAM. Arrangement dengan MU ni bukan dibuat sehari dua, dah setahun dah, tapi pegawai2 FAM dok berkhayal je..macam artikel aku sebelum ni, negara2 lain mengaturkan perlawanan persahabatan setahun awal dan masukkan ke dalam kalendar FIFA maupun AFC tapi FAM...hampehhh...berkhayal sahaja dan boleh dikatakan gila glamour. Aku tak mau pertikaikan keupayaan Liberia, sebab bekas pemain terbaik dunia tahun 80an George Weah (ke 90an...lupalah ) datang dari situ. Yang aku boleh gerenti, team afrika ni bila datang ke sini mesti makan angin punya...tak main betul2. Mana perginya rancangan nak friendly dengan Qatar...hangat2 tahi ayam...sudahlah FAM...sudah tiba masanya semua pegawai2 dan EXCO berundur.
servis kete
1 week ago
1 comment:
Dah tukar dah lawan Syria pulak....
Post a Comment