Wednesday, July 8, 2009

FAM BUAT LAWAK LAGI - JOKE OF THE DAY!!

Kali ini biar aku tulis kasar sikit pasal FAM ni. Aku rasa FAM ingat peminat-peminat sukan bolasepak ni bodoh sangat macam mereka ke. Kali ini keputusan terbaru FAM tentang artikel di bawah yang tersiar di dalam Kosmo hari ini benar2 menyerlahkan KEBODOHAN mereka. Nampak sangat sifat AMPU yang amat sangat. Adakah statement yang dikeluarkan hari ini mengatakan bahawa Presiden sesebuah Kelab atau FA yang menarik diri dari saingan anjuran FAM tidak boleh dikenakan tindakan.Yang dikenakan tindakan penggantungan adalah pengurus, jurulatih dan pemain2!! Aku tak tahu kenapalah FAM ni bodoh yang amat sangat. Pemain2 mahupun jurulatih memang nak main, depa ni tak mau tarik diri, walaupun gaji tak bayar berbulan2!! Yang buat keputusan ialah Presiden Kelab dan EXCO! Ish..marah betul aku kat EXCO FAM ni...Mentang2lah MyTeam tu Presiden kelab ialah KJ menantu Pak Lah dan Ketua Pemuda UMNO maka dia boleh terlepas. Habis tu yg bagi statement nak tarik diri tu siapa?? Pemain2 ke ? atau Kitman kelab? Kalau aku nak tulis banyak2 pun makin bertambah dosa aku lagi baik satu je conclusion aku . CAMNELAH BOLA KITA NAK MAJU, SELAGI FAM DITERAJUI OLEH PEGAWAI2 YANG TAK ADA AKAL....Nah kita baca sama2 artikel Kosmo hari ni

SAH, presiden sesebuah kelab tak terlibat andai pasukan atau kelab pimpinannya digantung. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam tampil dengan kenyataan bagi mengesahkan bahawa hanya pegawai dan pemain yang berdaftar akan dikenakan tindakan sekiranya sesebuah pasukan atau kelab bertindak untuk menarik diri daripada pertandingan yang dianjurkan badan induk bola sepak negara itu.
FAM mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Kosmo! kelmarin melaporkan bahawa kedudukan Presiden UPB-MyTeam, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Timbalan Presiden FAM akan terjejas sekiranya UPB-MyTeam meneruskan hasrat untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009 yang akan bermula 26 September depan.
“Tindakan kepada UPB-MyTeam hanyalah melibatkan pegawai dan pemain yang berdaftar.
“Pegawai-pegawai tertinggi FAM iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak boleh didaftarkan dalam mana-mana pasukan yang menyertai Liga Malaysia,” kata kenyataan FAM yang dikirimkan menerusi e-mel semalam.
Namun persoalannya, mengapa hanya pegawai yang berdaftar iaitu pengurus pasukan, barisan jurulatih, fisioterapi, pentadbir pasukan dan juga pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pegawai tertinggi kelab atau pasukan pula terlepas begitu saja.
“Inilah ketetapan yang dibuat oleh FAM, hanya pegawai dan pemain yang didaftarkan saja akan dikenakan tindakan. Adakah pegawai yang terdiri daripada pengurus, jurulatih dan fisioterapi yang buat keputusan untuk menarik diri?
“Sudah pasti keputusan atau pendirian terakhir kelab akan dibuat oleh pengurusan tertinggi. Jadi kenapa individu yang bekerja makan gaji ini pula yang perlu dihukum FAM?
“Secara kasarnya, kalau UPB-MyTeam tetap menarik diri daripada Piala Malaysia, pengurus pasukan, barisan jurulatih, fisioterapi, pentadbir pasukan dan juga pemain boleh dikenakan penggantungan tiga tahun daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. Adakah ini yang dikatakan adil?” kata satu sumber terdekat UPB-MyTeam kepada Kosmo! semalam.
“Andaikan pasukan Terengganu ada masalah kewangan dan terpaksa tarik diri, Sudah pasti presiden mereka iaitu Datuk Che Mat yang akan buat keputusan,” kata sumber itu lagi.
Justeru sumber itu berharap FAM dapat membenarkan UPB-MyTeam meminjamkan pemain-pemain skuad Liga Super mereka kepada pasukan lain pada Piala Malaysia 2009 kerana kelab itu sudah tidak mampu membayar gaji pemain yang sudah hampir tiga bulan tertunggak.
“Jika FAM benarkan kami pinjamkan pemain, kami boleh guna pemain-pemain Piala Presiden untuk terus mengharungi saingan Piala Malaysia. Jadi, masalah atau isu penarikan diri ini boleh diselesaikan dengan cara baik,” katany

3 comments:

redzai said...

depa run FAM ni macam kedai runcit sajalah......

mamak manage restoran lagi baik dari puak2 depa ni...

CAKAP2BOLA said...

hahaha betul tu....tu sebab makni hancur bola

leman said...

suruh depa urus kepala konek jer....tupun kna pakai BOMOH atau VIAGRA.....besorkan telor je...ptui....