Thursday, July 30, 2009

MELAKA FA MEMANG PATUT DISINGKIRKAN DARI LIGA MALAYSIA


Ada ke patut Melaka FA nak panggil pemain2 pencen macam Azman Adnan, Shahrin Majid, Azizul Abu Haniffah main untuk mereka. Dia ingat ini Liga veteran kebangsaan ke? Nak kata bodoh, memang bodoh, dari ambik pemain2 pencen ni lagi baik dia ambik pemain2 sekolah je wakili Melaka. Setiap tahun Melakalah antara pasukan yang memang tak bayar gaji pemain. Mesti ada tertunggak. Rasanya eloklah Melaka FA ni disingkirkan terus dari Liga Malaysia sebab takde faedahnya menanggung biawak hidup. Melaka FA ini ibarat kanser tahap ke empat.Kesian pemain2 berbakat dari Melaka, dahulu pada tahun 80an Melaka antara pasukan yang digeruni. Sewaktu itu Melaka FA diterajui oleh Ketua Menteri yang bernama Datuk Adib Adam, beliaulah yang berupaya melakukan transformed kepada pasukan Melaka hinggakan pada tahun 1983 Melaka berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia. Pencapaian terbaik buat Melaka sehingga ke hari ini. Pemain2 Melaka yg bermain untuk negeri2 lain dibawa balik oleh Adib Adam untuk memperkuatkan pasukan negeri antaranya Soh Chin Aun, Torairaju, Ramli Junit dll. Tapi bila Adib Adam melepaskan jawatan, maka berlakulah kemerosotan kepada skuad Melaka yang nyata dipegang oleh orang2 yang tidak berpengetahuan tentang bolasepak. Inilah salah satu kemerosotan skuad negara!!

Sunday, July 26, 2009

SELAGI KEPIMPINAN FAM TIDAK BERUBAH SELAGI ITULAH FORMAT LIGA MALAYSIA BERUBAH2

Satu artikel yang bagus di bawah ini dari Ruangan Sukan di akhbar Kosmo hari ini. Tiada komen dari aku kerana satu Malaya dah tahu perangai FAM ini. Selagi kepimpinan FAM tidak berubah, selagi itulah format Liga Malaysia akan berubah2 dan jangan harapkan prestasi pasukan Malaysia akan berubah menjadi lebih bagus. Ibarat mimpi di siang hari.

FAM selamatkan Pahang lagi?


MALAM kelmarin, satu sejarah telah tercipta di Stadium Shah Alam.

Bukan kerana Selangor muncul juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga semi-pro diperkenalkan pada 1989.

Kekalahan 1-5 kepada Selangor malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.

Secara automatik, dua pasukan tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.

Namun, pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan format Liga Malaysia dirombak musim depan.

Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.

Kenapa perlu diubah format liga yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?

Jika masalah kewangan pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi menyele- saikan masalah kewangan tersebut.

Tindakan mahu mengubah format liga musim depan sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan FAM ketika mereka menukar format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

Pada musim 2004, 2005 dan 2006, FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.

Alasan yang sama digunakan FAM ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006 itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya turun ke Liga Perdana musim 2007.

Disebabkan perubahan format baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi pada Liga Super format baru pada 2007.

Pada perlawanan playoff pertama iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di tempat lawan.

Namun, Pahang diberi peluang kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28 Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan agregat 4-3.

Menjelang perbincangan format baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA) negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.

Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.

Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.

Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas 'ihsan'

Friday, July 24, 2009

APA KATA KITA TUKAR FORMAT PESTABOLA MERDEKA??

Mungkin FAM mengalami kesukaran untuk membuat perlawanan persahabatan bertaraf kelas A untuk pasukan negara akibat ranking Malaysia yang teruk di dalam list FIFA. Itu hanya satu kemungkinan sahaja tetapi bila melihat list perlawanan persahabatan pasukan Indonesia mahupun Singapura, andaian itu mungkin tidak berasas kerana jika kedua2 negara jiran yang ranking lebihkurang kita boleh buat takkan kita tak boleh. Tepuk dada tanya selera. Tapi aku ingin juga memberi cadangan untuk FAM, kita tukar je format Pestabola Merdeka ini.

Caranya begini,skrg ini Pestabola Merdeka khusus untuk kejohanan antara negara2, nak sangat menang atau melihat Malaysia masuk final, FAM menjemput pasukan2 cikai. Daripada berterusan begini, kita buat Pestabola Merdeka ini sebagai kejohanan kelab2 sahaja.

Kita jemput kelab2 handalan Asia dari Jepun, Korea, Saudi, Iran contohnya FC Seoul dari Korea, Al Hilal dari Saudi, Hiroshima Antlers dari Jepun, manakala Juara Piala Malaysia mewakili negara. Tak perlu banyak pasukan, setakat 4 pasukan dah cukup. Sudah semestinya stadium penuh jika perlawanan di adakan contohnya di Alor Star kerana Kedah Juara Piala Malaysia.

Secara tak langsung bila standard kelab Malaysia meningkat sudah semestinya pasukan negara juga akan meningkat. Dengan ini juga satu perhargaan buat pasukan yang menjuarai Piala Malaysia. Mungkin mudah menjemput kelab2 handalan dari menjemput pasukan negara mereka. Jika FAM merasakan Pestabola penuh dengan nostalgia buat pasukan negara, anjurkan satu kejohanan khas untuk ini. Tidak salah mencubakan.

JEPUN PUN NAK BUAT FRIENDLY BANYAK2

Sila baca artikel Utusan hari ni di bawah ini, aku tak mau komen banyak2 sebab dah banyak aku tulis pasal pentingnya friendly matches untuk pasukan kebangsaan. Sendiri Mau Ingat:

Jepun padatkan perlawanan bola sepak
TOKYO - Jepun berhasrat untuk memadatkan program pasukan bola sepak sebanyak mungkin dengan perlawanan peringkat tertinggi sebelum bermulanya Piala Dunia tahun depan dan sibuk menghadapi jadual perlawanan Piala Asia.

Perlawanan kelayakan Jepun menentang Hong Kong telah ditukar daripada 14 November kepada 8 Oktober.

Sehubungan itu jurulatih Jepun, Takeshi Okada berharap dapat membariskan beberapa perlawanan tambahan menentang salah sebuah pasukan terbaik dunia.

Okada telah merangka perlawanan pemanas badan sempena Piala Dunia iaitu menentang Belanda, Scotland, Ghana dan Togo.

Selain itu, dia juga mahu menggunakan perlawanan rasmi FIFA pada 14 November ini untuk bertemu satu lagi pasukan terbaik dunia.

Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) semalam berkata, pasukan lawan masih belum diputuskan, meskipun Okada mahu pasukan bimbingannya beraksi dengan juara Eropah, Sepanyol dan penyandang Piala Dunia, Itali.

Pasukan yang dikenali sebagai 'Samurai Biru' akan menentang Belanda pada 5 September, sebelum bertemu Ghana empat hari selepas itu.

Dua perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada program kem latihan pasukan yang diadakan di Belanda.

Jepun akan melayan Scotland pada 10 Oktober ini di Yokohama dan empat hari selepas itu, pasukan kebangsaan itu menentang Togo di Oita untuk kejohanan Piala Kirin yang melibatkan tiga pasukan.

Pasukan kebangsaan Jepun telah pun mengesahkan tempat untuk beraksi Piala Dunia 2010
di Afrika Selatan dan Belanda juga telah melayakkan diri. - REUTERS

Thursday, July 23, 2009

FAM MEMANG BENAR2 LEMBAB!!

Sudah terbukti Persatuan Bolasepak Malaysia ni lembab !! Lembab segala2nya dan paling nyata dan terbukti ialah websitenya http://www.fam.org.my/ tak update. Pasukan bolasepak negara maupun nama jurulatih tak ditukar, masih Sathianathan lagi. Memang haprak betul FAM ni. Macam mana bola Malaysia nak maju, benda kecil macam website ni pun tak terjaga, apatah lagi nak fikir program2 skuad bolasepak negara. Cuba contohi web Singapore League ni http://www.sleague.com selalu update malah nama2 pemain dan detail pasukan pun ada. MEMANG FAM PERLUKAN PERUBAHAN. CUKUPLAH TU....

PERANCANGAN SKUAD THAILAND - WORLD CUP 2014


Bila aku diberitahu oleh blogger Redzai bahawa head coach Thailand ialah Peter Reid, terus aku taip nama ini untuk surf dan baca siapa mamat ini walaupun Redzai memberitahu serba sedikit background Peter Reid ini. Yang memeranjatkan aku ialah statement dari web ini http://en.wikipedia.org/wiki/Peter_Reid :

After an absence from management of nearly four years Reid became manager of Thailand in September 2008, having been linked with the position earlier in the year.[1][2] He signed a four-year contract with an aim of qualifying for the 2014 FIFA World Cup.[3] He admitted to not knowing much about Thai football, and refers to his players by squad numbers rather than their tongue-twisting Thai names. Reid said "I was surprised by the players' ability and I'm learning things about football I'd never have learnt in the Premier League, It's great for my football education. This is pure football and I love it."[4]

Reid's first assignment as the new national coach of Thailand, was to take part in the T&T Cup in Vietnam. A three team round robin tournament with hosts Vietnam and North Korea. Thailand beat North Korea in the first game of the tournament and then went on to draw with Vietnam to clinch the championship.[5] In March 2009


Background coach ini memang hebat, menjadi head coach kepada beberapa kelab EPL. Yang aku tabik kepada Persatuan Bolasepak Thailand ini ialah mengikat Peter Reid selama 4 tahun dan target utama utk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Bagaimana pula FAM ? Adakah target setakat Sukan Sea Laos sahaja ? Sebagaimana artikel2 aku terdahulu, kita perlukan jurulatih luar yang berkaliber. Apa kata kita minta Air Asia taja seorang jurulatih yang bagus untuk FAM contohnya Sven Goran Eriksson ke???

LIVERPOOL 1 THAILAND 1


Semalam aku menonton perlawanan antara Thailand dan Liverpool di saluran Al Jazeera yang berkesudahan seri 1-1. Fernando Torres masuk 10 minit terakhir sahaja dan perlawanan berlangsung di dalam hujan lebat di separuh masa kedua. Aku tabik keadaan padang di stadium itu kerana walaupun hujan lebat, keadaan padang tidak berlopak langsung, andaikata jika camera tidak menghala ke atas bumbung dan penonton2 di stadium, penonton di rumah tidak akan tahu bahawa hujan sedang lebat di stadium.

Aku tahu keadaan stadium ini kerana pada tahun 2007 sewaktu pembukaan Piala Asia perlawanan di antara Thailand dan Iraq juga berlangsung di dalam keadaan hujan lebat tapi keadaan padang perfect. Perbandanan Stadium Nasional kita atau pihak2 berwajib samada Kementerian Belia dan Sukan, JKR patut mengkaji sistem pengairan di bawah padang di stadium itu. Jika di negara kita hujan sedikit pun , padang Stadium Shah Alam maupun Stadium Nasional dah macam sawah padi. Tu tak kira stadium2 lain di negara kita.

Walaubagaimanapun, itu bukan topik yang aku hendak katakan. Yang aku nak coret kali ini ialah pasukan Thailand sendiri. Pemainan Thailand mahupun Liverpool tidaklah menarik perhatian aku, cuma yang aku boleh simpulkan di sini ialah:

1) Pasukan Thailand bermain agak pantas, taktikal yang menarik dengan corak attacking football dan short pass dan one touch football, Malah gol Thailand dijaringkan melalui one touch dan 1-2 yang melepasi 3 pertahanan Liverpool. Tiada bola tinggi.

2) Di latih oleh sekumpulan jurulatih Mat Salleh yang aku tak tahu namanya. Thailand sejak di latih oleh Peter Withe, telah meninggalkan kita jauh. Bukan bermakna jurulatih luar itu bagus, tetapi itu hakikatnya. Mereka lebih advance dari segi sports science, taktikal, bijak membaca permainan. tetapi kita perlu jurulatih luar yang berkaliber dan mempunyai track record yang bagus.

3) Susuk tubuh pemain Thailand yang besar dan aggresif dan sentiasa mengejar bola.

Kalau tak kena gaya, dan skuad Rajagobal masih terawang-awang dibuai pujian, kita akan kena 3-0 sekali lagi dengan Thailand di Sukan Sea sebagaimana di Piala AFF Suzuki tahun lepas. FAM perlu memperbanyakkan perlawanan persahabatan berkualiti tinggi utk pasukan negara.

Monday, July 20, 2009

2nd GAME : MU 2 MALAYSIA 0


Secara jujurnya ada sinar untuk Malaysia bila melihat budak2 ni bermain tadi. Walaupun pasukan Malaysia ini boleh dikatakan skuad bawah 23 tapi mereka begitu yakin dan tidak gementar melawan lawan yang lebih ternama. Dengan corak short pass dan one touch football, ditambah dengan kepantasan skuad ini boleh pergi jauh. Cuma kita perlukan jurulatih yang lebih berwibawa untuk terapkan taktikal yang lebih bagus. Tidak menafikan keupayaaan Rajagobal dan tahniah patut diucapkan kepada beliau kerana berjaya menilai bakat2 muda tanahair ini. Terus terang ramai yang tidak mengenali pemain2 Malaysia ini kecuali nama2 seperti Amri Yahyah, Indra Putra dan Norhafiz Zamani Misbah. Kita perlukan jurulatih luar demi untuk menggilap bakat2 ini dengan pendedahan perlawanan persahabatan yang berkualiti dan bertaraf A. Tidak salah untuk Rajagobal menjadi pembantu jurulatih kepada jurulatih impot. Mana tahu mungkin Scolari berminat untuk melatih Malaysia kerana kontraknya di kelab Uzbeikstan pun kontrak jangka pendek.....

SKUAD BAWAH 23 RAJAGOBAL PERLU MERENUNG SEJARAH


Beberapa jam lagi akan bermula sepakmula perlawanan kedua antara MU dengan Malaysia. Walau apapun keputusan nanti, samada akan berlaku kejutan, atau sebagaimana keputusan perlawanan pertama, atau gawang Malaysia bolos dengan banyaknya, itu tidak menjadi persoalan. Yang paling penting sekarang adakah skuad Rajagobal sekarang ini menjadi skuad kebangsaan selain dari tugas utama untuk ke Sukan Sea di Laos?

Perkara dan cara yang sama pernah berlaku pada skuad kendalian Allan Harris yang mana antara pemain2nya adalah Indra Putra, Akmal Rizal, Norhafiz Zamani Misbah adalah merupakan skuad bawah 23 tahun yang pada pengamatan peminat mempunyai potensi untuk menggegar Asia ketika itu.

Pada tahun 2001 skuad ini sebelum bertarung di Sukan Sea melalui beberapa siri persahabatan dan juga Kejohanan Pestabola Merdeka yang ketika itu disertai oleh antaranya Slovakia, Bahrain, Uzbekistan, Bosnia yang menghantar pasukan utama mereka .Di kejohanan Sukan Sea di Kuala Lumpur 2001 skuad ini cemerlang cuma tewas di perlawanan akhir dengan Thailand akibat kesilapan bodoh penjaga gol ketika itu Kamaruzaman Hassan. Ketika itulah kita lihat Stadium Shah Alam penuh dengan peminat yang tidak henti2 menyokong pasukan kebangsaan, dengan lagu Jalur Gemilang, mexican wave dan lain2 lagi.

Skuad ini juga dihantar ke Kejohanan Piala Tiger 2002 dan membelasah Singapura 4-0, dan Thailand 3-1 di Singapura malangnya tewas di separuh akhir dengan pasukan tuanrumah Indonesia 1-0 . Ketika itu Singapura dan Indonesia merupakan tuanrumah bersama.Skuad ini juga dihantar ke Sukan Asia di Busan 2002 tewas pusingan awal yang mana Malaysia diletakkan bersama tuanrumah Korea. Korea ketika itu baru sahaja mendapat tempat ke 4 di Piala Dunia.

Skuad ini juga mara ke Pusingan Akhir Kelayakan Pra Olimpik bertarung dengan Iran dan China.Ketika itu sudah mula FAM tidak mendedahkan skuad ini ke perlawanan persahabatan bertaraf tinggi. Tiada kajian terhadap pasukan Iran maupun China, walaupun pasukan Iran berkampung di Singapura dan melakukan persahabatan dengan pasukan Singapura.

Selepas tewas di separuh akhir Sukan Sea 2003 di tangan pasukan tuan rumah Vietnam, akibat tiada pendedahan, maka jurulatih negara Alan Harris dipecat. Selepas itulah skuad negara tiada haluan dengan bertukar2 jurulatih dari Berthalan Bisckei, Norizan Sharif, Sathianathan dan kini Rajagobal. Seolah2 ada unsur2 sabotaj terhadap pasukan 2001-2003 di bawah kendalian Allan Harris.Mungkin ada tangan2 yang tidak senang melihat cara Allan Harris ini. Ini juga berlaku kepada jurulatih terdahulu Claude Le Roy yang terpaksa memulakan skuad kebangsaan daripada kosong kerana hampir semua pemain2 yang hebat2 ditangkap akibat rasuah.

Allan Harris seperti juga Claude Le Roy mengamalkan corak permainan pantas yang diamalkan dalam bolasepak moden, yang menyebabkan kekalahan besar pasukan2 Asia Tenggara di tangan Malaysia pada tahun 2002 itu. Kita tidak mau nasib serupa dengan skuad Rajagobal ini. Cakap2Bola bersetuju dengan kenyataan Rajagobal bahawa kita memerlukan 3-4 tahun untuk melihat skuad ini berjaya dan yang paling penting.....perlunya pendedahan dan perlawanan persahabatan yang konsisten dengan pasukan2 handalan bukannya pasukan cap ayam....Semuga ada sinar untuk bolasepak kita...

Saturday, July 18, 2009

MU BERJUMPA MALAYSIA SEKALI LAGI


Manchester United bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan dengan Malaysia pada hari Isnin 20hb Julai ini jam 8.45 malam setelah perlawanan dengan Indonesia dibatalkan. Peluang sekali lagi untuk peminat2 bolasepak menyaksikan perlawanan membabitkan MU. Sudah tentunya MU akan bermain bersungguh2 dan Malaysia akan menghadapi kesukaran untuk menyaingi MU. Adakah keputusan perlawanan tadi akan berulang ataupun kali ini gawang Malaysia ditembusi banyak kali. Kita lihat nanti. Semuga semangat juang Malaysia dan mengikiskan rasa hormat kepada MU berada di sanubari setiap pemain2 kita. Walaubagaimanapun rasanya serangan bertali arus dari MU akan muncul kerana mereka sudah membaca keupayaan Malaysia ditambah lagi masa yang cukup untuk berehat. Website rasmi MU juga memberitahu bahawa skuad Malaysia ini tiada pengalaman dan hanya 4 pemain sahaja berusia di atas 23 tahun.

MU 3 MALAYSIA 2




Satu keputusan yang bagus dan hampir2 berkesudahan seri. Walaupun Manchester mungkin hanya menganggap sebagai latihan sahaja tetapi yang paling penting semangat melawan dan keupayaan membolosi gawang kelab terhandal dan paling kaya di dunia. Kita tidak mahu selepas perlawanan ini tiada lagi siri perlawanan persahabatan kelas A untuk pasukan kebangsaan. Ini terjadi kepada skuad Alan Harris yg hanya melawan Brazil dan MU pada tahun 2002 manakala skuad B Sathianathan selepas tewas di tangan Chelsea pada tahun 2008 langsung tiada perlawanan persahabatan dengan pasukan2 kuat. Skuad kendalian Norizan Bakar hanya friendly dengan New Zealand sahaja. Kita harus ingat dan belajar dari kesilapan bahawa untuk mengukuhkan pasukan muda ini FAM perlu sekurang2nya 1 perlawanan persahabatan setiap bulan dengan pasukan2 handalan sekurang2nya peringkat Asia. Malah Korea Selatan sendiri mahukan perlawanan persahabatan dengan pasukan bertaraf dunia dan bukan lagi bertaraf Asia. Iran dalam post mortemnya akibat kegagalan skuadnya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010, merumuskan bahawa kurangnya perlawanan persahabatan yang berkualiti menjuruskan kepada kegagalan mereka. Ayuh FAM, jangan hanya berbangga dengan kekalahan tipis 3-2 ini, kekalkan moral pemain, aturkan lebih banyak perlawanan persahabatan contohnya dengan negara2 Arab malah FAM boleh meminta Oman selaku Juara Piala Negara2 Teluk yang dibawah kendalian bekas jurulatih Malaysia Claude Le Roy untuk sesi persahabatan. Lupakan target Sukan Sea yang tak ke mana, kita perlu sasarkan ke taraf Asia sekarang ini. Bilamana target kita di peringkat Asia, mudah bagi kita menggapai sasaran Asia Tenggara ini.

Friday, July 17, 2009

Persatuan Bolasepak Indonesia (PBSI ) patut dipuji

Bila MU membatalkan perlawanan persahabatan dengan di Indonesia akibat pengeboman Hotel Marriot di Jakarta hari ini, PBSI terus mencadangkan agar perlawanan ini diteruskan dengan bermain di Kuala Lumpur sahaja pada tarikh asal. Bermakna peminat di Malaysia berpeluang menonton perlawanan melibatkan MU 2 kali jika cadangan ini diterima. Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan, tetapi bila membaca web bolasepak Indonesia ini http://www.tempointeraktif.com/hg/sepakbola/2009/07/17/brk,20090717-187813,id.html aku jadi kagum pada PBSI kerana mengatur perlawanan2 persahabatan yang berkualiti untuk pasukan kebangsaannya. Selain bertemu MU, mereka akan bertemu pasukan Arab saudi dan Iraq pada bulan August ini. Mereka juga akan bertemu pasukan China sebagaimana ditulis dalam artikel di blog ini sebelum ini. Kita lihat PBSI mengatur perlawanan yang berkualiti dengan gergasi2 Asia. Tapi FAM , tiada perancangan langsung!!Pasukan negara juga dijadualkan bertemu 2 kali dengan Indonesia di jakarta pada bulan ini juga. Itupun nasib baik timnas Indonesia sudi buat friendly dengan kita. Tapi lepas lawan Indon ni, apa lagi perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan kita?? Come on FAM, kalau PBSI boleh buat, kita pun boleh. Mungkin FAM lebih gemar sekarang ini menjemput pasukan dari benua Afrika, walaupun ditipu oleh Zimbawe. Mungkin sebagaimana diperkatakan ada sesuatu yang tidak kena pada FAM ini...mungkin ada kepentingan peribadi...wallahualam....

Thursday, July 16, 2009

BERAPA GOL YANG MALAYSIA BOLOS 18 JULAI INI?


Tarikh 18hb Julai ini adalah tarikh yang dinanti2kan oleh peminat bolasepak tanahair. Malaysia akan menentang Manchester United (MU). Rasanya akan ramai penonton2 yang memakai baju berwarna merah berbanding yang berbaju kuning atau biru. Ramai juga yang akan menyokong MU tetapi andaikata pasukan Malaysia bermain dengan baik, cantik dan teratur tidak mustahil penonton2 tempatan MU akan menyokong pasukan kebangsaan. Ini pernah terjadi dahulu apabila pasukan Malaysia bertemu Brazil pada tahun 2002. Pada separuh masa pertama Malaysia mengikat Brazil 0-0 walaupun akhirnya kalah 4-0. Jika USA boleh mengalahkan Spain, dan Egypt boleh mengalahkan Italy...tidak mustahil Malaysia boleh berbuat begitu cuma terus terang dikatakan memang mustahil. Di hati peminat ketika ini hanya menunggu berapakah jumlah gol yang akan dijaringkan oleh MU. 2002 MU belasah Malaysia 6-0, belasah Singapura 8-1. Tahun ini adakah akan lebih lagi gawang Malaysia dibolosi...kita tunggu

MALAYSIA JOHAN BADMINTON REMAJA ASIA...BILA PULA BOLASEPAK NAK JADI JUARA

gambar dipetik dari Utusan Online.

Tahniah Persatuan Badminton Malaysia kerana menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Asia semalam dengan mengalahkan China 3-1. Tetapi kena ingat Kejohanan Asia utk badminton adalah sama taraf dengan Kejohanan Dunia kerana gergasi-gergasi badminton dunia adalah dari Asia. Program2 badminton menampakkan hasil kerana barisan pelapis yang sentiasa bersedia. Mengapa badminton boleh berjaya dan sentiasa mengekalkan prestasi berbanding bolasepak, hoki maupun sepaktraw? Jawapannya adalah mudah ...sebagaimana artikel di dalam blog ini dahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diterajui oleh golongan professional dan korporat yang dinamik manakala persatuan2 yang disebut tadi dikuasai oleh golongan politik dan kerabat diraja....

Tuesday, July 14, 2009

DAH AKU KABARKAN


Awal2 aku dah kabarkan dalam blog aku ini, hoki akan merosot di bawah pimpinan Presiden baru. Nah kau, hari in MSN dah menegur Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) di atas kegagalan di Piala Cabaran Juara Juara II kerana kejohanan ini merupakan kejohanan kelas 2. Kita tewas kepada negara2 yg baru belajar bermain hoki iaitu Ireland dan Perancis. Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di negara sendiri pun kita tersingkir di pusingan awal. Sebagaimana yang aku nyatakan, sukan Malaysia tidak memerlukan pembabitan kerabat diraja kerana sudah terbukti kegagalan kerabat ini di dalam mengendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia dan Persatuan Bolasepak Pahang. Kita perlukan Presiden persatuan yang dinamik bukan individu yang telah terbukti kegagalannya. Oleh itu, untuk mengelakkan sukan di Malaysia menuju kehancuran dan mengelakkan penghormatan rakyat kepada golongan ini terhakis akibat kegagalan demi kegagalan dalam sebarang bidang sukan, golongan kerabat diraja eloklah melepaskan tampuk kepimpinan persatuan kepada golongan professional dan bukan kepada pemimpin politik.

Monday, July 13, 2009

FAM KENA TIPU DENGAN ZIMBABWE


Foto dari Utusan hari ini

FAM kena tipu dengan Zimbabwe! Zimbabwe bukan hantar pasukan utama melawan Malaysia semalam tetapi menghantar pasukan kelab sahaja!! Kelab itu bernama Monoma Tapa United menurut kata Utusan Malaysia hari ini. Inilah gara2 tiada perancangan. Konon2 membatalkan perlawanan dengan Liberia dengan alasan Liberia bukan menurunkan skuad utama, alih2 dengan Zimbabwe, lagi teruk, hanya pasukan kelab sahaja yang dihantar. Silap2 kelab divisyen berapa yang dihantarnya. FAM tak semak ke senarai pemain2 pasukan Zimbabwe itu? Kalau pasukan Liberia, boleh disemak kenapa tidak pasukan Zimbabwe? Tak sampai 5 minit untuk menyemak, surf lah kat internet dapatlah senarai penuh nama pemain. Menang 4-0 pun bukan alasan untuk berbangga jika lawan hanyalah taraf kelab sahaja. Kalau kelab EPL boleh dibangga. Siapalah punya kepala di dalam FAM ini yang menjemput Zimbabwe ini, atau ada kepentingan peribadi yang peminat2 tidak tahu. Semuga dijauhkan. Kalau taraf macam nilah, lagi baik ajak Selangor sahaja friendly dgn skuad kebangsaan. FAM...FAM...tak pernah sedar atau buat2 tak sedar...
Petikan dari Utusan hari ini:
Namun desas-desus bertiup kencang malam tadi di mana Zimbabwe tidak menurunkan para pemain skuad kebangsaan sebaliknya hanya menawarkan pemain berstatus kelab untuk beraksi menentang kesebelasan utama negara.
Jika ini merupakan kenyataan, mungkin kegembiraan membenam mereka 4-0 perlu dihentikan seketika dan mula memikirkan adakah pemain negara layak meraikan kejayaan itu?
Difahamkan skuad bimbingan K. Rajagobal hanya menentang sebuah kelab yang dikenali sebagai Monomo Tapa United di mana hampir keseluruhan yang diturunkan merupakan pemain kelab berkenaan.

Friday, July 10, 2009

National Junior Community League Malaysia

PKNS FC melawan Astaka FC ( Jepun ) foto dipetik dari web http://www.jrleague-malaysia.com/


Sememangnya kita mempunyai bakat-bakat bolasepak yang banyak di kalangan anak anak kita. Kebanyakannya didedahkan semenjak usia 5 tahun di kelab-kelab bolasepak sebagaimana artikel terdahulu di dalam blog ini. Sekarang ini berlangsung National Junior Community League untuk pasukan bawah 11 tahun. Perlawanan liga ini boleh di layari di laman web http://www.jrleague-malaysia.com/. Sebanyak 24 pasukan bawah 11 tahun sedang bersaing di dalam Liga ini antaranya Akademi Bolasepak PKNS FC, MBPJ, PNSB FC, Shah Alam FC, Brazilian Football Center, Junior Soccer School Malaysia dan lain lain lagi. Juara akan menggondol hadiah RM10,000 manakala terdapat hadiah pemain terbaik, topscorers dll. Tapi ke mana perginya bakat2 ini bila dewasa....???

SEKEJAP LIBERIA, SEKEJAP SYRIA LA NI ZIMBABWE PULAK


FAM buat lawak yang tak sudah sudah. Mula2 kata Liberia, pastu Syria last2 baca paper hari ni Zimbabwe pulak...Mana lah pasukan yang confirmed nak friendly dengan Malaysia ni. Macam aku tulis dalam blog terdahulu, perkara ini menampakkan sikap FAM yang tidak peka akan pasukan kebangsaan. Tiada program sepanjang tahun. Program persahabatan pasukan kebangsaan sepatutnya dirancangkan awal awal lagi. Tapi tiada program yang dibuat. Itu sebab skuad kebangsaan merudum dari masa ke semasa. Pegawai2 dari Presiden hingga ke EXCO bersenang lenang. Tiada idea baru dicurahkan. Tujuan utama untuk pegang tampuk lebih kepada glamour dan kepentingan peribadi. Tidak perlu kita melihat skuad bolasepak Eropah, kita tinjau sahaja pasukan sukan UNIVERSITI UNIVERSITI di Amerika baik American Football, basketball maupun bolasepak, perlawanan persahabatan antara kolej2 ini yang berlainan conference di rancangkan hingga 4-5 tahun ke hadapan dan tarikh perlawanan juga ditetapkan walaupun akan berlangsung pada tahun 2011!! Itu sebab kita lihat bolasepak di Amerika semakin lama semakin maju dan hampir mengaibkan Brazil di Piala Konfederasi baru baru ini selain daripada penglibatan pemain pemain mereka di liga2 Eropah. Cukuplah untuk kita salahkan pemain pemain kerana setiap pemain pemain memang inginkan kemenangan hanya pegawai2 tertinggi di FAM yang tidak mempunyai perasaan untuk memenangkan pasukan negara. Mereka inilah yang patut dihantar ke Kem Bina Semangat atau Kem Bina Negara....tiada langsung semangat kebangsaan di hati sanubari pegawai pegawai ini!!

Wednesday, July 8, 2009

FAM BUAT LAWAK LAGI - JOKE OF THE DAY!!

Kali ini biar aku tulis kasar sikit pasal FAM ni. Aku rasa FAM ingat peminat-peminat sukan bolasepak ni bodoh sangat macam mereka ke. Kali ini keputusan terbaru FAM tentang artikel di bawah yang tersiar di dalam Kosmo hari ini benar2 menyerlahkan KEBODOHAN mereka. Nampak sangat sifat AMPU yang amat sangat. Adakah statement yang dikeluarkan hari ini mengatakan bahawa Presiden sesebuah Kelab atau FA yang menarik diri dari saingan anjuran FAM tidak boleh dikenakan tindakan.Yang dikenakan tindakan penggantungan adalah pengurus, jurulatih dan pemain2!! Aku tak tahu kenapalah FAM ni bodoh yang amat sangat. Pemain2 mahupun jurulatih memang nak main, depa ni tak mau tarik diri, walaupun gaji tak bayar berbulan2!! Yang buat keputusan ialah Presiden Kelab dan EXCO! Ish..marah betul aku kat EXCO FAM ni...Mentang2lah MyTeam tu Presiden kelab ialah KJ menantu Pak Lah dan Ketua Pemuda UMNO maka dia boleh terlepas. Habis tu yg bagi statement nak tarik diri tu siapa?? Pemain2 ke ? atau Kitman kelab? Kalau aku nak tulis banyak2 pun makin bertambah dosa aku lagi baik satu je conclusion aku . CAMNELAH BOLA KITA NAK MAJU, SELAGI FAM DITERAJUI OLEH PEGAWAI2 YANG TAK ADA AKAL....Nah kita baca sama2 artikel Kosmo hari ni

SAH, presiden sesebuah kelab tak terlibat andai pasukan atau kelab pimpinannya digantung. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam tampil dengan kenyataan bagi mengesahkan bahawa hanya pegawai dan pemain yang berdaftar akan dikenakan tindakan sekiranya sesebuah pasukan atau kelab bertindak untuk menarik diri daripada pertandingan yang dianjurkan badan induk bola sepak negara itu.
FAM mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Kosmo! kelmarin melaporkan bahawa kedudukan Presiden UPB-MyTeam, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Timbalan Presiden FAM akan terjejas sekiranya UPB-MyTeam meneruskan hasrat untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009 yang akan bermula 26 September depan.
“Tindakan kepada UPB-MyTeam hanyalah melibatkan pegawai dan pemain yang berdaftar.
“Pegawai-pegawai tertinggi FAM iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak boleh didaftarkan dalam mana-mana pasukan yang menyertai Liga Malaysia,” kata kenyataan FAM yang dikirimkan menerusi e-mel semalam.
Namun persoalannya, mengapa hanya pegawai yang berdaftar iaitu pengurus pasukan, barisan jurulatih, fisioterapi, pentadbir pasukan dan juga pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pegawai tertinggi kelab atau pasukan pula terlepas begitu saja.
“Inilah ketetapan yang dibuat oleh FAM, hanya pegawai dan pemain yang didaftarkan saja akan dikenakan tindakan. Adakah pegawai yang terdiri daripada pengurus, jurulatih dan fisioterapi yang buat keputusan untuk menarik diri?
“Sudah pasti keputusan atau pendirian terakhir kelab akan dibuat oleh pengurusan tertinggi. Jadi kenapa individu yang bekerja makan gaji ini pula yang perlu dihukum FAM?
“Secara kasarnya, kalau UPB-MyTeam tetap menarik diri daripada Piala Malaysia, pengurus pasukan, barisan jurulatih, fisioterapi, pentadbir pasukan dan juga pemain boleh dikenakan penggantungan tiga tahun daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. Adakah ini yang dikatakan adil?” kata satu sumber terdekat UPB-MyTeam kepada Kosmo! semalam.
“Andaikan pasukan Terengganu ada masalah kewangan dan terpaksa tarik diri, Sudah pasti presiden mereka iaitu Datuk Che Mat yang akan buat keputusan,” kata sumber itu lagi.
Justeru sumber itu berharap FAM dapat membenarkan UPB-MyTeam meminjamkan pemain-pemain skuad Liga Super mereka kepada pasukan lain pada Piala Malaysia 2009 kerana kelab itu sudah tidak mampu membayar gaji pemain yang sudah hampir tiga bulan tertunggak.
“Jika FAM benarkan kami pinjamkan pemain, kami boleh guna pemain-pemain Piala Presiden untuk terus mengharungi saingan Piala Malaysia. Jadi, masalah atau isu penarikan diri ini boleh diselesaikan dengan cara baik,” katany

Beralih ke Sepaktakraw Pula Ya...


Ha ha ha...Sepaktraw kita kalah dengan Korea dan Indon...Lepas tu alasan yg diberikan sebab tak makan pagi...biar betul yup...alasan yang tak diterima akal langsung..kalau nak menipu tu biarlah logik sikit. Apalah nak jadi dengan sukan yang ada perkataan SEPAK ni di negara kita ni...baik bolaSEPAK maupun SEPAKtakraw...Kalah dengan Korea memang aku tak boleh terima langsung. Korea baru belajar timang bola. Itulah gara2nya persatuan sukan kita dikterajui oleh orang politik. Aku rasa patut kita SEPAK je keluar orang2 politik dari mana mana persatuan sukan di negara kita ini. Macam aku kata, mereka ni ingat mereka pegang jawatan Ketua Bahagian UMNO agaknya....terlalu banyak yang nak dikautnya....

Lawan Liberia Je ke? FAM ...FAM...apalah nak jadi


Seperti dijangka Pestabola batal. Alasan yang sama sewaktu pembatalan Piala Antara Benua - selsema babi. Kalau jadi organize pun, rasa2nya team cap ayam yang akan dijemput oleh FAM. Lepas tu menjelang perlawanan dengan MU, hanya 2 perlawanan dengan Liberia sahaja akan di adakan. Pasukan lain tak dapat dijemput kononnya. Inilah akibat sikap sambil lewa FAM. Arrangement dengan MU ni bukan dibuat sehari dua, dah setahun dah, tapi pegawai2 FAM dok berkhayal je..macam artikel aku sebelum ni, negara2 lain mengaturkan perlawanan persahabatan setahun awal dan masukkan ke dalam kalendar FIFA maupun AFC tapi FAM...hampehhh...berkhayal sahaja dan boleh dikatakan gila glamour. Aku tak mau pertikaikan keupayaan Liberia, sebab bekas pemain terbaik dunia tahun 80an George Weah (ke 90an...lupalah ) datang dari situ. Yang aku boleh gerenti, team afrika ni bila datang ke sini mesti makan angin punya...tak main betul2. Mana perginya rancangan nak friendly dengan Qatar...hangat2 tahi ayam...sudahlah FAM...sudah tiba masanya semua pegawai2 dan EXCO berundur.

Thursday, July 2, 2009

APA PERSEDIAAN FAM KE PUSINGAN KELAYAKAN PIALA ASIA??

Sebagaimana blog aku terdahulu, aku tak nampak FAM melakukan sesuatu untuk menghadapi Perlawanan kelayakan Piala Asia ini. Cuba baca petikan artikel dari web AFC ini

Oman have stepped up their preparations for the 2011 AFC Asian Cup qualifiers by arranging three friendlies against Egypt, Korea Republic and Bosnia and Herzegovina.

atau ini

Newly appointed China coach Gao Hongbo will have a tough start to his tenure with the CFA confirming that friendlies against Iran and Saudi Arabia will follow the match with Germany.

atau ini

Jordan coach Adnan Hamad has left out players from champions Al Wehdat and Al Faisaly for next month’s friendly with Zimbabwe so they can focus on important AFC Cup matches.

atau ini

Kuwait were held to a 1-1 draw by Azerbaijan on Wednesday as Al Azraq geared up for their forthcoming AFC Asian Cup 2011 qualifier against Australia.

banyak lagi siri perlawanan persahabatan yang boleh kita baca di lawan web AFC ini http://www.the-afc.com

tapi kita....takde program langsung...FAM tak kisah persediaan...sebab kalau kalah boleh pecat coach dan pemain2. Negara2 lain bersungguh2 nak hadapi Pusingan Kelayakan Piala Asia ini. Persediaan sepanjang tahun. Yg pasukan negara kita pula akan menghadapi 2 gergasi Asia, Uzbekistan dan UAE pada bulan November ini. Hari tu dah kena belasah 5-0 dgn UAE di tempat sendiri. Kali ini aku rasalah 8-0, atau 9-0 dalam tangan sebab main kat tempat lawan pulak tu...kalau kalah coach akan cakap ..." pasukan2 ini bukan dalam kelas kita " manakala FAM pula...." pecat jurulatih, rombak skuad negara "....yang pegawai2 FAM masih di situ...hampehhh betul...

Wednesday, July 1, 2009

TAKKAN LAWAN DGN MAN UTD JE...APA PROGRAM LAIN TAHUN NI??

Aku ni memang rajin melayari laman web yang berkaitan sukan. Bila aku membaca laman web FIFA http://www.fifa.com/worldfootball/index.html, aku terbaca perlawanan2 persahabatan antarabangsa sepanjang tahun yang diiktiraf oleh FIFA. Aku lihat pada 12hb Ogos 2009, Singapura akan menentang China, 15hb Ogos pula China berjumpa Indonesia, dan macam2 friendly matches setiap negara. Tapi di manakah Malaysia? Aku tak nampak langsung. Ini bermakna FAM tiada program persahabatan sepanjang tahun untuk skuad negara. Apakah yang dibuat oleh pegawai2 FAM ini? Mana dia perlawanan persahabatan dengan Qatar yang diwar2kan itu. Sudah jelas dan nyata bahawa pegawai2 FAM ini tiada perancangan untuk menaikkan mutu bolasepak kita...