GAMBAR DI PETIK DARI LAMAN WEB FAM - Pasukan U23 bersama 2 pemain senior iaitu Amri Yahyah dan Norhafiz Zamani MisbahKemenangan bergaya. Tahniah. Itu hanya halangan pertama, ada 2 halangan yg utama iaitu Vietnam dan Thailand. Sebagaimana aku katakan dalam artikel aku terdahulu, setelah melihat skuad senior Vietnam bermain menentang Syria, aku yakin skuad Malaysia akan menang. untuk menjadi juara, Malaysia perlu mengalahkan mana2 pasukan. Baca artikel dari Berita Harian ini tentang kemenangan Malaysia ke atas Timur Leste ini :
Malaysia belasah Timor Leste 11-0
KUALA LUMPUR: Malaysia membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan Sea Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, hari ini.
Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang Ahmad Fakri Saarani mengucar-ngacirkan kubu lawan dengan jaringan hat trick, manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.
Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah Sukan berkenaan.
Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.
Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.
Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia. - Bernama
2 comments:
satu permulaan yg bagus..
walaupon ramai yg memandang rendah kemenangan besar ini kerana lawan bukan saingan sebenar, tapi kita perlu positif.
dalam persaingan kumpulan yg ada 3 pasukan sama kuat, jumlah gol adalah penting. mana tau, penghujung saingan nanti pasukan yg mara ke separuh akhir hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan sahaja..
apa-apa pun tahniah mr raja dan pemain2...
vietkong seri 1-1 dengan siam..
Betul tu. Untuk mencapai kemenangan besar pada perlawanan pertama , selalunya sukar. Saya yakin Malaysia akan mengalahkan Vietnam kerana pasukan Vietnam tidak sekuat mana. Cuma FAM dan Rajagobal kenalah menaikkan semangat pemain2 kita ini.
Post a Comment