Sukan SEA 2009 yang akan diadakan di Laos meletakkan Malaysia di dalam satu kumpulan bersama Thailand dan Vietnam. Untuk menjadi juara sebenar, Malaysia perlu menewaskan setiap pencabarnya di dalam Kumpulan agar rasa gentar di kalangan pasukan-pasukan lain yang bertanding.
Ciri-ciri juara bagi sesebuah pasukan, tidak perlu berkira siapa pencabarnya di dalam saingan kumpulan. Setelah didedahkan dengan berbagai siri perlawanan persahabatan berkelas A seperti 2 perlawanan dengan Manchester United, Arab Saudi, Jordan dan lain lain lagi, maka tiada alasan untuk skuad Rajagobal ini gagal menyerlah. Di tambah pula pada Pusingan Kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan, Rajagobal menurunkan hampir keseluruhan skuad Bawah 23nya.jangan pula kalau kalah teruk Rajagobal akan memberi jawapan yang sering kita dengar dari jurulatih2 tempatan ini
" Skuad ini menumpukan kepada Sukan SEA " tapi bila kalah di Sukan SEA jawapannya pula ialah
" Ramai pemain handalan kita tercedera sewaktu menentang Uzbekistan, yang menyebabkan pasukan kita under strength ...". Inilah jawapan2 klise yang selalu kita dengar dari jurulatih kita yang tidak professional.
Walaubagaimanapun, sebagai peminat bolasepak tempatan, kita berharap bahawa skuad kendalian Rajagobal ini menyerlah di Pusingan Kelayakan Piala Asia dan juga Sukan SEA di Laos memandangkan potensi yang ada di dalam skuad ini. Cuma harapan kita, agar jika berlaku kekalahan jangan bubarkan skuad ini cuma lantiklah jurulatih import yang mempunyai reputasi.
No comments:
Post a Comment