Wednesday, April 29, 2009

SAUDI 2 - MALAYSIA 1


Itu adalah keputusan perlawanan persahabatan Bawah 15 tahun. Kalau pasukan senior aku tabik springggg... Walaubagaimanapun kita fikirlah, sebagaimana dalam tulisan aku yang terdahulu, pasukan2 muda kita boleh bersaing dengan mana2 pasukan terbaik di dalam dunia, tetapi bila masuk je Bawah 23 atau Senior terus je hancur....kenapa? Cuba kita baca artikel Bernama di bawah ini, walaupun skuad Arab Saudi diperkuatkan dengan pemain yang bermain dengan kelab terkemuka Saudi, Al Ittihad, budak2 kita mampu bersaing. Budak2 kita bawah 15 ni tak ada yang main Liga Super atau Perdana, hanya bersekolah di SSBJ sahaja. Kalau mereka dah masuk Liga Super ni sudah tentu tahap permainan mereka seperti abang2 senior mereka yang makin lama makin hampehhhh..... sebab kebanyakannya gaji pun tak dibayar.....

Anak Harimau Belum Boleh Mengaum KuatBy: Ramjit-->

PETALING JAYA, 29 April (Bernama) -- Masih banyak yang perlu dipelajari oleh skuad bawah 16 tahun kebangsaan yang tewas 1-2 ketika menentang pasukan bawah 16 tahun Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Rabu.Pasukan Malaysia dilihat mendominasi babak pertama perlawanan dengan banyak melakukan serangan dalam benteng pertahanan Arab Saudi yang kelihatan kekok dengan keadaan padang yang basah.Keputusan di separuh masa berkesudahan tanpa jaringan dari kedua-dua pihak.Namun Arab Saudi mengorak langkah di babak kedua apabila pemain kelab Al-Ittihad (Liga Arab Saudi), Fahad Al Moualed menyumbat gol pada minit ke-55 selepas berlaku kesilapan komunikasi antara benteng pertahanan dan penjaga gol Malaysia Muhd Azreen Sumadi.Lima minit berselang, Ahmed Hakami pula menghukum benteng pertahanan Malaysia apabila menjaringkan gol kedua selepas bermain satu dua dengan Aiderabi Ahmed dalam kotak penalti Malaysia.Tidak mahu berputus asa, pemain Malaysia, Md Fareez Fitri Md Iskandar mengambil peluang daripada bola lambung dari benteng pertahanan untuk menjaringkan gol tunggal Malaysia pada minit ke-90 perlawanan.Jurulatih bawah 16 tahun kebangsaan Aminuddin Hussin kemudiannya memberitahu pemberita, pemainnya perlu menyertai lebih banyak perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang lebih kuat seperti Arab Saudi sebagai persediaan ke pusingan kelayakan Kejohanan Remaja Asia."Yang saya nampak mereka faham kelemahan mereka dan sedia untuk perbaiki kelemahan dan tak cepat putus semangat walaupun ketinggalan," katanya.Malaysia bakal berjumpa Australia dan Laos dalam pusingan kelayakan Kejohanan Remaja Asia yang bermula Oktober depan.Esok, skuad bawah 16 tahun Arab Saudi bakal berdepan sekali lagi skuad bawah 16 tahun Malaysia di Stadium Bukit Jalil sebelum mengakhiri siri perlawanan persahabatan mereka di Malaysia menentang skuad bawah 17 tahun Malaysia di Stadium UiTM Shah Alam sehari selepas itu.-- BERNAMA

1 comment:

leman said...

aku setuju...sbb GAJI la pokoknya..sampai ada pemain import yg bunuh diri sbb x dapat gaji...budak2 tu main atas semangat juang yang kukuh macam kau dulu-dulu....janji ada boot sudah...

after 23 mostly dah ada tanggungan (bini/sendiri/gf/makwee)....mana ada pernah berita mengatakan pegawai2 mengamuk sbb x dapat gaji/elauan? sbb mereke2 tu semua MALAON...maraah aku ni dan sensitif bangat bila bicarakan pasal sukan amnya....sampai mampus aku x tgok bola-bola malaysia ni....menyakitkan hati...bukan salah pemain...salah mereka2 yang mempermainkan mereka.....cadangan aku/adik aku ...bagi jer kaum india main bola tu (kaki ayam)pun tak per..kau tgok mcm mana diaorg main...V Angamah tu...kaki ayam jer beb masa bertanding utk Sukan Asia/Olimpik....ni aper boots yg pemain pakai, depa pun nak...tak cukup lagi segala kerabat/kerabitpun nak jugak.....tu yg pemain tak dapat gaji....woi kena ISA pulak aku ni karang