

Pupuklah bakat-bakat muda ini. Selalunya setiap tahun pasukan yang mewakili negara dapat bersaing dengan bangganya dengan negara2 atau kelab2 terkemuka yang lain.
Di Lembah Kelang sahaja, terdapat banyak kelab-kelab mahupun akademi bolasepak untuk anak-anak ini contohnya Akademi Bolasepak PKNS FC, MBPJ, PNSB, Brazil FC, GenPro dan lain lain lagi. Mereka sentiasa bersaing sesama mereka dan didedahkan sejak usia 8 tahun lagi. Tetapi kemanakah mereka setelah melepasi 18 tahun? Apa yang FAM lakukan? Mereka, contohnya pasukan remaja PKNS FC mampu bersaing dengan kelab-kelab luarnegara yang pernah melakukan perlawanan persahabatan dengan mereka, samada dari Australia, Jepun, Singapura mahupun dengan pasukan negara Qatar yang terlibat di dalam CYC Cup 2007. Fikirlah, di mana silapnya? Pada Cakap2Bola kesilapan adalah di bahu FAM. Berundur sahajalah jika tidak mampu menjalankan tugas dan amanah negara.
4 comments:
Saya menyokong saranan tuan..dan berharap lebih banyak akademi bolasepak untuk anak-anak dapat diujudkan.
Juga antar anak ke Akademi PKNS
Akademi Bolasepak banyak di KL...dilatih oleh jurulatih2 bertauliah. Tujuan saya menghantar anak2 ialah kerana minat mereka dan juga saya, kita nampak kawan2 mereka, didedahkan dengan perlawanan2 persahabatan yg mencabar. Saya pilih PKNS kerana kemudahannya yang lengkap dan sejarah kegimalangannya yang terbukti sehingga hari ini
saya nak tahu alamat akademi bolasepak pkns...krn saya mahu menyertainya..
Akademi Bolasepak PKNS FC terletak di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya
Post a Comment