Friday, April 24, 2009

FAM Patut Contohi Kelantan FA



FAM patut membuka mata melihat skuad Kelantan tahun ini. Mereka berani melantik Peter Butler sebagai jurulatih bersandarkan bahawa bekas pemain midfield West Ham ini telah berjaya membawa Sabah ke Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut pada tahun 2002 dan 2003 walaupun tewas di tangan Selangor dan MPPJ. Walaupun Kelantan ada nama2 besar di dalam skuad seperti Khalid Jamlus, Indra Putra tetapi tak siapa yang kenal Badri Radzi? Selangor pula tidak boleh dibandingkan kerana pemain-pemain mereka memang berpengalaman seperti Amri Yahyah, Nanthakumar, Hardi jaafar dan lain-lain lagi ditambah pula dengan kemudahan yang baik. Jadi sebagai kesimpulan untuk meningkatkan mutu bolasepak:
  • Malaysia perlukan jurulatih yang berkaliber, mempunyai sejarah kejayaan sebagai jurulatih yang baik. Bukan hanya tangkap muat.
  • Mempunyai pengurusan yang baik seperti Selangor FA dan Kelantan FA ini. Pengurusan mestilah berdamping mesra dengan pemain-pemain dan bukannya hanya untuk publisiti atau kepentingan peribadi.
  • Malaysia perlukan siri perlawanan yang kompetitif. Tidak mengapa jika perlawanan persahabatan dengan pasukan bertaraf kelab Jepun, Korea mahupun Timur tengah, kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang berkualiti. Dedahkan pasukan negara dan hantarkan ke luar negara seperti pada tahun 80an skuad Malaysia berkampung di Ipswich atau pun di German. Elakkan friendly match dengan team2 cikai atau cap ayam, membuang duit dan tenaga pemain.
  • Galakkan pasukan negeri mencapai kejayaan di Piala AFC supaya terus berjaya di AFC Champions League. Tawarkan hadiah kepada mana-mana pasukan yang mewakili Malaysia ke Piala AFC jika berjaya ke perlawanan akhir Piala AFC. Di negara2 Arab, mereka menganggap perlawanan kelab mereka di Asian Champions League sama penting dengan prestasi skuad kebangsaan mereka. Siaran langsung di kaca tv juga di adakan.

4 comments:

Anonymous said...

betul apa yang lu cakap. hidup kelantan fa

Anonymous said...

betul.. dan ade seperkara lagi kena tambah .

1. Adalah tidak wajar presiden FAM seorang Sultan.. Sultan cukuplah sekadar penaung shj... kang bercanggah pendapat karang takut menderhaka pulak.. kena Tulah susah..
2. Untuk meningkatkat bola sepak perlu pembangunan akar umbi.. jadi semua sekolah rendah/menengah perlu mempunyai seorang jurulatih (bekas player state/kebangsaan atau yg selayaknya) jika tak cukup coach setiap daerah atau zon . Jangan pakai cikgu Sejarah ajar main bola mana boleh maju !!!!!1
3. Pengurusan FAM kena professional lah .. sekejap ada pemain import sekejap takder .. tak konsisten langsong poorah... ni pulak nak gantung coach kelantan pasal komen keputusan bodoh FAM tukar stadium tempoh hari.. Haiyaaa komen pun tak boleh ka... bila mau maju!!!!!!!!!
4. Dan FAM gunakanlah kepakaran tokoh sedia ada, Tan Sri Anuar Musa cthnya.. ada apalah dengan bola sepak wanita.... ada pakar pengurusan tak guna betul2... ini lah nasib bolasepak malaysia.
5. TOLONG DENGAR teguran pakar pakar sukan bolasepak... jangan disebabkan tak sebulu FAM buat pekak badak je.. sudahlah ayuhlah FAM ubahlah paradigma... insyaallah MALAYSIA PASTI BANGKIT!!

CAKAP2BOLA said...
This comment has been removed by the author.
CAKAP2BOLA said...

you're absolutely right