Monday, April 13, 2009

Ni Baru Betul.....MSN Memang Bijak


PETIKAN DARI UTUSAN HARI INI

Jurulatih asing ganti Rajagopal
KUALA LUMPUR - Mahu meringankan beban yang ditanggung oleh K. Rajagopal setelah dilantik sebagai jurulatih bawah 23, Majlis Sukan Negara (MSN) berhasrat mahu mencari seorang jurulatih bagi mengendalikan skuad Harimau Muda.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) pada 17 April ini.
"MSN bercadang mencari seorang jurulatih yang boleh membimbing skuad Harimau Muda kerana Rajagopal kini telah diberi tugas baru untuk membimbing skuad bawah 23 tahun," katanya.
Katanya, kemungkinan pengganti Rajagopal daripada luar negara.
Jelasnya, seorang jurulatih yang terbaik selalunya datang dari luar negara dan di atas sebab tersebut, pihaknya mungkin akan menggunakan khidmat jurulatih bukan warga tempatan.
Dua tugas serentak yang harus dipikul oleh Rajagopal mungkin membebankan, terutama dalam menghadapi persaingan Piala Antara Benua, Pestabola Merdeka dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin melantik Rajagopal sebagai jurulatih bawah 23 negara.


Nampaknya MSN lagi bijak dari FAM. Seperti kata Nabil....Lu Fikirlah Sendiri

No comments: