Sunday, May 3, 2009

SALAH SATU SEBAB KENAPA BOLA KITA MEROSOT


Pada tahun 70an atau 80an dahulu Kejohanan Bolasepak antara sekolah-sekolah berjalan secara liga. Selalunya pemilihan di sekolah berlangsung selepas peperiksaan akhir tahun dan kejohanan antara sekolah-sekolah berlangsung pada bulan Januari sehingga Mac. Selalunya perlawanan di adakan 2 kali seminggu. Cara begini adalah baik kerana berlangsung di awal tahun dan tidak mengganggu pembelajaran. Pemilihan pemain-pemain untuk mewakil daerah pula dipilih oleh jurulatih daerah yang memantau perlawanan sekolah-sekolah. Dari Liga sekolah tersebut terbentuklah pasukan daerah atau Majlis Sukan Sekolah2 Daerah (MSSD). Dengan cara ini bermakna pasukan MSSD dapat terbentuk melalui kelompok pemain-pemain terbaik di daerah tersebut.
Malangnya sekarang ini, kejohanan bolasepak sekolah-sekolah dijalankan secara Pestabola. Main 2-3 game dalam sehari. Kemudian juara akan mewakili daerah atau zon. Tiada lagi pemilihan mewakili MSSD. Kesian pelajar2 yang berbakat tetapi sekolahnya kalah di peringkat awal. Bolasepak dimainkan oleh 11 orang bukannya individu. Sekolah yang juara tidak semestinya keseluruhan pemain di setiap posisinya bagus.
Mungkin kerana, jadual sekolah yang agak ketat, maka kejohanan ini dijalankan secara pesta untuk menjimatkan waktu. Untuk mengelakkan belanja yang tinggi, maka tidak perlulah dikumpul pemain2 yang bagus untuk mewakili MSSD, memadai sekolah yang bergelar juara mewakili zon atau MSSD malah MSS Negeri.
Cara ini mungkin salah satu sebab kemerosotan bolasepak negara. Perkara ini hendaklah dihalusi bersama Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan maupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

No comments: