Sunday, April 26, 2009

MACAM NI BARU BAGUS...FRIENDLY DENGAN ARAB SAUDI BAWAH 16!!


PETIKAN BERITA MINGGU 26HB APRIL 2009:
SKUAD remaja Arab Saudi yang kini sibuk membuat persiapan untuk Kejohanan Bola Sepak Belia Asia, Oktober ini akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan remaja Malaysia dan beberapa kelab remaja tempatan. Ejen perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Abdul Razak Abd Salab Al-Abi berkata pasukan itu membabitkan 26 pemain Bawah 16 Tahun yang dilahirkan melalui sistem liga tempatan Arab Saudi dan akademi bola sepak.
“Pasukan Arab Saudi itu percaya bahawa remaja Malaysia mempunyai kemahiran teknikal yang baik dan ini memberikan satu pendedahan yang baik kepada pemain mereka,” kata Abdul Razak, semalam. Cabaran mereka bermula semalam apabila bertemu pasukan bola sepak Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB FC) B-18 di Stadium Shah Alam. Skuad itu akan menentang barisan B-16 Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil .
Pasukan itu akan bertemu pasukan B-17 Malaysia di Stadium Shah Alam pukul 4.45 petang, esok. Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan yang terakhir menentang pasukan B-15 Malaysia di Stadium MPSJ pada 29 April ini. -


Macam ni yang peminat nak!! Walaupun Bawah 16, tapi lawan team yang berkualiti. Yang kita hairan, waktu skuad remaja, Malaysia boleh kalahkan team sebegini, tapi bila dah masuk team senior ataupun Bawah 23, hampehhh...kenapa?? Seperti kata Nabil...LU PIKIRLAH SENDIRI

2 comments:

danny said...

saya juga seperti saudara,yang mengalu-alukan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang namanya dikenali umum,walau hanya pasukan remaja.namun sayangnya begitu ramai rakyat Malaysia yang tak tahu dan tak ambil pusing hal ini.dan saya juga agak kecewa kerana begitu sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai keputusan perlawanan ini.untuk perlawanan arab saudi U16 vs Malaysia U16,saya hanya mengetahui keputusan daripada laporan sukan buletin utama tv3.saya tak tahulah bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan keputusan melawan pasukan remaja Malaysia yang lain.

harapan saya sangat besar untuk melihat ketika skuad remaja kita ini telah menjadi pemain skuad senior atau B23 nanti,mereka akan tertakluk di bawah FAM yang telah dirombak kepimpinannya,termasuk kerusi-kerusi tertinggi di dalam FAM.kalau tidak,entahlah....

CAKAP2BOLA said...

Untuk menjadikan pasukan Malaysia kuat dan disegani, saya setuju keseluruhan FAM perlu dirombak. Kita lihat FA Pahang, siapa yang pegang kerusi Presiden, duit gaji pemain pun tak mampu nak bayar, tercungap2...samalah FA Pahang dgn FAM tu...