Wednesday, April 29, 2009

SAUDI 2 - MALAYSIA 1


Itu adalah keputusan perlawanan persahabatan Bawah 15 tahun. Kalau pasukan senior aku tabik springggg... Walaubagaimanapun kita fikirlah, sebagaimana dalam tulisan aku yang terdahulu, pasukan2 muda kita boleh bersaing dengan mana2 pasukan terbaik di dalam dunia, tetapi bila masuk je Bawah 23 atau Senior terus je hancur....kenapa? Cuba kita baca artikel Bernama di bawah ini, walaupun skuad Arab Saudi diperkuatkan dengan pemain yang bermain dengan kelab terkemuka Saudi, Al Ittihad, budak2 kita mampu bersaing. Budak2 kita bawah 15 ni tak ada yang main Liga Super atau Perdana, hanya bersekolah di SSBJ sahaja. Kalau mereka dah masuk Liga Super ni sudah tentu tahap permainan mereka seperti abang2 senior mereka yang makin lama makin hampehhhh..... sebab kebanyakannya gaji pun tak dibayar.....

Anak Harimau Belum Boleh Mengaum KuatBy: Ramjit-->

PETALING JAYA, 29 April (Bernama) -- Masih banyak yang perlu dipelajari oleh skuad bawah 16 tahun kebangsaan yang tewas 1-2 ketika menentang pasukan bawah 16 tahun Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Rabu.Pasukan Malaysia dilihat mendominasi babak pertama perlawanan dengan banyak melakukan serangan dalam benteng pertahanan Arab Saudi yang kelihatan kekok dengan keadaan padang yang basah.Keputusan di separuh masa berkesudahan tanpa jaringan dari kedua-dua pihak.Namun Arab Saudi mengorak langkah di babak kedua apabila pemain kelab Al-Ittihad (Liga Arab Saudi), Fahad Al Moualed menyumbat gol pada minit ke-55 selepas berlaku kesilapan komunikasi antara benteng pertahanan dan penjaga gol Malaysia Muhd Azreen Sumadi.Lima minit berselang, Ahmed Hakami pula menghukum benteng pertahanan Malaysia apabila menjaringkan gol kedua selepas bermain satu dua dengan Aiderabi Ahmed dalam kotak penalti Malaysia.Tidak mahu berputus asa, pemain Malaysia, Md Fareez Fitri Md Iskandar mengambil peluang daripada bola lambung dari benteng pertahanan untuk menjaringkan gol tunggal Malaysia pada minit ke-90 perlawanan.Jurulatih bawah 16 tahun kebangsaan Aminuddin Hussin kemudiannya memberitahu pemberita, pemainnya perlu menyertai lebih banyak perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang lebih kuat seperti Arab Saudi sebagai persediaan ke pusingan kelayakan Kejohanan Remaja Asia."Yang saya nampak mereka faham kelemahan mereka dan sedia untuk perbaiki kelemahan dan tak cepat putus semangat walaupun ketinggalan," katanya.Malaysia bakal berjumpa Australia dan Laos dalam pusingan kelayakan Kejohanan Remaja Asia yang bermula Oktober depan.Esok, skuad bawah 16 tahun Arab Saudi bakal berdepan sekali lagi skuad bawah 16 tahun Malaysia di Stadium Bukit Jalil sebelum mengakhiri siri perlawanan persahabatan mereka di Malaysia menentang skuad bawah 17 tahun Malaysia di Stadium UiTM Shah Alam sehari selepas itu.-- BERNAMA

Tuesday, April 28, 2009

KITA TAK USAH FIKIR ASIA CUP 2011...FAM DAH MENYERAH KALAH

Bila surf website Asian Football Confederation
aku tengok pasukan Malaysia berada di Kumpulan C bersama UAE dan Uzbekistan. Harapan memang tak ada kerana FAM buat endah tak endah dengan skuad kebangsaan. Aku perhatikan kumpulan B, Indonesia,Oman,Australia dan Kuwait lagilah kumpulan maut tetapi prestasi Indonesia menarik perhatian aku. Seri dengan Oman selaku juara Gulf Cup 2009 ( saudi naib juara) dan Australia. Seri dengan Oman di tempat lawan. Dulu Indon dan Oman senang2 kita boleh makan. Bila melihat keputusan ini, aku mendapati PBSI ( Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia ) tidak mengalah, walaupun serba kekurangan tetapi mungkin mereka ada perancangan menghadapi pusingan kelayakan ini Aku teringat sebelum Piala Asia 2007 yang berlangsung di 4 negara - negara kita, Thailand, Indon dan Vietnam. Mereka mebuat perlawanan persahabatan dengan team Kelas A contohnya Thailand dengan Holland. Malaysia habuk pun takde. Tu sebab skuad Norizan Bakar kena belasah teruk. Last2 jurulatih juga kena pecat.
Yang kali ni aku agak senang2 Uzbekistan maupun UAE belasah Malaysia...tempat sendiri kena 5-0 apatah lagi kat tempat lawan. Nanti bila kalah, jurulatih akan memberi alasan sekadar utk pendedahan kerana target sebenar di Sukan SEA. Bila kalah di Sukan SEA kata pulak target di Pestabola...apa punya belit dah!!Cubalah target tinggi2 sikit! Tak perlu jauh, target utk layak ke pusingan akhir Piala Asia ataupun suku akhir Sukan Asia.
Sebagaimana aku kata, yang membunuh bolasepak ialah pegawai2 di FAM. Kalau jurulatih boleh dipecat kenapa tidak pihak pengurusan berundur. Tiada kejayaan buat skuad Malaysia sejak FAM diambilalih pada tahun 1984 dari Tan Sri Hamzah Abu Samah. Sekurang2nya Tan Sri Hamzah membawa Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980! Kepimpinan terdahulu juga membawa Malaysia ke separuh akhir Sukan Asia 1974 dan Olimpik 1972. Pengurusan sekarang- seperti kata Nabil - LU PIKIRLAH SENDIRI

Pemain Bawah 15 Harapan Negara

Malaysia tidak ketandusan pemain-pemain. Gambar di atas adalah pasukan bolasepak SSBJ (yang merupakan skuad kebangsaan) dan pasukan Akademi Bolasepak PKNS yang menyertai Kejohanan Piala Manchester United - Nike 2009 bawah 15 tahun pada 26hb April yang lalu. SSBJ berjaya menjuarai pusingan ini seterusnya melayakkan diri ke Grand Prix yang akan berlangsung 23 May ini. Juara dan Naib Juara Piala MU-Nike ini akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Sedunia yang akan diadakan di MU.
Pupuklah bakat-bakat muda ini. Selalunya setiap tahun pasukan yang mewakili negara dapat bersaing dengan bangganya dengan negara2 atau kelab2 terkemuka yang lain.
Di Lembah Kelang sahaja, terdapat banyak kelab-kelab mahupun akademi bolasepak untuk anak-anak ini contohnya Akademi Bolasepak PKNS FC, MBPJ, PNSB, Brazil FC, GenPro dan lain lain lagi. Mereka sentiasa bersaing sesama mereka dan didedahkan sejak usia 8 tahun lagi. Tetapi kemanakah mereka setelah melepasi 18 tahun? Apa yang FAM lakukan? Mereka, contohnya pasukan remaja PKNS FC mampu bersaing dengan kelab-kelab luarnegara yang pernah melakukan perlawanan persahabatan dengan mereka, samada dari Australia, Jepun, Singapura mahupun dengan pasukan negara Qatar yang terlibat di dalam CYC Cup 2007. Fikirlah, di mana silapnya? Pada Cakap2Bola kesilapan adalah di bahu FAM. Berundur sahajalah jika tidak mampu menjalankan tugas dan amanah negara.

Sunday, April 26, 2009

MACAM NI BARU BAGUS...FRIENDLY DENGAN ARAB SAUDI BAWAH 16!!


PETIKAN BERITA MINGGU 26HB APRIL 2009:
SKUAD remaja Arab Saudi yang kini sibuk membuat persiapan untuk Kejohanan Bola Sepak Belia Asia, Oktober ini akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan remaja Malaysia dan beberapa kelab remaja tempatan. Ejen perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Abdul Razak Abd Salab Al-Abi berkata pasukan itu membabitkan 26 pemain Bawah 16 Tahun yang dilahirkan melalui sistem liga tempatan Arab Saudi dan akademi bola sepak.
“Pasukan Arab Saudi itu percaya bahawa remaja Malaysia mempunyai kemahiran teknikal yang baik dan ini memberikan satu pendedahan yang baik kepada pemain mereka,” kata Abdul Razak, semalam. Cabaran mereka bermula semalam apabila bertemu pasukan bola sepak Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB FC) B-18 di Stadium Shah Alam. Skuad itu akan menentang barisan B-16 Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil .
Pasukan itu akan bertemu pasukan B-17 Malaysia di Stadium Shah Alam pukul 4.45 petang, esok. Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan yang terakhir menentang pasukan B-15 Malaysia di Stadium MPSJ pada 29 April ini. -


Macam ni yang peminat nak!! Walaupun Bawah 16, tapi lawan team yang berkualiti. Yang kita hairan, waktu skuad remaja, Malaysia boleh kalahkan team sebegini, tapi bila dah masuk team senior ataupun Bawah 23, hampehhh...kenapa?? Seperti kata Nabil...LU PIKIRLAH SENDIRI

Friday, April 24, 2009

FAM Patut Contohi Kelantan FA



FAM patut membuka mata melihat skuad Kelantan tahun ini. Mereka berani melantik Peter Butler sebagai jurulatih bersandarkan bahawa bekas pemain midfield West Ham ini telah berjaya membawa Sabah ke Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut pada tahun 2002 dan 2003 walaupun tewas di tangan Selangor dan MPPJ. Walaupun Kelantan ada nama2 besar di dalam skuad seperti Khalid Jamlus, Indra Putra tetapi tak siapa yang kenal Badri Radzi? Selangor pula tidak boleh dibandingkan kerana pemain-pemain mereka memang berpengalaman seperti Amri Yahyah, Nanthakumar, Hardi jaafar dan lain-lain lagi ditambah pula dengan kemudahan yang baik. Jadi sebagai kesimpulan untuk meningkatkan mutu bolasepak:
  • Malaysia perlukan jurulatih yang berkaliber, mempunyai sejarah kejayaan sebagai jurulatih yang baik. Bukan hanya tangkap muat.
  • Mempunyai pengurusan yang baik seperti Selangor FA dan Kelantan FA ini. Pengurusan mestilah berdamping mesra dengan pemain-pemain dan bukannya hanya untuk publisiti atau kepentingan peribadi.
  • Malaysia perlukan siri perlawanan yang kompetitif. Tidak mengapa jika perlawanan persahabatan dengan pasukan bertaraf kelab Jepun, Korea mahupun Timur tengah, kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang berkualiti. Dedahkan pasukan negara dan hantarkan ke luar negara seperti pada tahun 80an skuad Malaysia berkampung di Ipswich atau pun di German. Elakkan friendly match dengan team2 cikai atau cap ayam, membuang duit dan tenaga pemain.
  • Galakkan pasukan negeri mencapai kejayaan di Piala AFC supaya terus berjaya di AFC Champions League. Tawarkan hadiah kepada mana-mana pasukan yang mewakili Malaysia ke Piala AFC jika berjaya ke perlawanan akhir Piala AFC. Di negara2 Arab, mereka menganggap perlawanan kelab mereka di Asian Champions League sama penting dengan prestasi skuad kebangsaan mereka. Siaran langsung di kaca tv juga di adakan.

Wednesday, April 22, 2009

TEAM CIKAI MANA LAGI AKAN DIUNDANG KE PESTABOLA 2009?




Pestabola Merdeka 2008 , team yang dijemput - Afghanistan, Nepal, Sierra Lone, Myanmar, Mozambique, Bangladesh, Vietnam

TAHUN 2009 Cakap2Bola menjangka team yang dijemput adalah :
Afghanistan,Maldives,Kampuchea,Bangladesh,Nepal, Myanmar, Sri Lanka oleh kerana tiap-tiap tahun jemput team Afrika maka tahun ni FAM jemput " team Afrika yang agak kuat" di mata dunia sekarang ini, dan tak takut mati,banyak duit pulak tu hasil kerja melanun - sudah tentunya Somalia. Sejak 2007 FAM suka menjemput teams sebegini. Lepas tu bila menang, semua suratkhabar menyiar berita besar2an seolah2 menang World Cup. Suratkhabar ni memang diketahui kaki ampu, bodek sebab editor2 dan CEO dapat Datuk dari Pahang. Kat paper nanti akan ditunjukkan Presiden FAM yang diapit oleh Naib2 Presiden macam Cik Mat Jusoh dengan kalungan bunga beserta pemain2 Malaysia bergembira memenangi Piala Merdeka 2009. Skrip ni aku dah baca dah.... Kalau teams di atas ni lah yang FAM jemput, aku rasa lebih baiklah jemput Selangor, Kedah, Kelantan, PKNS je...belum tentu team Rajagobal ni boleh menang.

Monday, April 20, 2009

FAM Menggali Kubur Skuad Kebangsaan


Akhirnya seperti yang dijangka FAM melantik K Rajagopal sebagai jurulatih skuad senior dan bawah 23. Aku dah malas nak komen. Dah 2 komen aku cakap pasal benda ni. Aku tak tahu apa kriteria FAM memilih jurulatih kebangsaan. Pulak tu jurulatih Harimau Muda ialah Ong Kim Swee . Siapa mamat ni? Pernah ke membawa kejayaan mana-mana pasukan negeri? Aku rasa jawatankuasa FAM ni semuanya TIDUR. Memang sahlah mereka menggali kubur skuad kebangsaan dan Bawah 23 malah skuad Harimau Muda. Ayuh MSN cepat2lah melantik jurulatih luar untuk skuad Harimau Muda. Aku tak tahu siapa punya kerja melantik Rajagopal ni. Aku bukan bermusuh dengan Rajagopal tetapi aku sayangkan bolasepak negara. Aku tak nampak previous achievement Rajagopal. Aku rasa dengan sembah derhaka, eloklah Presiden FAM , Timbalan Presiden FAM, Naib Presiden sediakan skrip jawapan yang sama jika skuad ini kena belasah dgn pasukan2 di Pra Piala Asia ini. Eloklah kesemua ni meletak jawatan. Tiada perubahan. merekalah yang membunuh prestasi bolasepak negara bukan pemain.

Sunday, April 19, 2009

BOLASEPAK MALAYSIA MAKIN HANCUR JIKA....

Andaikata benar ramalan dari artikel di bawah ini dari Berita Harian hari ini:

Rajagobal atau Dollah

FAM akan umum pengganti Sathianathan hari iniJIKA bukan Dollah Salleh, K Rajagobal kelihatan kian pasti mengisi kerusi panas yang ditinggalkan B Sathianathan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamakan jurulatih kebangsaan baru, hari ini. Dollah adalah pilihan utama pengurus skuad kebangsaan, Datuk Gulzar Mohamad namun pelantikannya difahamkan berdepan beberapa rintangan yang agak sukar untuk diatasi.
Antaranya ialah ikatan kontrak tiga tahun dengan Shahzan Muda yang dikatakan jadi punca pengurusan kelab itu enggan melepaskannya, biarpun Dollah tampak bersedia memikul tanggungjawab besar itu. Jika perbincangan pada saat akhir tidak berjaya, tugasan itu hampir pasti diserahkan ke bahu Rajagobal - sekali gus mematikan spekulasi awal bahawa pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor dan jurulatih Selangor, K Devan adalah juga antara calon dalam pertimbangan. Cuma persoalannya, apakah pelantikan Rajagobal nanti adalah tindakan jangka panjang FAM untuk mengembalikan martabat skuad negara, ataupun ianya lebih bersifat memenuhi keperluan jangka pendek?
Kerana Rajagobal baru sahaja diumumkan sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, 11 April lalu, yang disasarkan matlamat untuk melakar pencapaian baik ketika Sukan Sea di Laos, penghujung tahun nanti. Antara kejohanan sudah dikenalpasti sebagai persiapan untuk anak buahnya mencapai tahap terbaik ketika di Laos nanti termasuk Piala Antara Benua dan Pestabola Merdeka pada Julai dan Ogos ini. Skuad senior kebangsaan pula hanya akan beraksi dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan pada 11 dan 14 November selain aksi persahabatan bertemu Manchester United, Julai nanti. Namun tindakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, menerima tawaran Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan khidmat jurulatih import buat skuad Harimau Muda, mampu juga ditafsir sebagai isyarat pelantikan Rajagobal.
FAM, menerusi kiriman sistem pesanan ringkas pegawai medianya, kelmarin, memanggil sidang akhbar untuk pengumuman itu, hari ini.


dan jika K Rajagopal dilantik menjadi Head Coach skuad kebangsaan maka akan bertambah hancurlah skuad bolasepak negara. Alasannya telah diberikan di dalam komen saya yang terdahulu. FAM memang tak pernah nak belajar dari pengalaman yang lepas. Usahlah kita bermimpi akan kejayaan skuad bolasepak Negara. Kita tidak tahu apa kriteria FAM melantik Rajagopal sebagai coach skuad senior ini. Pencapaian sebelum ini tiada apa yang boleh dibanggakan. Mungkin FAM merasa senang untuk menyingkirkan atau menjadikan beliau kambing hitam jika gagal sekali lagi. Sudah tentu skuad negara akan gagal. Jika Malaysia mengambil Beckham, Ronaldo sekalipun di dalam skuad senior ini manakala Rajagopal sebagai jurulatih sudah tentu skuad ini tidak ke mana. SEDARLAH FAM AKAN KESILAPAN LALU. LANTIKLAH JURULATIH YANG TELAH TERBUKTI KEJAYAAN DAN PENCAPAIANNYA. Mungkin FAM melantik jurulatih yang hanya jadi Pak Angguk dan mengikut telunjuk pegawai2 FAM terutama dalam menyediakan perlawanan persahabatan skuad negara. Sudah tentu mereka akan menjemput pasukan kegemaran FAM iaitu Maldives, Afghan, Kampuchea dan tahun ini mungkin SOMALIA kerana pasukan2 ini di negara mereka sememangnya boleh dikira padang bola....mungkin tidak ada...Perlawanan di luarnegara sudah tentunya di INDIA....FAM SEDARLAH...LEPASKANLAH JAWATAN JIKA MASIH BERFIKIRAN DI TAKUK LAMA

Monday, April 13, 2009

Ni Baru Betul.....MSN Memang Bijak


PETIKAN DARI UTUSAN HARI INI

Jurulatih asing ganti Rajagopal
KUALA LUMPUR - Mahu meringankan beban yang ditanggung oleh K. Rajagopal setelah dilantik sebagai jurulatih bawah 23, Majlis Sukan Negara (MSN) berhasrat mahu mencari seorang jurulatih bagi mengendalikan skuad Harimau Muda.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) pada 17 April ini.
"MSN bercadang mencari seorang jurulatih yang boleh membimbing skuad Harimau Muda kerana Rajagopal kini telah diberi tugas baru untuk membimbing skuad bawah 23 tahun," katanya.
Katanya, kemungkinan pengganti Rajagopal daripada luar negara.
Jelasnya, seorang jurulatih yang terbaik selalunya datang dari luar negara dan di atas sebab tersebut, pihaknya mungkin akan menggunakan khidmat jurulatih bukan warga tempatan.
Dua tugas serentak yang harus dipikul oleh Rajagopal mungkin membebankan, terutama dalam menghadapi persaingan Piala Antara Benua, Pestabola Merdeka dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin melantik Rajagopal sebagai jurulatih bawah 23 negara.


Nampaknya MSN lagi bijak dari FAM. Seperti kata Nabil....Lu Fikirlah Sendiri

Sunday, April 12, 2009

FAM Tiada Perancangan Untuk Skuad Kebangsaan



Bila menatap paper hari ini, semuannya menyiarkan perlantikan Rajagopal sebagai coach U23 manakala coach utk skuad senior masih lagi tergantung, Yang aku angin sangat bila baca artikel Kosmo seperti di bawah ini:
Skuad senior negara tidak mempunyai banyak tugasan sepanjang tahun ini dengan dua atau tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dirancang selain aksi bertemu Manchester United pada 26 Julai dan baki tiga perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 bermula November depan.

Nampak sangat FAM memang tiada perancangan untuk skuad senior. Tidak meletak sebarang harapan. Hantar team bukan tujuan untuk menang, padanlah skuad negara asyik kalah je. Hantar team hanya untuk melengkapkan penyertaan atau untuk pegawai2 makan angin. Bila kalah, pecat jurulatih, rombak pemain. Yg selamat pegawai2 dari Presiden hinggalah AJK. Tak ada persediaan langsung. Padanlah ranking makin merudum. Cubalah target untuk layak ke Pusingan Akhir Piala Asia. Prepare dari sekarang.

Yang skuad B23 pulak seperti dijangka, Rajagopal yang dilantik. Tu takpelah, sebab core of the U23 team ini dari skuad Harimau Muda. Tapi jgn lupa skuad ni akan menghadapi Pestabola yang sudah tentunya FAM akan jemput team kegemaran FAM seperti Maldives, Kampuchea, Afghanistan dan mungkin tahun ni FAM akan jemput team yang lebih brutal dari Afrika iaitu SOMALIA. Bila menang Pestabola maka si Rajagopal pun dinaikkan pangkat menjadi jurulatih kebangsaan. Apa punya haprak pemikiran pegawai2 FAM ni! Preparation untuk skuad ni sudah tentulah friendly di luarnegara iaitu di India. macam manalah skuad Malaysia nak maju kalau skrip yang sama setiap tahun. Pada pendapat aku, kalau camnilah setiap tahun, dengan tahap pemikiran pegawai macam tahap sebelum merdeka dan dipenuhi kaki kaki ampu dan tidak sincere dengan jawatan, jika panggil Jose Mourinho pun sebagai coach maka team Malaysia tetap hancur!!

Saturday, April 11, 2009

Ranking FIFA latest- Malaysia di tangga 161....



Ranking FIFA updated 8 April 2009
1. Spain
.
.
113. Thailand
.
133. Singapore
.
.
138. Indonesia
.
.
159 Myanmar
.
.
161 MALAYSIA
162 Philipines

Apa nak jadi ni...1 takuk je atas Philipine....FAM tido ka??? Cubalah jenguk2 website FIFA http://www.fifa.com/worldfootball/ranking

Filipina yg kita senang2 boleh belasah 6,7-0 pun dah setaraf dgn kita....

Thursday, April 9, 2009

Menteri Belia dan Sukan Yang Baru




DS Najib dah umumkan kabinetnya yang baru dan kita lihat Shaberry Chik sebagai Menteri manakala Timbalannya pula Razali Ibrahim,Timbalan ketua Pemuda UMNO yg baru dipilih. Apakah pembaharuan yang akan dilakukan terhadap sukan negara kita ini terutama bolasepak. Kita kena lihat apakah latarbelakang mereka. Adakah mereka ini berminat pada sukan ataupun kaki bangku dan tak aktif mana2 sukan waktu sekolah. Kalau tak minat sukan maknanya makin malaplah sukan di negara ini tetapi jika mereka memang kaki sukan kita mengharapkan ada cahaya di hujung terowong kepada kemajuan sukan di negara. Adakah mereka berani utk lakukan pembaharuan terutamanya pada FAM. Shabery Chik anak Terengganu manakala Razali orang Johor. Kita tungguuuuuuu......

Wednesday, April 8, 2009

Mengapa Bolasepak Malaysia tak maju

Ada beberapa sebab mengapa bolasepak Malaysia tak maju2.

  1. Diganti kesemua pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK2. Tiada kemajuan bolasepak semenjak dipegang oleh Presiden FAM sekarang ini. Timbalan Presiden asyik sibuk berpolitik.
  2. Contohi Persatuan Badminton Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin bukan politik maupun kerabat diraja. Jika kerabat diraja memegang tampuk Presidensi, tiada siapa yang berani menyembah derhaka. Semua dok ampu termasuk editor2 suratkhabar. Menteri Belia dan Sukan yang dulu Datuk Ismail Sabri lagi tak berani nak menyembah derhaka Presiden. Sama2 dari Pahang pulak tu!
  3. Cuba lihat FA Pahang, gaji pemain pun tak berbayar. Kesian players tu. Semuanya dulu pemain kebangsaan.Siapa yang pegang Presiden Pahang FA tu? Kerabat juga. Jurulatih skuad Pahang ke Shahzan Muda ke...asyik2 muka yg sama ...tak zainal Abidin, Tajudin Nor, Dollah Salleh. Sekurang2nya Dollah Salleh berjaya membawa MPPJ menjuarai 3 gelaran pada tahun 2003. Zainal Abidin atau Tajuddin Nor ada achievement ke yg boleh dibanggakan sebelum ni?
  4. Friendly match pasukan Malaysia pun dengan team cap ayam. Balik2 asyik bawak Maldives dan Kampuchea! Lagi baik lawan dengan Selangor. Macam ada tak kena je bila buat friendly tu. Ada komisen ke?
  5. Preparation utk National Skuad hampehh. Mana program latihan skuad kebangsaan? Nak lawan Maldive lagi ke? Atau jemput Afghan? Afghan tu padang bola pun takde...
  6. Lantik jurulatih luar melatih skuad kebangsaan. Tak perlu ada semangat kebangsaan jika nak memajukan skuad bola kita. England yg kuat tu pun ambik jurulatih luar sejak dari zaman Eriksson. La ni dah Capello..ada dia nak sibuk2 semangat kebangsaan. Tak logik langsung alasan ni.
  7. Tengok bekas jurulatih2 Malaysia contohnya Claude Le Roy, la ni jurulatih Oman yang berjaya membawa Oman menjuarai Kejohanan Negara2 Teluk 2009 dengan mengalahkan Arab Saudi. Jurulatih Iraq ( lupa nama beliau) yg membawa Iraq menjuarai Piala Asia 2007 merupakan bekas jurulatih Malaysia bawah 20. Dipecat dari menjadi jurulatih B20 Malaysia gara2 politik diganti oleh Rajagopal. Rajagopal konon2nya membawa Malaysia ke pusingan akhir tapi adakah kita sedar bahawa kita layak ke Pusingan akhir hanya mengalahkan Myanmar..lepas tu hancus!! FAM tak serik2...ambik jurulatih secara tangkap muat!!
  8. Singkirkan pasukan2 negeri yang hampehh tak bayar gaji pemain seperti FA Melaka, FA Pahang dll. Biar jumlah pasukan dalam Liga Premier kecil tapi berkualiti. Kadangkala pengurusan kelab adalah lebih baik dari pasukan negeri kerana pasukan negeri diterajui oleh pemimpin2 politik yang hendakkan glamour. Kita contohi Liga2 di negara2 Arab, walaupun jumlahnya kecil tapi berkualiti.
  9. Galakkan pasukan negeri mencapai kejayaan di AFC Cup supaya dapat pergi lebih jauh ke AFC Champions League setanding dgn pasukan2 Jepun, Korea maupun negara2 Teluk. Dengan kuatnya kelab secara automatik pasukan kebangsaan akan kuat. Ni tak, dgn kelab Maldive pun bila seri bangga bukan main...dgn pasukan kelab Thailand pun dah hancusss.

Melihat anak2 training bola











Setiap minggu menghantar anak2 ku berlatih bolasepak di Akademi Bolasepak PKNS FC. Training setiap hari Sabtu dan Ahad. Yg si abang-main bawah 18 tahun PKNS FC ...yg si adik main bawah 15 tahun . Dah hampir 4 tahun mereka bermain di PKNS FC. Kerana minat aku dan anak2 yg sangat kuat terhadap bolasepak, aku rasa elok mereka di latih dengan jurulatih2 bertauliah....kat Shah Alam ni boleh kira padang bola..lagi satu sebagai ibubapa kita tahu siapa mereka berkawan. Aku tak harapkan mereka dapat masuk first team skuad PKNS U18 atau U15..tapi Alhamdulillah dapat pulak...satu bonus buat mereka.
Bila melihat mereka training mahupun friendly match...aku melihat seolah2 ada sinar utk bolasepak Malaysia. Ada banyak kelab bola utk anak2 ini. Tapi kenapa bila main je Liga Malaysia semuanya hampeh!!! Silap siapa? Pada aku, aku salahkan FAM, FA Negeri. Kita tengok sahaja FA negeri...dengan tak bayar gaji pemain camne mereka nak main bola. Yg FAM lagi hampeh..pilih Naib Presiden dari FA yg tak bayar gaji pemain...camne nak maju....Cuma satu aku nasihatkan anak2 aku...main bola hanya utk leisure sahaja...yg penting pelajaran...kalau nak berjaya dalam bola...jadi pemain Malaysia pertama main di EPL...kalau main kat Msia...hampehhhh....

Halim Napi Tak Pernah Serik




Apa nak jadi dgn Halim Napi penjaga gol Kelantan ni? Tak pernah serik!! Asyik nak bergaduh je. Hari tu keluar paper dan tv ...takde kerja ...ni org dah kasi peluang asyik nak bertumbuk. Aku harap FAM gantung dia seumur hidup! Pasal dia rusuhan berlaku...kereta dibakar.

Bolasepak Malaysia Hancur


Sedih mengenangkan bolasepak di Malaysia hingga terpanggil untuk buat satu blog. Hantar kepada suratkhabar, dibakulsampahkan kerana editor2 suratkhabar menjaga periuk nasi mereka. Dapat gelaran Datuk pun pada mana, harapkan Menteri Belia dan Sukan lagilah....bertuah dia nak sembah derhaka kat Presiden FAM tu, satu negeri . Oleh sebab itulah maka bolasepak kita setiap tahun makin layu. Hari sabtu ni Presiden FAM nak umumkan perlantikan Jurulatih Skuad Negara....ambil jurulatih tempatan. Nak ambil jurulatih tempatan ke luar ke yg penting jurulatih tu mestilah dah pernah memenangi mana2 kejohanan...ni ambik tangkap muat macam Sathianathan atau Rajagopal....apa achievement dia sebelum ni? Sathianathan menang Pestabola merdeka tahun 2007 yg mana team jemputan semua hampeh2...terus dilantik jadi Jurulatih....macam mana bola Malaysia nak maju.
2008 lagi hancur, Pestabola jemput Afghan, bangla, Kampuchea...apa benda ni?? Lagi baik ajak team ATM ke PDRM ke atau nak kuat sikit jemput team PKNS...lagi bagus...atau ada sesiapa dapat komisen daripada penglibatan pasukan2 ni?? Pada aku, pestabola ni kita convert ke tournament bawah 23 ke bawah 19 ke...kalau kita nak sangat national team yg ambil bahagian....tak salah jemput clubs dari Europe...
Yg jurulatih ni pulak satu, suka sangat friendly dgn Maldives, Kampuchea...apa kejadahnya team2 ni...maknanya jurulatih ni pun tak sincere...nak rekod cemerlang...tapi lawan team cap Ayam!!!